Ain Sukhna, 17 APRIL – “..Biasalah arab..”. Ringkas ucapan yang terpacul dari bibir majoriti peserta program Ain Shams Family Day 2015 (ASFaD 15′) pada hari Jumaat lalu apabila sikap negatif segelintir masyarakat arab menimbulkan rasa kurang selesa kepada para peserta. Golongan tersebut mengelilingi peserta sambil mengganggu suasana sekaligus membantutkan tentatif program yang telah dirancang sebelum itu baik di kumpulan mahasiswa mahupun di kumpulan mahasiswi. Walaupun mungkin kebanyakan warga Malaysia di Mesir sangat mengenali sikap masyarakat arab di sini, namun apabila situasi tidak mengizinkan, rasa sabar dan toleransi sedikit sebanyak tergugat. Bagi peserta mahasiswi pastinya keadaan lebih merumitkan disebabkan kurangnya ‘privacy’,” Tempat tiada ‘privacy’, ramai orang arab datang kerumun sewaktu kami beraktiviti. Tapi berkat kerjasama semua menangani masalah tersebut, aktiviti tetap diteruskan seperti biasa”, demikian respon seorang peserta wanita, saudari Nur Hidayah binti Abdul Wahid mahasiswi tahun 2 berkaitan isu itu. “Banyak lelaki arab, jadi kami sebagai akhawat sedikit tidak selesa untuk bermain”, begitu pula komen yang dilontarkan oleh saudari Nur Saadah binti Solehan, mahasiswi tahun 1 apabila disoal mengenai keadaan tempat yang dipilih untuk ASFaD 15′ tahun ini.

11100958_624520187681567_1142597024_n
Selamat tiba di destinasi
11119228_624520254348227_11596090_n
PCS, kita satu hati

Justeru, pihak Ahli Jawatankuasa Program (AJKP) ASFaD kali ini dengan segera mengambil initiatif mengubah tempat berkumpul para peserta ke sebuah kawasan yang selesa dan jauh daripada warga arab yang menyekat perjalanan program itu akan tetapi tetap berdekatan dengan pantai supaya tidak mengganggu pengisian program. Reaksi yang dapat didengar di sebelah mahasiswa juga tidak kurang hebatnya, ” Agak kecewa sebenarnya sebab apa yang dijangkakan tidak terjadi. Saya membayangkan akan banyak aktiviti air yang bakal dijalankan bagi mengambil peluang apabila jauh dari Kota Kaherah ke sana. Walaubagaimanapun, tahniah kepada ahli jawatankuasa program yang masih bersemangat menyelesaikan masalah yang ada pada waktu itu. Meminta bantuan daripada penjaga tempat tersebut sebagai langkah adalah satu cara terbaik memandangkan masyarakat arab tidak langsung memberi kerjasama apabila wakil AJKP bersuara”, luahan hati saudara Shahrul Zulfikar mewakili mahasiswa Tahun 2 Perubatan. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan juga bahawa permasalahan tersebut timbul kerana tarikh yang dipilih adalah tarikh cuti di Mesir dan ini menyumbang kepada ramainya warga arab yang turut datang ke situ. Kemungkinan besar masalah sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan dengan cara memilih tarikh yang bersesuaian, mengambil kira tradisi masyarakat arab yang gemar bercuti pada masa-masa tertentu.

11156977_624521717681414_68779295_n
Taklimat umum sebelum permainan dimulakan
11117946_624521577681428_901100382_n (1)
Badang , di tempat kedua

Masalah yang timbul tidak menghilangkan semangat peserta pada hari tersebut, malahan menjadi titik penyatuan apabila masing-masing berusaha menyelesaikannya bagi keselesaan semua. Jutaan kesyukuran dan terima kasih dilafazkan pada Yang Maha Esa dan buat semua yang terlibat menjayakan ASFaD 15′ pada kali ini. ” Banyak-banyak terima kasih saya tujukan buat semua terutama sekali barisan AJKP yang bertungkus lumus merealisasikan program ini. Saya mewakili barisan jawatankuasa ASFaD 15′ memohon maaf atas segala kekurangan dan permasalahan yang berlaku. Kami sudah merancang yang terbaik untuk anda dan sebarang kekurangan tersebut datang daripada kelemahan pengurusan di pihak kami dan adalah di luar kemanpuan kami. Maaf dipinta daripada semua”. Demikian ulasan ringkas Timbalan Pengarah II, saudari Siti Aishah Abu Hassan berikutan kesulitan yang melanda di Ain Sukhna tempoh hari.