كمباليله سمولا
Bangunlah
Wahai remaja pejuang Islam
Engkau sedang dibutakan
Oleh musuh durjana
Tidak kenal erti lelah
Hingga kau menjadi mereka
Sedarlah
Peganglah Al- Quran dan As- sunnah
Akhirat menunggumu
Hanya jika kamu percaya
Akan janji – janji Tuhanmu
Bertaubatlah
Sebelum nafasmu yang terakhir
Hanya jika kamu mengetahui
Pintunya begitu luas
Kembalilah
Sebelum tertutupnya pintu itu
Karna aku sayang padamu
Marilah bersamaku
Menjejak bersama indahnya syurga
Hadiah dari Pemberi Rahmat
LAMAN KOLUMNIS | PUISI
Mohd Hafizuddin bin Zahadi
Tahun 2
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams
Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Hafizuddin Zahadi yang juga pernah mempunyai nama pena seperti Zonko Prince ini merupakan salah seorang dari kalangan pelapis kolumnis Karyawan PCS. Beliau yang boleh dianggap sebagai ‘diam-diam ubi berisi’ seringkali memberikan karya-karya yang begitu hidup dan apatah lagi Din senantiasa mencoretkan kisah-kisah yang begitu kena dengan kehidupannya. Berkarya dengan meninjau suasana alam benar-benar menjadikan kita rasa kembali hamba.
Ayuh, teruskan memberikan sokongan terhadap hasil penulisan beliau.Penulis ini pernah menghasilkan beberapa artikel lain seperti Cerpen Sebuah Ceritera. Klik pautan ini untuk terus membaca karya-karya beliau.
KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.
komen membina peribadi mulia