Petang ,

Dari pagi sudah disibukkan diri dengan membuang masa. Percayalah , sesibuk mana sekalipun kamu , kamu tetap akan ada masa untuk membuang masa . Berakhir   satu episod masa yang  lalu , langkah kaki diteruskan juga .Bertemankan  teman seperjalanan ,seperjuangan menghadiri sebuah jamuan makan , sekadar memenuhi undangan .

Signifikan , mungkin dapat difikirkan , kenapa  susah-susah membazirkan tenaga sedang sudah  ada rencana Allah Taala adalah yang  sebaik-baiknya. Alasan lain bagi menyembunyikan kemalasan. Perut kenyang tanpa memerlukan tenaga, memenuhi hak seorang muslim , memenuhi jemputan . “when the intention is clear , the path will appear” . Akan tetapi niat sendiri masih diselaputi kepentingan diri disaluti unsur-unsur yang boleh disifatkan sebagai nus – nus . Masih layakkah menggelar diri seorang Muslim?

Tomyam , ringkas menunya. Bagaimana pula perkongsiannya ?

“Ini kampung kita”

Salah satu satu ayat daripada para senior perlahan- lahan dihadam . Ada apa dengan Sepanyol sehingga  menjadi destinasi pilihan ? Mengapa bukan Jepun , Perancis , Itali dan sebagainya  yang pada pendapatku mampu meninggalkan cebisan pengalaman yang sebolehnya tidak ingin dilupakan meskipun  diancam retrograde amnesia ?

Cerahnya Eropah kerana Andalusia. Al-Andalus  setelah diterjemahkan  bermaksud “menjadi hijau saat akhir musim panas”, mempunyai hubungan  sejarah yang sangat dekat dengan jiwa- jiwa mereka yang menggelar diri sejarawan Islam. Bukan sekadar perspektif yang timbul setelah meneliti  kehidupan pada zaman tersebut akan tetapi  cara penyerapan Islam  itu sendiri terhadap masyarakat sudah memberi gambaran yang jelas betapa Islam merupakan  agama yang membawa rahmat kepada seluruh manusia. 711 M , Andalusia masih dalam   kekuasaan Kristian Goth. Kedatangan angkatan tentera dibawah pimpinan  Thariq  ibn Ziyad semasa pemerintahan Khalifah Bani Umayyah membawa sinar baru yang menjadi batu loncatan ke arah  pembentukan Andalus yang baru. Islamisasi .

Masjid Ibrahim di kawasan pergunungan Gibraltar

Penaklukan yang bermula dengan penawanan Gibraltar (gunung tempat tentera pertama kali mendarat dan memperkemaskan kedudukan ) menjadi antara asbab utama terbukanya pintu yang penaklukan Sepanyol . Siri peperangan yang berlaku seperti di Bakkah , di mana bala tentera di bawah pimpinan raja Roderick telah Berjaya ditundukkan mendorong penguasaan terhadap kota -kota penting seperti Cardova , Granada , Toledo. Menakluki Toledo bukanlah semudah disangka. Berstatuskan ibu negara bagi kerajaan Goth pada ketika itu  menyebabkan sahabat nabi ,  Musa ibn Nussair menambah angkatan tentera seramai 5000 tentera menjadikan keseluruhan tentera Muslim seramai 12 000. Angka itu tidak dapat menewaskan bilangan musuh seramai 100 000 tentera.

Semangat yang terbina atas kekuatan jalinan ukhwah antara mereka menyebabkan Musa ibn Nussair merasakan adalah menjadi satu keperluan bagi  beliau untuk  turun padang dalam merealisasikan aspirasi  penaklukan. Satu demi satu kota yang dilewati berjaya dikuasai , Sedonia ,Karmona , Sivelle dan Merida . Lebih membanggakan apabila penguasa kerajaan Goth, Theodomir de Orihuela berjaya ditumbangkan. Akhirnya kedua-dua angkatan tentera di bawah pimpinan Musa ibn Nussair dan Thariq  ibn Ziyad yang bergabung tenaga bersaksikan bumi Toledo. Penaklukan kota ini tidak dinafikan berpunca dari kelemahan sudut perancangan Raja Roderick yang melucutkan jawatan Witisa, penguasa wilayah Toledo setelah memindahkan pusat pemerintahan dari Seville ke Toledo. Perkara ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan ahli keluarganya yang seterusnya bertindak menggabungkan diri dengan tentera Islam dalam usaha menundukkan Raja Roderick. Kota ini berjaya ditawan termasuklah bahagian utaranya, Saragosa sehingga ke Navarre. Peranan Raja Julian, pemerintah Queta (Sabtah) yang turut sama memberi kerjasaama kepada para muslimin memudahkan lagi proses penaklukan setelah baginda memperkenan  pinjaman empat  buah kapal untuk kegunaan para tentera dalam kalangan muslimin. Perkara ini telah menimbulkan konflik antara baginda dan Raja Roderick .

Gelombang penaklukan seterusnya dipelopori oleh Khalifah Umar ibn al- Aziz Rahimahullah. Tampuk pemerintahan diserahkan kepada Abu Ayyub ibn  Habib  setelah kematian baginda ditentang oleh pemerintah Afrika Utara  seterusnya digantikan dengan Al-Hurr ibn Abdul Rahman Al-Thaqafi.

Sasaran ditumpukan kepada kawasan pergunungan Pyrenia dan selatan Perancis . Pimpinan di bawah Al-Smnh ibn Abdul Malik  tumbang dan akhirnya pimpinan itu diteruskan oleh Abdurrahman ibn Abdullah al-Ghafiqi Rahimahullah. Serangan dimulakan ke atas kota Bodreu seterusnya Poiter dan menerusi kota ini serangan keatas Tours direncanakan. Malang tidak berbau , tindakan Charles Martel, ketua angkatan perang tentera Salib   menahan beliau diantara Poiter dan Tours telah menyebabkan tentera dibawah pimpinannya berundur semula ke Sepanyol .

Siri – siri serangan terhadap wilayah  Arvirignon , Lyon   ,dan pulau-pulau yang terdapat di Laut TengahMajorcaCorsica,SardiniaCretaRhodesCyprus dan sebagian dari Sicilia tetap  diteruskan . Wilayah ini akhirnya  jatuh ke tangan Islam di zaman Bani Umayyah. Gelombang kedua terbesar telah menjangkau seluruh Sepanyol dan melebar jauh menjangkau Perancis Tengah dan bahagian – bahagian  penting di Itali  .

Akal logik terus menerus mempersoalkan , wilayah  bukan sebuah kampung, apa rahsia kemenangan Islam dalam setiap siri penaklukan sehinggakan mampu menundukkan beberapa wilayah sekaligus  ? Keganasan ?

Melihat kepada keadaan masyarakat pada ketika itu , keadaan sosial , politik dan ekonomi adalah sangat menyedihkan. Secara ekonomi , boleh dikatakan lumpuh, berbeza sekali semasa  zaman  pemerintahan kerajaan Byzantine dahulunya . Berhektar-hektar tanah dibiarkan tanpa sebarang aktiviti .Secara politik , Sepanyol dipisahkan kepada beberapa negeri kecil . Kebebasan beragama merupakan isu sensitif .Konflik timbul terutama di kalangan penganut agama Yahudi dan Kristian .Rakyat dibahagikan kepada beberapa kelas .  Melarat , tertindas dan tiada persamaan hak .Datangnya Islam , umpama sinar .Kaum yang tertindas menanti juru pembebas dari kalangan Muslim . Perpecahan yang berlaku berpunca daripada pemerintah kuku besi memberikan laluan kepada Islam untuk menyantuni madu’nya . Ajaran islam  termasuklah toleransi , persaudaraan dan tolong- menolong , tidak dilupakan toleransi agama menyebabkan masyarakat menyambut baik kedatangan Islam .

Berkembangnya Islam di Andalusia telah menyebabkan pelbagai kejayaan berjaya diraih , bahkan telah membawa Andalusia ke arah kejayaan yang lebih kompleks. Kejayaan ini turut diraikan bersama oleh Eropah yang pada ketika itu disifatkan menempuh zaman gelap. Komuniti yang berbeza latar belakang , sebagai contoh komuniti arab , al-muwalladun , barbar , as-saqalibah , Yahudi dan Kristian yang berbudaya arab masing-masing menyalurkan sumbangan intelektual yang sangat tidak ternilai harganya sama ada dari sudut ilmiah , kesusasteraan dan sebagainya.

Seni dan corak

Ilmu pengetahuan tersebut akhirnya tertuang untuk pembangunan dan teknologi Andalusia yang maju.
Bagi menggambarkan keindahan Cordova pada abad ke-10 M, Cordoba mengalahkan keindahan Constantinople, dengan rumah sakit, universiti,  penerbitan buku, industri kertas, masjid dan istana yang sangat cantik, perpustakaan, kolam mandi dan taman persiaran yang indah. Perpustakaan umum dibangun di setiap wilayah. Di kota Cordova saja terdapat 70 buah perpustakaan yang bisa digunakan oleh seluruh masyarakat mengalahkan Baghdad pada ketika itu sebagai pusat utama ilmu pengetahuan dunia Islam sebelumnya. Penaklukan terhadap Granada menjadi detik mendebarkan dalam kejatuhan al-Andalus .

Dapatlah kita simpulkan di sini kejatuhan Andalusia berpunca dari kelalaian mereka sendiri . dan siri kejatuhan bermula sejak pemergian Abdurrahman ibn Abdullah al-Ghafiqi.  Sejawaran Mesir Dr. Raghib As-Sirjani dalam bukunya berjudul “Qishah Al-Andalus” menyebutkan :

”Ini merupakan faktor yang amat penting, yakni godaan duniawi terhadap pemeritahan Muwahidun dengan banyaknya harta yang mereka miliki. Inilah yang kemudian mendorong mereka bergaya hidup mewah, berfoya-foya, dan saling berseteru memperebutkan kekuasaan..”

Lanjutannya menyebutkan ,

“Tenggelam dalam kemewahan, cenderung pada kesenangan nafsu duniawi, dan bergelimang dalam kenikmatan-kenikmatan sementara. Inilah faktor utama yang mengantarkan kekuasaan Islam pada akhir yang sangat menyakitkan. Masa-masa keterpurukan dan kejatuhan sering terkait dengan banyaknya harta, tenggelam dalam kesenangan-kesenangan, rusaknya generasi muda, dan peyimpangan besar pada tujuan…”

Sedangkan adalam firmannya telah menyebut :

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengingatkan dalam berbagai firman-Nya,

orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (menaati Allah), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Al-Israa”: 16)

“Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan di dunia, agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Karunia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.” (Thaha: 131)

Michel Sittow 004.jpg
Ferdinand II

Pada era tersebut, sekitar  tahun 1200-an, Granada berjaya menghindarkan diri daripada penaklukkan kerajaan-kerajaan Eropah. Kejatuhan Kota Cordova,  mendesak Granada menyepakati perjanjian dengan Kerajaan Castile, salah satu kerajaan Kristian yang terkuat di Eropah. Perjanjian tersebut menuntut Granada membayar ufti berupa emas kepada Kerajaan Castile setiap tahun. Segalanya baru bermula apabila  Raja Ferdinand dari Aragon menikahi dengan Puteri Isabella dari Castile. Pernikahan ini menyatukan dua kerajaan terkuat di semenanjung Iberia yang  berkongsi matlamat yang sama, menakluki Granada dan menghapus jejak-jejak Islam di benua biru.

Tahun 1482 menyaksikan  pertempuran antara Kerajaan Kristian Spanyol dan Granada. Meskipun secara jumlah dan kekuatan Granada kalah sebelum melangkah , semangat juang masyarakat muslim Granada sangatlah besar, mereka berperang dengan penuh keberanian.

Sejarawan Spanyol yang  mengatakan,

“Orang-orang muslim mencurahkan seluruh jiwa raga mereka dalam peperangan, mereka layaknya seseorang pemberani dengan tekad yang kuat mempertahankan diri mereka, isteri, dan anak-anak mereka.”

Bayangkan bagaimana perasaan anda menyaksikan kejatuhan Granada dari Istana Al-Hambra ini.

Lebih parah dari itu, pada tahun 1483, Sultan Muhammad, anak daripada Sultan Granada, mengadakan pemberontakan terhadap ayahnya sehingga memacu kearah peperangan. Raja Ferdinand benar-benar memanfaatkan situasi ini untuk membuat Granada kian lemah dengan mendokong pemberontakan Sultan Muhammad melawan ayah dan anggota keluarganya. Pasukan-pasukan Kristian dikerah oleh Ferdinand yang turut berperang bersama Sultan Muhammad menghadapi anggota keluarganya. Akhirnya Sultan Muhammad berhasil menaklukkan anggota kerajaan dan menguasai Granada. Namun kekuasaannya ini hanya terbatas di wilayah Kota Granada saja.

Tidak lama setelah menguasai Granada, Sultan Muhammad mendapat surat daripada Raja Ferdinand untuk menyerahkan Granada ke wilayah kekuasaannya. Akhirnya Sultan Muhammad sadar bahawa ia hanya dimanfaatkan. Muhammad berusaha untuk mengumpul kekuatan dengan bersekutu bersama prajurit Islam di Afrika Utara dan Timur Tengah untuk memerangi kekuatan Kristian Eropah. Namun bantuan yang diharapkan baginda  tidaklah sesuai dengan harapannya. Turki Uthmaniah hanya mampu mengirimkan sekelompok kecil angkatan laut yang tidak berpengaruh banyak untuk melawan kekuatan Kristian Eropah.

Pada tahun 1491, Granada dikepung oleh pasukan-pasukan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Dari menara istananya, baginda melihat pasukan Kristian dalam jumlah yang besar telah mengepung dan bersiap menyerang Granada. Muhammad pun dipaksa untuk menandatangani surat penyerahan Granada kepada pasukan sekutu Kristian. Peristiwa ini terjadi pada November 1491.

Bagaimana kegemilangan Islam ditundukkan  oleh Eropah dan  betapa liciknya mereka menggunakan ilmu  yang dikaut pada zaman kegemilangan Islam dan perencanaan untuk menjatuhkan Islam haruslah dijadikan ibrah . Musuh Islam tidak pernah berhenti bahkan mereka sentiasa memerhati dan mencari peluang untuk menerobos masuk seterusnya melemahkan Islam di kalangan Muslim itu sendiri . Seperti yang sedia kita ketahui , qazwatul fikri yang dilancarkan sangat  progresif sehinggakan remaja amnya terdoktrin dengan budaya hedonisme yang cuba dibawakan .

Hedonisme pernah sekali menjatuhkan Khilafah dan bukanlah ciri seorang Muslim  untuk terus jatuh dalam lubang yang sama buat kesekian kalinya . Sorotilah kegemilangan Islam dan hayatilah susah payah orang terdahulu dalam menegakkannya .

Tayangan video telah sampai ke penghujungnya. Meninggalkan aku berfikir .

“Ya , ini dahulunya kampung kita . Semoga satu hari nanti kaki ini diberi kesempatan berpijak ke bumi Andalus dan bumi ini akan terus berada dalam lindungan rahmat-Nya”.

Pulang setelah kekenyanyan adalah Salah satu perkara yang mainstream , maka langkah kaki diatur perlahan mencari secebis kekuatan disebalik kelemahan.Berhijrahlah wahai Muslim dari comfort zone kamu .

Cerahnya Eropah kerana Andalus , jatuhnya Andalus kerana Eropah . Bangunlah!

Berkiblatkan barat dari sudut pemikiran menyukarkan penyerapan masuk nilai Islam dalam diri individu muslim . Kalimah shahadah yang kamu lafazkan , fahamilah dengan hati bahawa ianya bukanlah semata-mata faktor yang menyebabkan terhias di ruangan agama di i/c kamu sebagai individu yang menganut Islam , akan tetapi andai didalami maksudnya , kamulah daie, dengan demikian tergalaslah di bahu-bahu kamu satu amanah yang andai ditimpakan ke atas gunung nescaya akan  berkecai seisinya , akan tetapi dengan kekerdilan dirimu , kamu diangkat menjadi khalifah kerana kerelaan diri menggalas amanah-Nya . Ingatlah,  di sebalik Barat yang kamu agungkan tertanam sejarah-sejarah peradaban Islam yang telah dengan jayanya ditimbus oleh puak kuffar .

Sebagai contoh ,penelitian dari pemimpin terpelajar merupakan antara sebab utama yang mencetus perubahan dari segenap aspek pembangunan. Darul Madaniyat , telah lama ditubuhkan oleh Abdul Rahman I (756-788) di dalam ruangan istananya , sebagai tanda cintanya dalam kesusasteraan , seterusnya  diteruskan oleh pewaris takhtanya yang dengan kewibawaan yang dimiliki telah meniggikan martabat bahasa arab sebagai lingua franca yang diterima pakai secara meluas .

Darul Madaniyat dalam Istana Al-Hambra

Kota Sepanyol ,pernah suatu ketika dahulu  menjadi tempat tumpuan utama penduduk Eropah dalam mendalami pelbagai disiplin  ilmu pengetahuan. Memonopoli penyelidikan dan penemuan pusat sistem suria dan sebagainya ,sedangkan Eropah pada ketika itu masih memperdebatkan isu yang terkebelakang memberi gambaran taraf pada ketika itu .  Andalusia merupakan sebuah pusat pendidikan pada ketika itu . Kota-kota seperti Toledo, Sevilla, Granada, dan Cordova yakni  tempat yang pernah menjadi sejarah bagi kejayaan Islam ketika agama itu berhasil mewarnai Andalusia hingga lima  abad lamanya. Kota Cardova pula kaya dengan  struktur binaannya yang bersejarah dengan pemggabungan pelbagai elemen dan pengaruh yang luas melambangkan keagungan pemerintahan seawal penaklukan oleh Bani Umayyah .Contohnya, Al-Qashr al-Kabir, kota satelit yang didalamnya terdapat gedung-gedung istana megah. Rushafat, istana yang dikelilingi oleh taman yang di sebelah barat laut Cordova. Masjid jami’ Cordoba, dibangun tahun 170 H/786 M yang hingga kini masih tegak. Al-Zahra, kota satelit di bukit pegunungan Sierra Monera pada tahun 325 H/936 M. Kota ini dilengkapi dengan masjid tanpa atap (kecuali mihrabnya) dan air mengalir ditengah masjid, danau kecil yang berisi ikan-ikan yang indah, taman haiwan dan sebagainya

Dengan populasi yang ramai , Cardova pernah suatu ketika dulu dibangunkan dari aspek prasarana terutamaanya yang bersangkut- paut dengan pendidikan .Universiti dan perpustakaan mula ditubuhkan dek kerana percambahannya boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh setelah hujan melahirkan  ramai ilmuwan pada ketika itu . Contohnya , lahirnya ahli matematik (Al-Khwarizmi, Orang pertama yang menulis buku tentang  ilmu matematik dan algebra ), ahli perubatan  (Al-Kindi, penulis buku ilmu mata, Ar-Razi atau Rhazez penulis buku perubatan, Abu Al-Qasim al-Zahrawi ahli bedah, Ibnu Nafis penemu system peredaran darah, dan Ibnu Sina), ahli sastera (Ibn Abd Rabbih, Ibn Bassam, Ibn Khaqan), ahli hukum, politik, ekonomi, astronomi (Ibrahim ibn Yahya Al-Naqqash, penentu gerhana dan pembuat teropong bintang modern), ahli hadis dan fekah (Ibnu Abdil Barr, Qadi Iyad), sejarah (Ibn Khaldun , menemui teori sejarah), ahli pelayaran (Ibnu Majid) dan ramai lagi.

Infaqlah mengikut kemampuanmu untuk memenangkan Islam , seperti kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang dilemparkarkan kedalam api yang membakar dan pipit yang dengan sedaya upaya mengerah tenaga membantu memadamkan apinya . Bukanlah hasil nilaiannya , akan tetapi usaha yang tetap dinilai . Malanglah mereka  yang hidupnya hanya meraih rahmat dari Islam sedang untuk menyumbang tidak pernah terlintas di fikirannya . Jangan bertanya mengenai bila kemenangan Islam  , tetapi yakinlah andai sempurna ciri Jilul nasr al-mansyud dalam diri, nusrah Allah sentiasa hampir .  Islam hanya akan menang di tangan generasi terbaik , persoalannya ialah siapakah mereka yang dimaksudkan ?

Nadzirah binti Nazree
Tahun 3
Kuliah Perubatan,
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Penulis ini juga pernah menulis beberapa artikel untuk laman PERUBATAN Online. Antaranya ialah PERSEPSI#GazaUnderAttack dan Compass : An idol to whom ? Klik pautan – pautan berikut untuk terus membaca karya beliau.

KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.