logo perubatan no bg

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setinggi-tinggi lafaz syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, kita semua masih mampu bernafas sebagai hamba, daie dan khalifah di atas muka bumi ini. Seterusnya, selawat dan salam kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, utusan Allah yang merupakan pedoman jua teladan sepanjang zaman buat ummah. Allah SWT berfirman, yang bermaksud ;


“ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. ” (Al-Baqarah : 261)

Bertepatan dengan ayat al-Quran di atas, kita sedar bahawa setiap harta yang diinfakkan untuk membantu memudahkan gerak kerja dan kebajikan orang lain, akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT. Tidak terhenti di situ, Allah SWT turut mengurniakan pahala bagi sesiapa yang ikhlas menginfakkan hartanya untuk membantu meringankan beban orang lain.


“ Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. ” (Al-Baqarah : 262)


Bermula pada Hari Pencalonan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) tempoh hari, pihak Jabatan Bendahari PCS telah pun memulakan langkah untuk mengutip yuran tahunan PERUBATAN daripada semua ahli PCS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;
“Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.”

Justeru, pihak Jabatan Bendahari dengan ini meneruskan kutipan yuran PERUBATAN daripada semua ahli bermula pada 15 Disember sehingga 22 Disember 2014 ini. Ahli boleh menjelaskan yuran tersebut kepada Ketua Batch atau Timbalan Ketua Batch, Bendahari Batch, dan Bendahari PCS.


Segala bentuk kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’. Semoga dengan keterlibatan semua ahli dalam menjelaskan yuran PERUBATAN dapat memberi sinar harapan yang lebih cerah kepada PCS untuk mengorak langkah dengan lebih jauh dan dapat mengadakan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada semua ahli dalam usaha untuk mengejar redha Allah SWT.

Seeru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.


“ Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui ”

“PCS, Kita Satu Hati”

10307004_764667020219293_32472538_n

Abdul Muiz bin Mohd Razali,
Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Sesi 2014/2015

10312158_764667013552627_1485813272_n

Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah
Timbalan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Sesi 2014/2015