LGBT sudah mendapat tempat dalam masyarakat ?

Cinta itu fitrah. Namun, dalam setiap fitrah itu perlu kita kawal dan pelihara kesuciannya agar tidak bertukar penjadi fitnah.Cinta yang perlu kita semai itu perlulah berada dalam landasan tabii dan syarii agar konsep sebenar kehidupan dapat dicapai secara hakiki.Walaupun adanya pepatah mengatakan bahawa cinta itu buta, namun tidak perlu untuk kita butakan mata hati kita dalam memilih cinta yang terlarang. Cinta terlarang yang ingin diertikan pada entri ini adalah cinta songsang atau boleh ditermakan sebagai perhubungan sejenis. Adakah perasaan suka kepada sesama jenis ini juga fitrah yang tidak dapat diubah? Tepuk dada tanya iman.”Kami sudah ditakdirkan hidup begini sejak azali lagi”.Itulah majoriti jawapan yang diberikan oleh pengamal cinta songsang apabila ditanya berkenaan jiwa meraka. Adakah bermaksud tuhan itu zalim bagi pelaku homoseksual ini yang mendakwa diri mereka sudah ‘difitrahkan’ oleh sang pencipta untuk menyayangi sesama jenis? Jawapannya terletak pada akal waras setiap insan.

Gay ialah cinta terlarang

Pada alaf 21 ini,perhubungan sesama jantina ini telah ditermakan oleh masyarakat dengan istilah gay bagi perhubungan sesama lelaki dan lesbian bagi perhubungan sesama perempuan.Sehubungan dengan itu,suatu istilah baru telah diperkenalkan bagi menggabungkan golongan yang mengamalkan cara hidup songsang ini iaitu LGBT (Lesbian,Gay,Bisexual,Transexual). Gaya hidup yang berlawanan dengan sifat tabii manusia ini bukanlah bermula pada era tanpa sempadan ini, namun telah pun wujud sejak zaman Nabi ALLAH Luth. Banyak sekali firman ALLAH yang telah dirakamkan di dalam dalam AL-FURQAN berkenaan laknat serta celaan daripada ALLAH terhadap kaum Luth ini.Antaranya dipetik daripada surah Al-A’raf ayat 80 dan 81.

Yang mana mafhumnya,

“dan (kami juga telah mengutus) Luth,ketika dia berkata kepada kaumnya, Mengapa kamu melakukan perbuatan keji,yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu(di dunia ini).”

“Sungguh,kamu telah melempiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan.kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”

Berkenaan homoseksual,terdapat beberapa jenis pengelasan bagi memperincikan lagi ciri-ciri golongan songsang ini. Antaranya ialah Homoseksual Terangan,di mana individu tersebut menerima identiti diri sendiri sebagai seorang pengamal homoseksual dan berani mempamerkannya kepada masyarakat umum.Seterusnya adalah homoseksual terdesak,pada kebiasaanya homoseksual jenis ini menjalani kehidupan songsang secara bersembunyi dari pengetahuan pasangan kahwinnya. Sesetengah individu yang terlalu kemaruk akan hubungan seksual tetapi berada dalam pembatasan seperti berada dalam penjara misalnya akan dikategorikan sebagai homoseksual berkeadaan dan ghalibnya akan kembali menjadi heteroseksual apabila sudah tidak disekat bagi mencari pasangan yang tabii. Kemudian jenis biseksual.Keadaan di mana individu tersebut melibatkan diri dalam homoseksual dan juga heteroseksual. Menyebabkan individu berkenaan sukar dikesan dan kebiasaanya diamalkan oleh mereka yang sudah berumah tangga.

Dari sudut pandang syarak,hubungan sesama lelaki diistilahkan sebagai liwat manakala hubungan sesama perempuan pula diistilahkan sebagai musahaqah.Tiada satu pun ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah di atas muka bumi ALLAH ini yang pernah menghalalkan hubungan songsang ini.Pengharaman hubungan luar tabii ini diambil oleh para ulama berdasarkan sabda junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

KAUM LUTH AS
Kisah Kaum Nabi Luth A.S wajar jadi peringatan

“Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya di dalam sehelai kain”

-dipetik dari kitab NAIL AL-ATSAR-

Dalam hadis riwayat lain, baginda nabiMuhammad S.A.W turut bersabda “ALLAH melaknat sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum LUTH”(baginda nabi mengulangnya sebanyak tiga kali)

–riwayat An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra-

Daripada sebahagian daripada dalil yang telah dinyatakan,para ulama telah mencapai sepakat dalam pengharaman hubungan songsang ini. Hanya berlaku khilaf di kalangan ulama berkenaan pelaksanaan hukuman ke atas pelaku homoseksual ini. Ada yang berpendapat perlu melakukan hukuman yang menakutkan terhadap pelaku homoseksual ini seperti membakarnya dengan api,dicampak dari tempat yang tinggi lalu direjam dengan batu dan ada juga berpendapat perlu dikurung di tempat yang busuk sehingga mati.

Stigma keji serta pandangan serong oleh masyarakat tabii terhadap pelaku hubungan songsang ini sudah pasti sukar dielak. Kerana mana mungkin, perkara buruk dapat didiamkan daripada umpatan demi umpatan masyarakat kita yang terkenal dengan ‘kepekaan’ masalah sekeliling. Pengamal homoseks juga turut menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Masakan mereka bakal mempunyai pewaris serta keturunan kerana penyemaian benih di tempat yang salah pasti tidak akan mengeluarkan hasil. Sudah pasti perkara ini akan membawa kepada kesan jangka masa panjang yang buruk, iaitu tiada lagi generasi pewaris negara yang hebat dapat dilahirkan. Seterusnya menjejaskan keharmonian dalam hidup masyarakat yang tabie’ dan syarii.

Namun perlu diingat,laknat ke atas pelaku homoseksual bukan hanya pada sisi pandang Islam , tetapi juga ada pada agama lain.Agama Kristian juga turut memomokkan penganutnya yang mengamalkan homoseksual dengan gelaran ‘pelacuran kudus’.Dalam Perjanjian Baru ,Roma 1:26-27 ,

“Rasul Paulus mengingatkan bahawa pelaku homoseksual adalah sebahagian daripada bentuk kejatuhan moral dunia kafir,dari mana orang-orang Kristian sebenarnya telah dibebaskan dan disucikan oleh Kristus”.

Manakala dalam Imamat 20:23 berbunyi,

 “janganlah engkau tidur dengan lelaki secara bersetubuh dengan perempuan,kerana di situ terdapatnya kekejian,pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri”

archie_cover_16
LGBT begitu diraikan di dunia Barat

Sudah dapat kita simpulkan di sini bahawa bukan sahaja agama Islam yang memerintahkan penganutnya untuk memelihara kesucian diri dalam segala segi, namun agama lain turut mencela penganutnya yang keluar daripada sistem tabii manusia. Sudah pasti ini adalah suatu jalan keburukan jika terus diamalkan.

Setelah diterangkan secara ringkas berkenaan isu lgbt ini dari sudut agama,muncul pula persoalan dari sudut perubatan.adakah lgbt merupakan hasil pengaruh genetik atau bahasa mudahnya penyakit keturunan? Pada tahun 1952,homoseksual telah dikategorikan sebagai gangguan sosiopathi personaliti di dalam manual diagnostik dan statistik penyakit mental (DSM). Namun pada tahun 1968, DSM telah dipinda ke kategori seks songsang. Sesetengah berpendapat pindaan ini dibuat akibat desakan pengamal LGBT serta ahli politik yang telah mendorong Persatuan Psikiatri Amerika untuk mengeluarkan homoseks daripada kategori penyakit mental pada tahun 1973.

Sehingga kini,tiada lagi bukti kukuh dari segi saintifik  yang menyokong bahawa LGBT adalah suatu perlakuan yang diwarisi dan tidak dapat diubah. Oleh itu,seruan untuk kembali normal kepada golongan songsang ini perlu diperhebatkan sebagai salah satu usaha untuk kita menyelamatkan anak bangsa daripada terus hanyut dalam kehidupan yang tidak tabii.Umum mengetahui apabila sesuatu perkara tidak dilaksanakan mengikut sistem atau ketetapan yang telah ditetapkan,pasti menemui kepada masalah pada pengakhirannya.

AIDS merupakan penyakit yang sering  menyerang pengamal homoseks. Percampuran cecair badan ketika hubungan seks songsang merupakan antara cara penularan virus HIV di kalangan pengamal LGBT. Sehingga kini,vaksin yang bagi mengubati ‘pembunuh’ ini masih belum ditemui. Seterusnya,pengamal seks songsang lelaki akan dihantui oleh penyakit siflis.ini adalah suatu jenis penyakit yang menyerang organ seks,dubur dan mulut si pelaku jika tidak diberi rawatan segera,penyakit ini akan menyebabkan serangan jantung dan otak yang boleh mempercepatkan kepada hembusan nafas terakhir. Beberapa penyakit kelamin seperti anal cancer,herpes, gonorrhea juga bakal meyerang pelaku homoseks jika mereka masih berdegil untuk tidak mahu menormalkan diri  daripada melalui gaya hidup tabie’ seorang manusia.

HIV_Virion-en
HIV virion

    Jadi amatlah pelik sekiranya para pejuang hak LGBT ini tidak menghentikan perjuangan mereka kerana sudah pun dibuktikan melalui kaedah perubatan bahawa hubungan songsang ini tidak mendatangkan kebaikan walaupun satu. Malah membawa kepada kebinasaan tubuh yang sukar dicari penawarnya. Ini adalah suatu bentuk kezaliman terhadap diri sendiri kerana penyakit akibat hubungan songsang ini pasti tidak akan menyerang jika manusia hidup dalam keadaan tabii.

Justeru,penekanan terhadap bahayanya pengamalan LGBT ini perlulah diterapkan sejak dari kecil bersesuain dengan pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerana bermula zaman persekolahanlah,seseorang individu itu akan keliru dalam memlilih gaya hidup yang bagaimana perlu dipraktikkan.masyarakat sekeliling yang perlu memainkan peranan untuk membimbing serta menegur generasi muda dalam merealisasikan wawasan yang sering kita canang kepada anak-anak bangsa,iaitu pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara. Masakan sebuah negara dapat dibentuk dengan jayanya jika pemuda dan pemudi itu sendiri tidak hidup dalam sosiologi yang tabii.

SUMBER RUJUKAN

Al-Quran dan As-Sunnah
http://mizzjuliet.blogspot.com/2009/03/sejarah-hubungan-sejenis_27.html?m=1
http://mak-andak.blogspot.com/2013/08/lgbt-keburukan-dan-bahaya-dalam_2.html?m=1
http://belajarpsikologi.com/macam-macam-penyakit-kelamin-laki-laki-dan-perempuan/

Muhammad Shahrul Zulfikar bin Zaini
Tahun 2
Kuliah Perubatan,
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Penulis ini merupakan salah seorang dari kalangan pelapis kolumnis Karyawan PCS. Teruskan memberikan sokongan terhadap hasil penulisan beliau.

KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.