14 November 2014 –Mukhayyam Mentor Akhawat (MU’MENaat) untuk sesi ini telah melabuhkan tirainya dengan ucapan penutup daripada Timbalan Biro Pembangunan Insan (BPI) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS), Saudari Faten Sakinah binti Shawaruddin  pada petang 14 November 2014 di Teratak Ulul Albab secara rasminya.

mukmenat

Kursus mentor kali ini menyajikan kelainan apabila dibuat dalam bentuk mukhayyam dan mengasingkan antara ikhwah dan akhawat. Antara respon yang diberikan adalah pengisian kali ini lebih mantap dan padat selain memberikan lebih privasi kepada peserta.

Pada tarikh 6 hingga 7 November 2014 yang lepas, telah diadakan MU’MEN bagi pihak ikhwah yang mengumpulkan para mentor ikhwah untuk diberi pengisian sebagai bekal mengemudi  Smart Circle (SC) bagi sesi ini. Bertempat di sekitar Hayyu Sabeik, MU’MEN menyajikan pelbagai slot menarik yang bermatlamat untuk mengasah skil para mentor dari segenap sudut.

MU’MEN ikhwah diakhiri dengan explorace di Hadiqah Dauliyah dan majlis penutup disempurnakan oleh Saudara Abdullah Aqiel bin Aminuddin selaku Naib Pengerusi I PCS.

IMG-20141120-WA0036

Apabila ditanya berkenaan respon peserta sepanjang program kepada pengarah MU’MENaat iaitu Saudari Atiqah binti Hilmi, beliau menjawab, “ Bersyukur sebab semua mentor memberi komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang MU’MENaat ini. Semoga program kali ini membekalkan kefahaman serta memberi motivasi kepada mentor supaya sentiasa bergerak dalam amal Islami.”

Secara keseluruhannya, diharapkan agar usaha pihak penganjur dan pihak ahli jawatankuasa pelaksana program kali ini tidak sia-sia dan memberikan manfaat yang maksimum kepada para mentor.  Para mentor juga digesa agar terus berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan tsaqafah diri untuk menjadi qudwah buat ahli SC yang lain dan tidak terhenti dengan tamatnya program ini sahaja.

Unit Liputan : Semoga program sebegini dapat diadakan pada masa akan datang dengan penambahbaikkan yang lebih mantap dan berkesan.