15 November 2014 – “Ramai ahli yang meminta agar pihak Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) menganjurkan lagi kerana ramai ahli yang ingin turut serta tetapi dikekang masalah-masalah seperti peperiksaan dan faktor kewangan.”

“ Program yang dibuka penyertaan kepada akhawat sahaja menimbulkan sedikit kekecewaan dalam kalangan ikhwah yang tidak dapat ikut serta dan menggesa agar pihak BSAL mengadakan lagi program sebegini untuk ikhwah.”

Ini adalah antara respon yang diterima daripada kalangan ahli yang tidak dapat menyertai “Jejak Auliya’ Bahnasa” yang diadakan baru-baru ini.

IMG_20141115_093027

 

Bagi peserta yang berpeluang mengikuti program ini, mereka turut menyimpan hasrat untuk menziarahi kota Bahnasa ini lagi pada masa akan datang. Walaupun ada yang merasakan suasana tempat itu indah khabar dari rupa, namun ibrah yang dikutip takkan diperoleh di mana-mana tempat lain.

Ada juga peserta yang berhajat untuk datang lagi ke Bahnasa kerana ketenangan yang dirasakan di sana sementara ada juga yang sebak kerana merasakan berada hampir dengan para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. Tidak kurang juga, peserta yang bersemangat untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan sirah dan salasilah keturunan para nabi dan sahabat memandangkan ada di antara cucu cicit para sahabat dan keturunan Rasulullah sendiri yang terkorban dalam peperangan pembukaan kota ini dan dimakamkan di bumi Bahnasa ini.

20141115_112314

Jaulah seharian yang disertai oleh 31 orang peserta akhawat bersama ahli jawatankuasa, beberapa orang musyrif dan diiringi oleh dua orang ustaz yang berpengalaman dilihat berjaya mencapai objektif yang telah digariskan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli walaupun dirancang dan disusun dalam masa kurang seminggu.

“Pada mulanya, menjangkakan seperti ramai yang ingin menyertai tapi takut defisit, maka dibuka kepada 30 tempat sahaja. Alhamdulillah, saat-saat akhir ramai pula yang ingin ikut serta tapi tempat sudahpun penuh,” ujar Saudari Nur Husna binti Ridzuan selaku pengarah program ini.

Unit Liputan : Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana program dan semua peserta serta ahli yang menjayakan dan menyokong program sebegini.