Kenyataan Rasmi : Pilihan Raya Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Sesi 2015/2016
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”
Hal ini seiring dengan sabda baginda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, maksudnya,
“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah dari kalangan mereka seorang untuk menjadi ketua.”
Mengekalkan Sistem Pencalonan
Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung di bawah PERUBATAN, Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2014 bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan (JKTPC) sesi 2015/2016 berjalan dengan lancar.
Pada tahun ini, JPP akan mengguna pakai sistem ‘Pencalonan’ sebagaimana yang telah diamalkan 3 tahun kebelakangan ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Antaranya fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan, dan akhirnya pengundian.
Pilihan Raya Cawangan Ain Shams
Setelah meneliti dari pelbagai aspek, pihak Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Ain Shams telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan pilihan raya cawangan di Ain Shams. Butiran adalah seperti berikut:
Perkara | Tarikh |
Jualan Borang Pencalonan | 3 – 6 Disember 2014 |
Hari Pencalonan |
6 Disember 2014 |
Pengumuman Senarai Calon Fasa I | 7 Disember 2014 |
Tempoh Kempen & Bantahan | 7 – 19 Disember 2014 |
Pengumuman Calon Fasa di Program Khas | 7 – 19 Disember 2014 |
Pengumuman Senarai Calon Fasa II | 19 Disember 2014 |
Hari Pengundian Ain Shams | 20 Disember 2014 |
Pengumuman Keputusan Pilihan Raya | 21 Disember 2014 |
Seruan kepada Ahli
Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini. Seterusnya, menjayakan sasaran kami agar sekurang-kurangnya 75% ahli PERUBATAN turun mengundi di peringkat cawangan masing-masing.
Kuasa di tangan anda, sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.
Wallahu ta’ala a’lam.
“ Berkat, Telus dan Cekap ”
” PCS, Kita Satu Hati ”
AMIRUL FIKRI BIN BADRUL HISHAM
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) 2014
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
komen membina peribadi mulia