logo perubatan no bg

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Pimpinan adalah satu tuntutan dari Islam. Sepanjang zaman sehinggalah hari ni, pimpinan itulah yang meneraju perubahan kearah meninggikan syiar Islami. Dan pimpinan itu jualah yang menjatuhkan agama. Kerana itulah Rasulullah SAW mengambil berat akan kepimpinan dan meletakkkan beberapa syarat dan criteria untuk melantik pemimpin supaya kelak pemimpin itu mampu memikul beban amanah dan mambawa obor-obor Islam dan meniupkannya di seluruh dunia.

Begitulah juga PERUBATAN, yang menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebagai paksi dan teras didalam setiap gerak kerja persatuan tidak lupa untuk menjadikan pemimpin sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengurus tadbir ahli sains kesihatan di Mesir. Kearah melestarikah citra PERUBATAN yang murni, disamping membawa agenda kebajikan kepada semua ahli mencakupi pelbagai aspek mengikut rencah dan adunan yang telah digariskan oleh Alquran dan Assunah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah ke atas mereka seorang untuk menjadi ketua.” (Abu Daud)

Semakin lama hari berlalu, semakin hampir kita ke penghujung sesi pentadbiran PERUBATAN. Sehubungan dengan itu, kami mewakili pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) telah berbincang dan membuat keputusan untuk melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams bagi sesi 2015/2016.

Proses perlantikan barisan kepimpinan PERUBATAN akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khas yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan raya Cawangan(JPC). Mereka bertanggungjawab memastikan proses pemilihan dalam keadaan bebas dan bersih serta berjalan dengan lancar.

Selari dengan perlembagaan PERUBATAN, Fasal 27 (1) (a) :

Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Maka dengan ini, pihak Lembaga Penasihat PCS sesi 2014/2015 telah berbincang dan bersetuju untuk melantik saudara Amirul Fikri bin Badrul Hisham sebagai Pengarah JPC 2014 manakala saudari Nur ‘Izzati binti Zakaria sebagai Timbalan Pengarah JPC 2014.

Semoga pilihan raya kali ini akan lebih meriah dan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, saya menyeru kepada ahli PERUBATAN seluruh Mesir untuk terlibat dengan pilihanraya kali ini dan sama-sama turun mengundi dalam pelantikan barisan kepimpinan yang berwibawa.

Sekian Terima kasih

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“PCS, Kita Satu Hati”

t0ni#1

 Mohamad Alfatani bin Abdullah
Ketua Lembaga Penasihat
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2014/2015