Kenyataan Rasmi : AJKT Kekal PCS Sesi 2015/2016
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, segala puji untuk mu Tuhan Yang Maha Agung atas segala nikmat kurniaan-Nya yang melimpah ruah untuk sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga kita tergolong sebagai umat Nabi Muhammad dan mendapat syafaatnya kelak.
Pengumuman perlantikan pengarah dan timbalan pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan menandakan pentadbiran kepimpinan PERUBATAN Cawangan Ain Shams sesi 2014/2015 telah memasuki fasa yang terakhir. Sekaligus, bahang pilihanraya bagi pemilihan kepimpinan PCS sesi baru semakin terasa.
Berdasarkan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d): Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.
Dengan itu, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCS telah bermesyuarat dan sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan 4 orang AJKT sesi 2014/2015 ke sesi hadapan 2015/2016, iaitu
1) Muhammad Hayyan Affiq bin Muhammad Lutfi
2) Muhammad Amiruddin Bin Suhaini
3) Rabiatul Adawiyah binti Saad
4) Irshafinah binti Jamaluddin
Sehubungan dengan itu, keempat-empat AJKT kekal ini tidak boleh dicalonkan sebagai AJKT di dalam pilihanraya cawangan sesi ini berdasarkan Fasal 27, Perkara 2 (b) iaitu
Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
Semoga keputusan mesyuarat ini diberkatiNya dan membawa rahmat besar kepada PCS. Besar harapan kepada AJKT kekal sesi ini untuk memberikan yang terbaik kepada PCS dan ahli bagi melancarkan gerak kerja PCS pada masa akan datang.
Seeru ‘ala barakatillah. Sekian, wassalam.
“PCS, Kita Satu Hati”
Muhammad Hanif bin Mahamad
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
Syuhada binti Azhar
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
komen membina peribadi mulia