Mereka berkata , kami dilemparkan dengan api dan mereka menghalau kami . Kami tidak hidup dalam keamanan. Kami hidup terkurung. Lebih baik kami mati. Kami tidak melihat melainkan kematian dan kecederaan. Kami tidak melihat dalam televisyen melainkan jenazah yang dikebumikan dan  kereta kebal menembak. Kami tidak melihat rancangan hiburan . Kami tidak melihat certita kartun dan  kami tidak melihat rancangan pendidikan. Semuanya pengebumian jenazah, kereta kebal menembak dan helikopter.”

Di atas semua yang terjadi dan semua sudah tertulis di lauh mahfuz. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kami. Dan agar kamu tidak gembira terhadap apa yang diberikanNya terhadap kamu. Terjadinya peperangan dengan izin Allah. Terwujudnya kemenangan juga dengan izin Allah. Segala kemudaratan yang mereka dapat  pastinya akan terbalas di syurga kelak.

Anak kecil yang kehilangan ayah. Isteri yang menjadi janda. Kehilangan keluarga tersayang. Tangisan yang tidak didengari dunia.  Di saat mereka memerlukan pertolongan, doa dan harapan, di saat  itulah seluruh dunia memekakkan telinga, membutakan hati. Tidak peduli. Masih tidak peduli. Kerana bukan ahli keluarga. Sadis.

Namun, mereka beruntung. Mereka diuji dengan balasan syahid dan syurga hakiki andai mereka gugur di medan jihad. Itu taruhan mereka dengan Allah. Syahid dan syurga. Kanak kanak kecil yang sudah mengenal erti syahid dan jihad. Lantas, di mana kita waktu ini. Masih diuji dengan  syahid di tempat tidur, di kerusi-kerusi hijau yang empuk atau di dalam Saratoga? Di mana wang kita mengalir? Di mana bantuan kita ? Adakah satu amalan yang mampu meletakkan kita di syurga nanti ? Sedarlah. Bangkitlah. Dan caknalah andai dengan cakna itu boleh menempah tiket untuk kita ke syurga  Allah.

Kerana mereka adalah umat yang dijanjikan Allah untuk tetap akan mempertahankan tanah suci Palestin. Walau darah berkesimbah dan walau maut menanti.  Kita masih lagi jauh. Jauh . Aqidah dan Jihad. Masih lagi nus-nus. Masih lagi beralasan.

Adakah mereka sedar, di atas roket-roket pejuang, bom dan das tembakan yang mereka lemparkan, ada Allah di atasnya. Dia Maha berkuasa. Mereka lupa agaknya dan terus-terusan memusnahkan bumi Allah.

“Dan perumpamaan bagi orang kafir adalah seperti pengembala yang meneriaki binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan teriakan. Mereka itu tuli , bisu dan buta. Maka mereka tidak mengerti.” ( Al Baqarah:171)

Begitulah hakikatnya. Mereka beriman namun keimanan mereka terbatas selagi mereka tidak melihat Allah dengan mata kepala mereka sendiri. Hati mereka makin kufur dan terus sesat.

Sedarkah kamu. Kamu membunuh jiwa yang rindukan syahid. Mereka yang rindukan untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Akidah mereka yang kuat. Mereka yang berpegang dunia ini hanya sedetik tika umpama kelopak bunga, ia akan mekar cantik. Disukai. Namun mekarnya hanya beberapa hari lalu ia akan layu.A man stands shocked in the remains of a...A man stands shocked

Kita sedang diuji dalam tidak sedar, terhadap apa yang menimpa sahabat kita di Palestin, Syria, Gaza, Rohingnya dan lain-lain lagi. Berjinak jinaklah dengan akhirat. Tanamkan syahid di dalam diri. Agar satu hari, kita bisa memperoleh syahid itu.

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main main. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kau memahamiya” (Al Ana’am :32)

MINDA PIMPINAN

Sharifah Norsyahidah binti Engku Taufik
Tahun 4
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Timbalan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2014/2015

 

 KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.