Kenyataan Rasmi : Penghargaan, Tahniah Barisan Majlis Ketua Batch
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segala nikmat yang telah dikurniakan, terutamanya dua nikmat terpenting yang sering kali kita lupa iaitu nikmat Iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan hasil titik peluh dan jerih bagindalah kita sekarang mampu menghirup kedua-dua nikmat terbesar tersebut. Dan tidak lupa juga lafaz kesyukuran dipanjatkan di atas nikmat kesihatan yang telah dikurniakan kepada kita saban hari demi meneruskan perjuangan kita sebagai penuntut ilmu di bumi ardhul kinanah ini.
Bulan Oktober begitu signifikan dengan permulaan sesi kuliah baharu bagi pelajar- pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 Perubatan di Universiti Ain Shams. PERUBATAN Cawangan Ain Shams mengucapkan selamat kembali ke kuliah dan tahniah kepada yang berjaya meneruskan pelajaran ke tahun yang seterusnya. Kepada mereka yang diuji dengan sedikit kelewatan, semoga terus bersungguh- sungguh dalam menempa kejayaan.
Sesi kuliah yang baru dengan ini menandakan organisasi baharu dalam setiap batch yang bernaung di bawah Majlis Ketua Batch (MKB). Rata- rata batch sudah menjalani pemilihan ahli jawatankuasa batch sepanjang tempoh dua minggu selepas kuliah dibuka ini, kecuali pelajar Tahun 5 Genezens yang masih bertarung dalam peperiksaan akhir mereka pada waktu ini. Selamat berjaya diucapkan.
Naib Pengerusi yang memantau pergerakan MKB dengan ini mengucapkan sekalung ucapan tahniah kepada organisasi baharu setiap batch atas taklifan dan pelantikan sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Batch khususnya bersama barisan jawatankuasa batch mereka.
Tahun 1 | Syahmy Arief bin Mustaza Nur Atiqah binti Mohd Hapizi |
Tahun 2 Corazon | Azlan bin Adnan Nur Fatini binti Azman @ Nasir |
Tahun 3 Rayonn | Mohd Nasrun bin Mohd Nizam Wan Nur Izzati binti Wan Mohd Izzuddin |
Tahun 4 Ohana | Mohd Naim bin Mohd Pauzi Khairun Najwa binti Ali |
Tahun 5 Eminent’10 | Zulkifli bin Ab Rahim Nur Izatul Asikin binti Omar |
Jutaan terima kasih juga diucapkan buat barisan kepimpinan MKB sesi 2013/2014 yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh komited. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Seeru ‘ala barakatillah.
‘PCS, Kita Satu Hati’
Abdullah Aqiel bin Aminuddin
Naib Pengerusi 1
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
Nur As-Syuhada binti Amran
Naib Pengerusi 2
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
komen membina peribadi mulia