1010591_769255733084708_1234755054_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

            Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang masih memberi

ruang dan peluang untuk menghirup nikmat Islam dan Iman. Seterusnya selawat dan salam ke atas

junjungan besar penghulu segala nabi dan rasul, Muhammad S.A.W di atas payah jerih bagindalah

kita pada hari ini mampu mengecapi kedua-dua nikmat tersebut. Alhamdulillah!

 

Seperti yang kita sedia maklum keputusan peperiksaan ulangan bagi rata-rata batch

telah pun keluar. Peperiksaan ulangan yang telah berjalan hampir sebulan bermula pada awal Ogos

yang lalu dan berakhir pada September telah dijalani dengan sempurna. Kami di pihak Biro Akademik

PERUBATAN  Cawangan Ain Shams sesi 2014/2015 ingin merakamkan sekalung ucapan tahniah bagi

kesemua pelajar yang telah bertungkus lumus dalam persiapan menghadapi peperiksaan ulangan

tersebut.

 

Bagi yang berjaya, teruskan usaha dan kejayaan anda di masa-masa yang akan datang.

Bagi mereka yang kurang berjaya anggaplah ini sebagai satu dugaan dan cabaran yang akan lebih

mematangkan diri. Ketahuilah bahawa setiap kesulitan itu akan membuka pendengaran dan peng-

lihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan mendapat pahala yang

berganda selagi mana kita tidak pernah berputus asa.

 

InsyaAllah segala baik dan buruk itu kedua-duanya datang daripada  Allah S.W.T dan

percayalah di atas setiap ketentuan-Nya pasti terkandung beribu hikmah yang tersembunyi. Berdoa

dan terus berdoa dan janganlah sesekali berprasangka buruk terhadap-Nya. Akhir kata, firman Allah

S.W.T di dalam al-Quran :

              “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan

              telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demi-

              kian itu adalah mudah bagi Allah.(22) Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa

              yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa

              yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong

              dan membanggakan diri.(23)”                                                                  

                                                                                                                                       [al-Hadid: 22&23]

 

Sekian, wassalam.

”Achieve the Highest, Improve Others“

” PCS, Kita Satu Hati “

10564742_806014379417890_494039568_n

Muhammad Amiruddin Bin Suhaini
Ketua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015

1604698_764571340228861_2093103140586146987_n

Nurul Izzati binti Muhammad Fuad 
Timbalan Ketua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015