1010591_769255733084708_1234755054_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillah dan Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang telah kita rasai hingga kini. Sesungguhnya nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam untuk kita sebagai khalifah di muka bumi senantiasa berterusan melakukan amal soleh dalam meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.


Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman, ayat 17 yang bermaksud, “Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting”.


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Sejajar dengan salah satu pembawaan PCS pada sesi ini iaitu tarbiyah, maka Biro Pembangunan Insan mengambil satu inisiatif untuk melancarkan Kempen Biah Solehah : Kempen KAMI bertujuan untuk memupuk biah amar makruf nahi mungkar seterusnya membentuk ahli PCS yang mampu menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat sekeliling.


Objektif Kempen KAMI ini selari dengan 6 tema yang akan diketengahkan sepanjang kempen ini dilaksanakan iaitu memperkasa biah solat berjemaah, mengukuhkan jalinan ukhuwah, kesedaran mengenai ikhtilat, kesedaran mengenai penggunaan media massa, menghidupkan sunnah Rasulullah dan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan masa.Kempen KAMI ini diberikan nafas baru dengan tema “Kau Aku Menuju Ilahi” , untuk kita benar-benar menghayati erti kata ‘KAMI’ dan bersama-sama menuju ke arah membentuk suasana yang solehah dalam kalangan ahli PCS dan seterusnya kepada masyarakat sekeliling.

Dengan seruan “Qum Faanzir!”, yang bermaksud “Bangunlah dan berilah peringatan!”, diharapkan seluruh ahli PCS dapat sama-sama bangkit untuk mewujudkan biah amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat kita. Semoga dengan terlaksananya kempen ini, dapatlah kita sama-sama mengambil ibrah dan berusaha kea rah yang lebih baik.
Sekian.

” Muslim Sejati, Generasi Rabbani “

“PCS, Kita Satu Hati”

1454988_764572696895392_4389820060044944298_n

Mohamad Faiz bin Rosli
Ketua Biro Pembangunan Insan(BPI)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015

11927_764572950228700_2988891696777157687_n

Faten Sakinah binti Shawaruddin 
Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015