1010591_769255733084708_1234755054_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang masih memanjangkan umur kita untuk mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Dan tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwassalam.

Sinonim dengan bermulanya sesi pengajian yang baru, PERUBATAN khususnya PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS), saban tahun akan melaksanakan satu program yang mana ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi PERUBATAN mengenai tahun pengajian yang sedang dihadapi. Seperti yang sedia maklum, program ini diberi nama ‘Glow With Flow’ (GWF).

Antara objektif pelaksanaan GWF ialah:

1) Memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai tahun yang akan diduduki sebagai persediaan awal.

2) Berkongsi pengalaman dan tips kecemerlangan daripada senior di samping memantapkan potensi ukhuwah sesama ahli.

3) Meningkatkan motivasi dalam kalangan ahli PERUBATAN bagi menghadapi sesi pengajian baru.

Kami berharap agar program yang dilaksanakan ini dapat mencapai objektif- objekif yang disusun demi menempa kejayaan bersama di samping mencari keredaan-Nya, in sha Allah.

Sekian, wassalam.

“Achieve the Highest, Improve Others”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At- Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 KR - Copy

Muhammad Amiruddin Bin Suhaini
Ketua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015

TIMB BCAD KR - Copy

Nurul Izzati binti Muhammad Fuad 
Timbalan Ketua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015