PEMBERSIHAN ‘ KANSER ISLAM ‘

Jeneral Draza Mhaijlovic

Kemudian pada tahun yang sama, keadaan umat Islam di Yugoslavia bertambah teruk apabila Jeneral Draza Mhaijlovic, Ketua Tentera Diraja Yugoslavia mengisytiharkan pembersihan ‘kanser Islam’ dengan menghapuskan saki baki penduduk muslim di Eropah. Ini telah membawa kepada pembunuhan umat Islam beramai-ramai yang sistematik dan kejam. Semua perkampungan dan rumah umat Islam dimasuki. Pelbagai perbuatan kejam dilakukan seperti kaum lelaki ditelanjangkan, diseksa dan diarak dihadapan ahli keluarga sebelum dibunuh. Kaum ibu dan anak-anak perempuan dirogol berkali-kali di hadapan ahli keluarga yang kemudiannya dihentak kepala mereka. Selepas itu mereka akan dikuburkan hidup-hidup. Lebih 300,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terkorban dalam tragedi ini. Terdapat juga golongan yang cuba untuk melawan pembunuhan ini seperti Panjar Division. Namun begitu bilangan mereka sangat sedikit dan berteraburan.

Selepas Perang Dunia Kedua, Yugoslavia diambil alih oleh Parti Komunis yang diketuai oleh Tito. Yugoslavia bertukar menjadi ‘Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia’. Kerajaan baharu itu serta merta mengambil alih segala bentuk pengeluaran, ekonomi dan perhubungan. Kerajaan yang turut berhubung dengan gerakan komunis Stalin ini telah membawa kepada pentadbiran berpusat yang didominasi oleh sebuah parti sahaja. Parti-parti yang lain termasuk Mladi Muslimani telah diharamkan.

Perubahan ini seterusnya membawa kepada pusingan kedua penghapusan umat Islam. Kali ini pembunuhan dilakukan oleh rejim komunis -aties ke atas umat Islam dan ahli Mladi Muslimani yang tertentu juga turut bersimpati terhadap mereka. Bagi yang tidak mampu melarikan diri dari negara tersebut akan ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk dihukum. Mahkamah-mahkamah ini mula beroperasi dari 1946 dan kekal selama sedekad. Tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas dikenakan bagi melabel defendan sebagai ancaman terhadap negara. Semua hak-hak defendan untuk mendapat kehakiman yang adil telah ditolak. Kemuncak penghakiman ini pada 1949 telah menjatuhkan hukuman terhadap empat orang pimpinan Mladi Muslimani yang akhirnya dihukum bunuh. Pada akhir penghakiman sekitar 1950, lebih 1,000 orang umat Islam telah dihukum penjara selama 20 tahun. Ada dalam kalangan banduan dilaporkan mati dengan sebab-sebab yang misteri.

Sarajevo juga dikenali sebagai kota Jurusalem kedua

IDEOLOGI ATIESMA DAN KOMUNISME DAN KEBANGKITAN

Dalam mengekalkan ideologi atiesma, umat Islam telah menjadi mangsa kepada beberapa perbuatan yang bertujuan untuk memisahkan agama dan kehidupan mereka. Rejim Komunis menghapuskan semua mahkamah Syariah, perkahwinan sivil diwajibkan dan urusan pusaka syariah diganti dengan sistem sivil. Semua Mekteb ditutup secara sistematik melainkan sebuah Medresa di Sarajevo.

Kuršumlija Medresa

Malahan, Akademi Syariah Islamiah Saravejo yang diasaskan bagi pendidikan dan latihan hakim-hakim syariah turut ditutup. Harta wakaf turut dijadikan rezab negara. Makanan halal tidak disediakan untuk askar dan pelajar sekolah malah pemakanan khinzir turut dipromosi sebagai ‘kemajuan dan kebebasan dari prejudis agama’. Keahlian dalam Parti Komunis merupakan satu kemestian dalam kerjaya, profesional dan kehidupan awam. Sebarang bentuk keagamaan atau bisikan sekalipun akan dilabel sebagai pemberontak. Hal ini menjadikan peluang pekerjaan, penempatan dan kehidupan seluruhnya amat menyusahkan. Media dan sistem pembelajaran dikawal secara penuh oleh pihak Komunis dan digunakan secara sistematik dalam mempromosi parti tersebut serta fahamannya, termasuk fahaman atiesme.

Dari 1979 sehingga 1980, pada awal kejayaan Revolusi Iran, dan beberapa negara Islam yang lain, telah membawa kepada kebangkitan kesedaran semamgat Islam di seluruh dunia. Kesedaran ini telah membantu kebangkitan masyarakat Islam di seluruh dunia dan juga tidak ketinggalan umat Islam di Yugoslavia. Pada 1983, aktiviti keagamaan dan penyedaran mengenai Islam dan nilai-nilainya menjadi perbincangan sesama muslim di Yugoslavia. Sepertimana dahulu, para intelektual dan pekerja muslim ditangkap dan dibicarakan. Mereka dituduh atas kesalahan mengkhianat dan sebagainya. Ulama-ulama rasmi Yugoslavia dihantar ke pelbagai konferens keagamaan di Timur Tengah dimana mereka melabel umat Islam yang dibicarakan tersebut sebagai fanatik agama dan bidaah.

Revolusi Iran 1979

Tambahan pula, ramai diantara mereka menyatakan secara terbuka bahawa kerajaan Yugoslavia merupakan kerajaan yang mengamalkan hak kebebasan beragama sedangkan ianya jelas bersanggahan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat. Kematian pemimpin komunis Yugoslavia, Josip Broz Tito pada tahun 1980 meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan republik Yugoslavia. Kebanyakan republik mengancam untuk berpecah dari Yugoslavia. Proses tersebut bertambah giat pada pertengahan tahun itu dengan pelantikan pemimpin Serbia Slobodan Milosevic, yang menyemarakkan ketidakpuashatian antara masyarakat Serbia di Bosnia dan Croatia dengan masyarakat Croatia, Bosnia dan Alban di situ.

Baki tahun 1980 menampakkan pergolakan yang besar dan peningkatan bantahan awam untuk menambahbaik politik, ekonomi dan kebebasan beragama dalam Yugoslavia. Menuju ke penghujung tahun 1980, dan permulaan tahun 1990, situasi di Yugoslavia berubah secara mendadak. Pengeluaran akhbar dilonggarkan, membenarkan akhbar-akhbar Islam bagi mengeluarkan sastera-sastera Islam tanpa penapisan kerajaan. Khidmat bantuan agama untuk semua agama ditayangkan di saliran utama. Kebebasan beragama dideklarasi sekali lagi. Institusi kerajaan termasuk ketenteraan mula membenarkan umat Islam mendapatkan produk halal, membaca buku-buku keagamaan serta beribadah di tempat awam. Bilangan yang beribadah di masjid dan tempat-tempat ibadah yang lain bertambah sepuluh kali ganda. Tambahan pula, permintaan untuk memasuki sekolah-sekolah agama meningkat dengan jumlah yang tidak dijangka.

Dalam semangat kebebasan yang sedang menyelubungi negara tersebut serta kebebasan berpolitik, umat Islam dan juga kumpulan-kumpulan yang lain mula bergerak untuk mewujudkan parti politik. Di Bosnia-Herzegovina, sekumpulan 40 intelektual dan pekerja muslim mengasaskan Jawatankuasa Pengasas bagi pembentukan Parti  Gerakan Demokrasi (Stranka Demokratske Akcije-SDA). Pada awalnya pengasas-pengasas ini ingin menamakan SDA sebagai Parti Islam Yugoslavia, namun pada masa itu parlimen Bosnia-Herzegovina masih lagi dibawah kawalan Komunis yang dimana mereka menghalang pembentukan sebarang organisasi yang berasaskan agama dan nasionalisme. SDA kemudiannya melaksanakan konvensyen pengasasannya di Saravejo pada 26 Mei 1990, melantik badan pemtadbirannya, dan mengambil program dan deklarasi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengasas. Ucaptama dalam konvensyen tersebut menyatakan mengenai misi dan objektif SDA.

Alija Izetbegović

Dinyatakan bahawa SDA merupakan sebuah kesatuan politik penduduk Yugoslavia yang terdiri daripada umat Islam dan selainnya yang sudi menerima pembawakannya. Presiden pertama yang dilantik adalah Alija(Ali) Izetbejovic (penulis buku Islam Antara Timur dan Barat). Cawangan-cawangan seterusnya dibentuk di keseluruhan Yugoslavia yang mempunyai umat Islam. Beberapa parti politik berasaskan Islam mula wujud selepas itu namun tidak mampu menandingi sokongan yang dikecapi oleh SDA.

Ini terbukti dalam pilihanraya Bosnia dan Herzegovina pada Oktober 1990 dimana SDA telah mendapat menang besar dan Alija Izetbejovic dinaikkan sebagai Presiden Republik Bosnia dan Herzegovina. Selepas pilihanraya tersebut, kepimpinan Islam memulakan proses reformasi yang panjang (termasuk membebaskan banduan politik). Namun begitu, disebabkan birokratik Yugoslavia yang berpusat, kawalan ekonomi oleh kerajaan persekutuan dan halangan daripada pihak komunis/sosialis, kelajuan dan imtensiti reformasi yang dibawa oleh parti tersebut agak lambat.

KEMERDEKAAN BOSNIA DIANCAM

Pada 1991, keadaan di Yugoslavia kembali buruk. Deklarasi Pemisahan yang diutarakan oleh Republik Croatia dan Slovenia pada awal tahun itu membawa kepada beberapa siri konfrontasi bersenjata antara pasukan bersenjata Republikan dan pasukan bersenjata persekutuan yang didominasi oleh Serbia. Setiap republik merasai aura pengasingan negara berbanding pembebasan republik baik dari segi perundangan dan pengamalan biasa. Ketegangan kaum dan agama antara republik dan kumpulan-kumpulan mula disemarakkan hingga ke tahap yang sangat teruk. Kebangkitan kumpulan-kumpulan etnik dalam Serbia, Croatia dan sebahagian kawasan dalam Bosnia-Herzegovina telah mengembalilan penganiayaan terhadap umat Islam.

Bosnia ketika perang

Pada masa ini juga,  kepimpinan Islam Bosnia-Herzegovina mampu untuk mengekalkan neutraliti dalam konflik persenjataan. Dilaporkan bahawa mayat muslim yang berkhidmat dalam tentera persekutuan yang dikawal oleh Serbia dihantar setiap hari ke Saravejo dan bandar-bandar lain. Kematian mereka seringkali diistilahkan sebagai ‘kemalangan dalam latihan’. Dalam pada ketegangan didalam dan luar negara itu, pimpinan rakyat Serbia di Bosnia, Radovan Karadzik dan Parti Demokratik Serbia yang diketuainya keluar dari kerajaan dam mewujudkan Perhimpunan Nasional Serbia. Pada 3 Mac 1992, selepas pengumpulan referendum (yang mana diboikot oleh kawasan masyarakat Serbia), Presiden Izetgegovic mengumumkan kemerdekaan Bosnia.

Exhumierung von Srebrenica Opfern

Antara tulang rangka rakyat Bosnia yang ditemui. Al-Fatihah

Tidak menginginkan kemerdekaan untuk Bosnia, masyarakat Serbia di Bosnia mahu menjadi sebahagian daripada wilayah Serbia yang dominan di Balkan, iaitu ‘Greater Serbia’ yang diidamkan oleh para pemisah Serbia. Pada awal Mei 1992, dua hari setelah Amerika dan Komuniti Eropah (asal Kesatuan Eropah) mengiktiraf kemerdekaan Bosnia, angkatan Serbia Bosnia dibelakangi oleh Milosevic  dan tentera Yugoslavia yang didominasi Serbia melancarkan serangan keatas ibu negara Bosnia, Saravejo. Mereka turut menyerang bandar di sebelah timur yang diduduki masyarakat Bosnia seperti Zvornik, Foca dan Visegard, serta menghalau rakyat Bosnia daripada daerah tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai ‘pembersihan etnik’.

Walaupun tentera kerajaan Bosnia berusaha untuk mempertahan kawasan tersebut, kadang-kadang dengan bantuan tentera Croatia, namun angkatan Serbia Bosnia telah berjaya merampas hampir tiga perempat negara tersebut pada akhir tahun 1993 malah Karadzic telah membina cawangan di kawasan timur. Kebanyakan rakyat Croat Bosnia telah meninggalkan negara tersebut dan sebilangan rakyat Bosnia masih lagi menetap di pekan-pekan kecil. Beberapa perjanjian damai diusulkan oleh persekutuan Croatia-Bosnia dengan Serbia Bosnia menemui kegagalan apabila Serbia tidak mahu menyerahkan sebarang kawasan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu enggan untuk mengambil sebarang tindakan bagi membendung kezaliman ini melainkan memberi bantuan kemanusiaan.

Fakta mengenai perang di Bosnia

Pada musim panas tahun 1995, tiga buah bandar di kawasan timur Bosnia: Srebrenica, Zepa dan Gorazde masih lagi dibawah pemerintahan kerajaan Bosnia. Sebelum ini, PBB telah mengisytiharkan bahawa ketiga-tiga tempat ini merupakan kawasan selamat pada 1993, dimana kawasan ini adalah kawasan genjatan senjata dan dijaga oleh angkatan penjaga keamanan antarabangsa. Namun begitu, pada 11 Julai 1995, angkatan Serbia Bosnia mara kearah Srebrenica, mengejutkan sepasukan angkatan penjaga keamanan Belanda yang berjaga di situ. Selepas itu mereka memisahkan penduduk Bosnia di Srebrenica dan menghantar wanita dan anak perempuan ke kawasan tahanan Bosnia. Di sana mereka diperkosa dan didera secara seksual, manakala kaum lelaki yang tinggal dibunuh serta merta ataupun dibawa ke tempat pembunuhan beramai-ramai.

Anggaran rakyat Bosnia yang terkorban oleh angkatan Serbia di Srebrenica adalah seramai sekitar 7,000 atau lebih dari 8,000 orang. Pada bulan yang sama, angkatan Serbia Bosnia menawan Zepa dan meletupkan bom di kawasan pasar Saravejo yang sesak. Turut dilaporkan bahawa sepanjang perang Bosnia ini berlaku, sebanyak 800 masjid dimusnahkan oleh pihak nasionalis Serbia dan Croatia, manakal di kawasan takluk Bosnia, gereja-gereja Ortodoks dan Katolik tidak diganggu.

Bosnia War Crimes

Selepas angkatan Serbia Bosnia menawan Zepa pada bulan yang sama dan mengebom pasar Makala di Saravejo, pihak antarabangsa mula mengambil langkah drastik bagi membendung keganasan puak Serbia. Pada Ogos 1995, selepas puak Serbia menolak kata dua PBB, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)  menyertai pihak Bosnia dan Croatia selama tiga minggu melaksanakan pemgeboman udara dan serangan darat keatas kawasan Serbia Bosnia. Akhirnya Milosevic bersetuju untuk memasuki perundingan Oktober itu.

Perundingan damai yang dijalankan di Ohio pada November 1995 itu dihadiri oleh Izetbegovoc, Milosevic dan Presiden Croatia, Franjo Tudjman. Keputusan yang timbul hasil perundingan adalah pembentukan sebuah persekutuan Bosnia yang dibahagikan kepada Persekutuan Croatis-Bosnia dan Republik Srpaska. Kedua-dua entiti tersebut mempunyai perlembagaan dan kuasa perundangan masing-masing. Sebuah daerah yang bernama Brcko juga termasuk dibawah Persekutuan, namun selepas daerah tersebut diwujudkan, ia menjadi kawasan yang dikongsi oleh kedua-dua entiti.

Pada November tahun 2000, SDP bergabung dengan Parti Sosial Liberal Craotia (HSLS) dan berjaya mengalahkan SDA. Pilihanraya parlimen yang seterunya pada tahun 2004 dimenangi oleh Kesatuan Demokrasi Craotia (HDZ) dan pada tahun 2011 kembali dipegang oleh SDP.

BOSNIA DAN MASA DEPAN

Bendera Bosnia dan Herzegovina hari ini.

Tindakan yang diambil sekarang sangat mempengaruhi masa hadapan. Kepimpinan Islam di Yugoslavia mestilah mengikut beberapa perkara yang kritikal ini:

1. Sejarah merupakan guru terbaik. Dalam al-Quran turut menggesa umat Islam mengkaji sejarah untuk diambil iktibar semi mengambil sebarang rindakan. Melupakan sejarah seperti yang diutarakan oleh beberapa pihak merupakan satu kesalahan kerana ia menjadikan seseorang tidak mampu untuk menyambung kejayaannya malah menjadi mangsa kesalahannya sendiri.

2. Segala usaha mestilah dilaksanakan bagi menyebarkan kisah perit susah rakyat Bosnia kerana kita tidak tahu dari mana bantuan Allah akan sampai.

Fall of Srebrenica (Srebrenica Genocide) First Accounts of War Crimes

 

Kisah perang ini tidak harus dilupakan

 

3. Segala ikhtiar haruslah dilaksanakan kearah keamanan dan menyediakan solusi yang terbaik bagi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Moga kekal aman hingga hujung nyawa.

 

Sumber Rujukan :

http://www.everymuslim.co.za/index.php/articles-menu/global-islam-menu/1259-islam-in-bosnia-a-herzegovina

http://www.history.com/topics/bosnian-genocide

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Social_Democratic_Party_of_Croatia

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Party_of_Democratic_Action

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Federation_of_Bosnia_and_Herzegovina

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Republika_Srpska

https://history.state.gov/milestones/1993-2000/bosnia

Hanif bin Khairuddin
Tahun 3
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Pengarah,
Unit Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams

 

Penulis ini juga pernah menulis beberapa artikel untuk laman PERUBATAN Online. Antaranya ialah Raikan kemenangan Aidilfitri ! , MH370 : Hakikat Sebuah Ujian , Ada Apa dengan 6 Oktober dan 5 Best Teacher in Animes. Klik pautan – pautan berikut untuk terus membaca karya beliau.

 

KENYATAAN
Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.