Sajak Hujan di Abby
[PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK]
Sajak Hujan di Abby
Hujan Abby di kala senja,
Sedamai lulabi mengulit saja,
Aku yang terlena,0
Hingga musim bunga,
Berubah sudah dunia yang fana
Hujan bercurahan mengisi lopak,
Membekas dalam nurani ini,
Jiwa lara meronta tanpa suara,
Moga terisi kesekian kali,
Mencari redha Rabbil Izzati
Hujan rintik bercucuran jua,
Ditadah tangan ditakung jua,
Ditekup ke dada mengusap kalbu,
Mengubati sembilu pada hati pilu,
Bernanah sudah dicela selalu
Hujan yang pergi tiada kembali,
Aku terpana memandang ufuk sana,
Mungkinkah nanti pelangi mengganti
Hujan Abby di kala senja,
Kalau ianya itu rahmat,
Biarlah kuyup berteduh tidak
NAMA PESERTA : Fitri Ashraf bin Zahari
Kuliah Perubatan
Tahun Empat
Universiti Ain Shams
KOMEN JURI
Persembahan yang baik. Masuk elemen semasa dan elemen evergreen. Hujan dan perjalanan kembali hamba.
Persoalan yang begitu melankolik tetapi dengan gaya dan teknik yang berbeza dengan penulis yang lain.
Tahniah diucapkan.
PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK
UNIT KARYA
BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS 2014/2015
KENYATAAN
Ini bukan karya asal penulis yang dihantar kerana telah melalui proses pengeditan
komen membina peribadi mulia