Kenyataan Rasmi : Pemangkuan Portfolio AJKT Sempena Cuti Musim Panas
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, segala puji untuk mu Tuhan Yang Maha Agung atas segala nikmat kurniaan-Nya yang melimpah ruah untuk sekalian makhluk. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita juga terpilih untuk menjalani sebulan lagi madrasah Ramadan pada tahun 1435 H ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga kita tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad dan mendapat syafaatnya kelak.
Merujuk kepada perlembagaan PERUBATAN, Bab 4: PERUBATAN Cawangan, Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi Cawangan, Perkara 3 ceraian b iaitu :
b. Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.
Sempena cuti musim panas ini, terdapat beberapa AJKT PCS yang akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan seperti biasa di Mesir.
Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada ahli bagi memastikan kelangsungan dan kelancaran gerak kerja PCS di Mesir. Pemangkuan ini akan berkuatkuasa sepanjang tempoh ketiadaan AJKT sahaja dan akan tamat sejurus kembalinya AJKT berkenaan ke Mesir.
PORTFOLIO | AJKT YANG BAKAL PULANG | TEMPOH KETIADAAN DI MESIR | PEMANGKU DAN NO TELEFON |
Timbalan Pengerusi | Syuhada binti Azhar | 21/7 – 9/9 | Nur As-syuhada binti Amran
0111-1426804 |
Naib Pengerusi I | Abdullah Aqiel bin Aminuddin | 22/7 – 11/9 | Muhammad Hanif bin Mahamad
0114-3379011 |
Setiausaha | Mohammad Imran bin Mohammad Nasaruddin | 22/7 – 10/10 | Sharifah Norsyahidah binti Engku Taufik
0114-1911127 |
Timb. Setiausaha | Sharifah Norsyahidah binti Engku Taufik | 7/7 – 13/8 | Mohammad Imran bin Mohammad Nasaruddin
0114-2439789 |
Bendahari | Abdul Muiz bin Mohd Razali | 22/7 – 7/10 | Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah
0114-7716799 |
Ketua Biro Pembangunan Insan | Mohamad Faiz bin Rosli | 21/7 – 7/9 | Muhammad Adwam bin Ismail
0114-0020435 |
Timb. Ketua Biro Pembangunan Insan | Faten Sakinah binti Shawaruddin | 22/7 – 16/9 | Nurhidayati binti Basril
0114-5833851 |
Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan | Muhammad Hayyan Affiq Muhammad Lutfi | 22/7 – 11/9 | Mohd Khairil Ashraf Bin Muhammad Fisal
0121-1811468 |
Timb. Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan | Rabiatul Adawiyah binti Saad | 21/7 – 9/9 | Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah
0114-7716799 |
Ketua Biro Akademik | Muhammad Amiruddin bin Suhaini | 23/7 – 9/10 | Muhammad Hanif bin Mahamad
0114-3379011 |
Timb. Ketua Biro Akademik | Nurul Izzati binti Muhammad Fuad | 7/7 – 13/8 | Nurul Madiha binti Hamidon
0112-5350999 |
Ketua Biro Perumahan | Rusydi Amin bin Yusuf | 19/7 – 9/9 | Muhammad Adwam bin Ismail
0114-0020435 |
Timb. Ketua Biro Perumahan | Nurul Najee binti Abdul Kadir | 7/7 – 12/8 | Irshafinah binti Jamaluddin
0115-8454871 |
Timb. Ketua Biro Ekonomi | Irshafinah binti Jamaluddin | 21/7 – 4/9 | Nurul Najee binti Abdul Kadir
0114-0163074 |
Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar | Mohamad Faiz bin Abd Rahim | 2/7 – 9/10 | Rusydi Amin bin Yusuf
0111-3169467 |
Timb. Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar | Nurul Madiha binti Hamidon | 21/7 – 4/9 | Sharifah Norsyahidah binti Engku Taufik
0114-1911127 |
Oleh itu, pihak PCS berharap agar ahli dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan berkaitan gerak kerja PCS sepanjang cuti musim panas ini.
Akhir kalam, selamat menghayati dan menyempurnakan Ramadan kita pada tahun ini dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita dan kita tergolong dalam kalangan hamba yang bertaqwa, InsyaAllah.
Seeru ala barakatillah.
“PCS, Kita Satu Hati”
Muhammad Hanif bin Mahamad
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
Syuhada binti Azhar
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
komen membina peribadi mulia