1010591_769255733084708_1234755054_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillah walhamdulillah, marilah kita merafakkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang merasai dua nikmat paling besar iaitu
nikmat iman dan islam. Tidak lupa juga nikmat nafas yang masih dipinjamkan sehingga Ramadan yang berbaki ini.

Segala puji bagi Allah, keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 1,2 dan 3 telah pun diumumkan. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang memperolehi keputusan yang cemerlang dan berjaya naik ke tahun seterusnya. Bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa kerana sesungguhnya hakikat orang yang berjaya ialah seseorang yang tidak pernah kenal erti putus asa dan teruskan usaha dengan lebih gigih dalam menghadapi peperiksaan ulangan (dur thani) yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos nanti. Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya, tinggalkan segala perkara yang boleh mensia-siakan dan sentiasa fokus dalam subjek yang akan diduduki.

Terdapat beberapa perkara yang ingin ditekankan oleh pihak Biro Akademik dalam masa terdekat ini iaitu:

1) Semakan semula markah (tazallum). Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang ingin menyemak semula markah peperiksaan mereka, semakan semula boleh dilakukan melalui wakil-wakil pelajar yang telah dipilih oleh pihak Biro Akademik untuk membantu
memudahkan proses ini.

2) Peperiksaan ulangan akan bermula pada 23 Ogos 2014 ,namun jadual peperiksaan masih belum dikeluarkan oleh pihak
universiti. Oleh itu, diminta mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menduduki peperiksaan dapat bersedia bermula dari sekarang.

3) Tarikh mula kuliah sesi 2014/2015. Untuk makluman mahasiswa dan mahasiswi Universiti Ain Shams, bagi tahun 1 hingga 5 untuk
sesi depan kuliah akan dibuka dalam jangkaan antara minggu terakhir bulan September hingga minggu pertama bulan
Oktober. Bagi tahun 6 pula akan mula pada awal bulan Januari tahun depan. Maka, pihak Biro Akademik (BCAD) mengharapkan supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat pulang sebelum tarikh tersebut dan bersedia mental dan fizikal sebelum menghadapi kuliah sesi baru ini.

4) Sebarang masalah berkenaan isu akademik atau universiti, semua ahli boleh merujuk kepada pemangku Biro Akademik (BCAD), saudara Muhammad Hanif bin Mahamad, di talian 01143379011 .

Dalam kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan selamat merebut lailatul qadar dalam tempoh yang masih berbaki ini. Kami
juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang pengendalian biro ini dalam tempoh separuh
penggal ini.

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian,terima kasih.

”Achieve the Highest, Improve Others“

” PCS, Kita Satu Hati “

10564742_806014379417890_494039568_n

Muhammad Amiruddin Bin Suhaini
Ketua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015

1604698_764571340228861_2093103140586146987_n

Nurul Izzati binti Muhammad Fuad 
Timbalan Ketua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015