Gaza berdarah lagi, bedilan maut di kala sahurGaza di kala sahur , iftarnya di syurga

15 Mei tahun 1948 menjadi detik hitam dunia apabila seluruh alam buana serta segenap penduduk langit dan bumi menyaksikan terbentuknya negara haram Israel. Malapetaka terbesar dalam sejarah peradaban Palestin dan umat Islam ini bermula dengan idea pencerobohan tanah suci Palestin oleh Herzl pada Persidangan Zionis Sedunia pada tahun 1896 ketika membicarakan masa depan Yahudi Laknatullah ini.

Theodor Herzl

Pada Perang Dunia Pertama , Setiausaha Luar British , Arthur Balfour memutuskan Deklasrasi Balfour 1917 yang membawa kepada keputusan pembinaan negara yahudi di tanah suci Palestin.

British Mandate Palestinian passport

Palestine 1020BC

Akhirnya , bermula daripada rusuhan rakyat Palestin dan umat Islam bersemuka dengan pasukan militan Yahudi dikenali sebagai Haganah , kemasukan hampir 100 000 orang Yahudi sekitar tahun 1924 hingga 1929 , Era Nazism , Kertas Putih 1939, peristiwa Holocoust , perang Arab – Israel tahun 1948 sehinggalah hari ini, maruah umat Islam telah dirobek-robek. Ternyata krisis ini bukanlah satu bentuk epidemiologi yang datang bermusim tetapi isunya bersifat malar segar dan menjadi perhatian segenap penjuru dan pelosok dunia.

Seantero mengetahui , tanggal 2 Julai menyaksikan Gaza di ambang perang. Bagi rakyat Palestin ini bukanlah kali pertama.

Bermula dari episod duka iaitu pembakaran dan pembunuhan remaja Palestin yang diculik dalam insiden yang dipercayai bermotifkan dendam. Susulan itu , Gaza terus dibedil di kala siang atau malam dan pagi ataupun petang.

Kata Khaled Meshal lagi, “Kami menyeru pemimpin-pemimpin Arab untuk membantu jika benar mereka lelaki.”

Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa siasatan atas pembakaran remaja Palestin dijalankan dengan segera dan Gaza hari ini terus berjuang menentang tentera Israel bernoda binatang itu . Israel yang mengenakan serangan dengan menggunakan taktik ‘try and error’ atas alasan untuk mengenal pasti kedudukan pasukan Briged Al-Qassam. Sungguh ironi perihal ini , walhal perkembangan terkini menunjukkan 24 rakyat Palestin syahid dan 200 lagi cedera parah berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Gaza pagi ini.

Salah satu dari pengeboman yang dilakukan oleh pesawat zionis di Semenanjung Gaza

Photo: #GazaUnderAttack | Berita Terkini

"Jaga diri mak, saya masih perlukan mak."

Seorang anak mencium tangan ibunya yang cedera akibat serangan udara dari Israel.

Sumber : Eye On Palestine

[IH]

Seorang anak mencium tangan ibunya yang cedera akibat serangan udara dari Israel

Malah, Israel telah melancarkan serangan terhadap kediaman awam, masjid serta hospital dan telah menyebabkan kemusnahan sebanyak 40 buah rumah di Gaza. Rakyat Gaza yang berdarah ternyata bukanlah jenis bangsa yang duduk diam dan tadah terima apa saja. Dengan kuasa Tuhan dan kudrat yang terdaya , penentangan hebat dilakukan oleh mujahidin di Gaza yang telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh orangg askar zionis dan seorang telah ditawan. Komando Amfibia Palestin telah sampai ke Israel melalui jalan laut buat kali pertama dan menculik askar Israel.

Sementelahan itu , roket-roket Al Qassam telah berjaya sampai di Tel Aviv Israel dan menyebabkan bandar utama Israel tersebut lengang dan penduduk Israel bertempiaran menyembunyikan diri. Media Zionis melaporkan 5 juta rakyat Israel kini tinggal di dalam kubu perlindungan. Ah , ternyata media Israel lebih sudu daripada kuah, jerih pedih rakyat Palestin teraniaya disangkarkan tetapi serangan balas rakyat Palestin dikatakan sebagai pengganas dan musuh antarabangsa. Ternyata , mata kita yang melihat dan telinga yang mendengar tidak pernah silap yang angkara sebenar ialah Israel laknatullah !

Tahukah anda , Rejim Zionis melancarkan lebih 50 serangan udara di Gaza, awal pagi semalam, sekaligus mencetuskan kebimbangan peperangan mungkin akan meletus semula di wilayah itu. Petugas perubatan di Semenanjung Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 17 orang termasuk wanita dan kanak-kanak cedera akibat gelombang keganasan yang dilancarkan Israel sejak beberapa hari lalu.

Serangan roket Palestina terhadap Israel. (ilustrasi)

Serangan roket Palestina terhadap Israel

Selain itu, tentera rejim Zionis dengan angkuh menyatakan mereka telah memulakan kempen operasi perlindungan yang kononnya bertujuan untuk mengurangkan bedilan roket di selatan Israel. Jurucakap Israel berkata kira-kira 50 sasaran termasuk empat markas militan dan tapak pelancaran roket telah dimusnahkan. Objektif utama operasi ini adalah untuk melemahkan gerakan Hamas.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Palestin mendakwa lebih 70 kawasan di sekitar Gaza terutamanya di bandar Khan Yunis musnah akibat serangan tersebut.  Susulan daripada insiden itu, kumpulan sayap bersenjata Hamas, Briged Izzudin al-Qassam bertindak mengeluarkan amaran keras terhadap Israel. Jika rejim Zionis tidak menghentikan tindakan provokasi ini, al-Qassa, tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan balas yang lebih dahsyat ke atas mereka.

#Gazadiserang

Sejak insiden Perang Lapan Hari pada 2012, jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam telah dicatatkan apabila seramai sembilan pejuang Palestin terkorban dalam serangan yang menyasarkan beberapa kawasan di Genting Gaza kelmarin.

Wahai umat Islam dan seluruh penduduk dunia , sedarilah bukan hari ini dan juga bukan semalam , aku mendengari peristiwa duka hari ini. Bahkan saat aku  dan kamu membuka mata dunia Islam tidak seindah coretan dalam kitab – kitab sejarah silam . Terkorbannya anak – anak kecil , hilangnya suami di sisi isteri , jatuhnya mahkota seorang pejuang dan hilangnya sinar serta tampaknya sirna bermula dari puluhan tahun dahulu lamanya. Tidak sanggup lagi mata memandang dan sesungguhnya ketahuilah syurga nantikan dipenuhi jua oleh anak – anak kecil yang terkorban ini.

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnyalebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya.”

(Bukhari dan Muslim)

Rafakkan tanganmu dan basahi pipi dengan munajat kepada Tuhanmu yang satu . Maafkan kami yang berdosa kerana hanya mengintai mu. Tatkala anda berbuka, bersahur , berbazar , bersibuk dengan kalahnya Brazil , kita harus ingat akan peristiwa Gaza di kala sahur.

Ayuh , kita percaya kota Palestin akan dibuka jua walaupun apa segenap kalipun caranya.

Teruskan bersolidariti kepada #Gazaunderattack

Wallahua’lam
SUMBER RUJUKAN

http://www.republika.co.id/berita/internasional/palestina-israel/14/05/01/n4w4tj-palestinaisrael-perlu-mediator-alternatif
http://en.wikipedia.org/wiki/Palestine
http://www.sinarharian.com.my/global/gaza-berdarah-lagi-bedilan-maut-di-kala-sahur-1.297746
http://www.un.org/News/Press/docs/2012/ga11317.doc.htm
https://www.facebook.com/AL.QASSAM.GAZA
https://www.facebook.com/pages/Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP/203794872989424?fref=ts
Quds News Network
فلسطين أون لاين

Muhammad Shafiq bin Kadir
Tahun 2

Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams

KENYATAAN
Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.