[PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK]

Cerpen Jihad Seorang Mujahid

Hatiku pedih mendengar khabar pemergiannya ke negeri abadi.

Namun, aku bangga kerana matinya adalah kerana mempertahankan agama. Perginya sebagai seorang syuhada. Saat ingin dikebumikan, kulihat tubuhnya penuh dengan darah.

Relatives and friends of Mohammed Abu Khdeir, 16, carry his body to the mosque during his funerals in Shuafat, in israeli annexed East Jerusalem on July 4, 2014 (photo credit: AFP/ Thomas Coex)

 

Namun, aku yakin darah itu akan menjadi bukti kecintaannya yang tidak bertepian pada Allah. Aku berteleku di pusara Khalid Al-Mujahid, seorang insan yang telah menyerahkan sepenuh jiwa dan raganya pada Allah semata-mata.

Lelaki yang pernah menyatakan hasrat menjadikan aku suri hidupnya namun kutolak lantaran diri ini sudah mengikat janji untuk setia hanya padanya, suamiku.

Satu suara menyapa dari belakang.

“ Huda, abang fikir mungkin Huda ingin membaca ini,” tutur suamiku, Umair Wajdi sambil menghulurkan sebuah buku hitam berkulit tebal kepadaku. Aku bingkas bangun dan menyambutnya perlahan.

“ buku apa ni, bang?”

“ambillah, Huda pulanglah dulu. Abang nak duduk sini kejap.”

“baiklah, Huda pulang dulu.”

Ujarku sambil menyalami tangan suamiku.

Aku mengorak langkah pulang. Dari jauh kulihat Umair Wajdi duduk menggantikan tempat aku tadi. Mungkin membaca Yassin untuk syuhada itu. Aku terus melangkah pulang. Rumahku tidak jauh dari kawasan perkuburan itu. Sampai di rumah, buku itu kuletakkan di katil. Aku bingkas membersihkan diri untuk menghadap Ilahi. Usai solat Isya’, barulah aku mencapai semula buku itu dan kubuka perlahan. Muka surat pertamanya tertulis:

Milik peribadi : Eric Cristhopher

Kubaca sedikit di muka surat itu, tahulah aku itu diarinya. Entah apa yang merasukku hingga tidak sedar tanganku sedang menyelaknya sehelai demi sehelai hinggalah tarikh pertemuan kami.

 

18 MAC 2001

            Gadis itu, dia sungguh berbeza. Jika sebelum ini wanita bertudung kuanggap sama tapi dia lain. Sungguh ayu perilakunya, menjaga sungguh pandangannya, sopan tutur bicaranya. Mungkin inilah yang digelar Islam wanita solehah.

Hiasan duniawi . Aku dapat merasakan ketegasannya yang tidak bisa digugah di sebalik kelembutan dirinya. Disebalik pakaian yang menghijab dirinya, aku dapat melihat sebutir mutiara indah yang tersimpan rapi. Aku tidak tahu kenapa tapi yang pasti, aku ingin bertemunya lagi. Apakah ini cinta, Eric?

21 MAC 2001

            Di tempat yang sama, gadis itu kutemui lagi. Aku cuba menegurnya namun jawapan yang kuterima, “maaf, jika tiada apa-apa yang penting, saya rasa tidak perlulah kita bersuara. Dalam agama saya, wanita dilarang berbicara dengan lelaki ajnabi tanpa sebarang urusan penting. Tambahan pula, saya tidak mengenali saudara. Saya harap saudara faham. Saya Cuma ingin menjaga kesucian diri dan agama. Maaf.” Lembut bicaranya memberi kesan dalam diriku. Baru kini kujumpa wanita Islam yang benar-benar mempertahankan diri dan agamanya.

Begitu istimewakah Islam itu sehingga terlalu bersungguh gadis itu ingin mempertahankannya?

Apa yang ada dalam Islam?

Ibu bapaku kristian dan sejak aku kecil, itulah pegangan aku. Apa yang menariknya dalam Islam?

23 MAC 2001

            Aku bertemu gadis itu lagi. Aku semakin menghormatinya. Sikapnya membuatkan aku rasa dirinya terjaga dan dilindungi. Mungkin itulah keistimewaan wanita sepertinya. Membuatkan dirinya dilindungi. Aku semakin teringin untuk mendekatinya…mengenalinya…dan mungkin memilikinya? Namun, sikapnya yang tidak langsung melayanku membuatkan aku semakin hari semakin bosan. Apakah kerana perbezaan agama membuatkan dia tidak menerima aku? Sekalipun sebagai seorang kawan. Wahai gadis suci, izinkanlah aku untuk mengenalimu. Walau hanya sekali.

25 MAC 2001

            Apakah maksud mimpiku itu? Lembaga yang badannya dipenuhi api, berkali ganda besarnya daripada aku…sedang mengejar aku. Bukan satu, bukan dua, tapi banyak. Terlalu banyak sehingga aku tidak mampu mengiranya.

Aku berlari sekuat hatiku untuk melepaskan diri dari makhluk ngeri itu, sesekali api di tubuhnya melibas ke tubuhku. 

Pedihnya tak mampu untuk aku gambarkan. 

Teramat pedih.

Sakit! 

Ibu, ayah, tolong Eric!

Aku menjerit. Aku menangis.

Ajaibnya setiap titis air mataku yang mengenai makhluk itu, api di badannya terpadam dan ia semakin melemah. Bagaimana itu terjadi?  Aku cuba menangis lagi namun air mataku tidak lagi mengalir . Bagaikan telah kering airnya. Akhirnya aku terjatuh, tidak berdaya untuk bangun semula. Makhluk itu meluru  ke arahku.

Arrggghhh!

Mimpiku berakhir di situ.

29 MAC 2001

            Mimpi yang sama mengganggu lagi. Apa maksud semua ini? Bila kukisahkan pada ayah dan ibu, responnya bagaikan untuk anak kecil….“mainan tidur je tu, jangan difikirkan sangat.” Mainankah itu jika setiap kali aku terjaga daripada tidurku, badanku berbirat dan melecur? Mainankah jika ianya berulang setiap malam?

‘Sesiapa…tolonglah aku…mengapa begini? Apa semua ini? Tolonglah…!!!’,

 

1 APRIL 2001

            Mimpi yang sama berulang. Namun kali ini ianya bersambung. Saat aku terjatuh, mataku menangkap satu sinaran.

Kuperhati, kuamati…gadis itu…gadis suci, tolong aku…sakit! Saat itu juga makhluk itu menerkam aku. Hampir separuh badanku dijilat api. Aku menjerit. Gadis itu seperti ingin membantu tapi seolah-olah terhalang oleh sesuatu.

Dia semakin menghilang…gadis suci, jangan pergi! Tolong aku. Saat aku merintih, satu tangan menghulur pantas kearahku, aku menyambutnya walaupun aku tidak tahu siapa orangnya.

Aku tidak dapat melihat wajahnya. Amat bercahaya dan bersinar indah. Tidak pernah kulihat cahaya seindah itu….dari arah lain, gadis suci itu tersenyum manis. Makhluk itu juga menghilang. “siapa kamu?” aku bertanya sambil tanganku menghalang mataku. Cahayanya menyilaukan aku.

“namaku Muhammad.” Setelah menjawab, lembaga bercahaya ituu menghilang. Muhammad? Siapa dia? Kenapa wajahnya begitu bercahaya? Mungkin gadis itu tahu.

5 APRIL 2001

            Aku menegurnya dan seperti biasa, tiada jawapannya. Aku nekad, mimpiku itu perlu dia tahu kerana mungkin dia tahu jawapannya.
Aku bermula perlahan, “siapa Muhammad?.”

Nyata gadis itu terkejut. “apa maksud saudara?.”

Aku terus menceritakan semua mimpi aku kepadanya. Satu persatu tanpa tertinggal. Seketika dia tersenyum.

Manis.

Sama seperti dalam mimpiku itu. “Pergilah berjumpa dengan Ustaz Shafie. Mungkin dia boleh membantu. Saya tidak arif dalam hal seperti ini.” Katanya sambul menghulurkan secebis kertas.

Alamat Ustaz Shafie.

Terima kasih gadis suci.

 10 APRIL 2001

            Baru hari ini aku berpeluang bertemu Ustaz Shafie. “ benar Eric mimpi seperti itu?.” Aku mengangguk. “ Eric mahu tahu siapa Muhammad?.” Aku mengangguk lagi. “Muhammad itu kekasih Allah. Baginda Rasul terakhir yang menerima risalah agar menyeru umat manusia menyembah Allah. Baginda pembawa risalah Islam. Baginda nabi umat Islam.” Ustaz Shafie menerangkan dengan begitu teliti sekali. Aku terpaku. Islam? Rasulullah? “maksudnya..”Ustaz Shafie tersenyum manis. “ Eric fikirkanlah sendiri. Buatlah keputusan yang terbaik. Kalau ada apa-apa, jumpalah saya. Selagi boleh saya akan membantu.” Begitu tenang tuturnya. Kenapa aku bisa menjadi sebegini tenang mendengar perihal Muhammad ini? Apa maksudnya?

15 APRIL 2001

            Mimpi yang sama tetap berulang. Cuma kali ini ada pengakhirannya. Satu cahaya terang lagi indah terpisah dari jasadku. Aku yang tadinya sedang berlari terus rebah tak berdaya dan hanya mampu melihat. Cahaya itu terus bergerak, ia berjalan ke satu arah. Berkali kakinya tersadung dan hampir tersungkur. Dia berjuang, berperang dan akhirnya rebah tanpa nyawa…aku ingin  melihat siapa orang itu namun aku tak berdaya. Mataku sudah berat. Tubuhku juga semakin lemah dan akhirnya pandanganku terkatup.

            Aku menjadi resah apabila tidak bertemu dengan Ustaz Shafie. Gelisah bila tidak mendengar walau satu ayat dari mulutnya. Dan dari situ aku mulai yakin, bahawa Islam itu sebenarnya jalan hidupku, yang memberikan ketenangan jiwa yang berpanjangan…Aku nekad…

 

18 APRIL 2001

            Mulai hari ini, sudah tidak ada lagi Eric Cristhopher. Mulai hari ini, hanya ada Khalid Al-Mujahid. Ya, Khalid Al-Mujahid. Bangkitlah engkau sebagai perwira Islam zaman sekarang. Laungkan kalimah Allah dan teruskan dakwah Rasulullah. Biarpun engkau dibuang. 

Ya, aku juga telah dibuang, diusir jauh dari keluargagara-gara aku mendapat sinar baru. Ibu dan ayah melarang keras aku menyambut sinar itu tetapi aku tetap dengan pendirianku, Islam is the true way of life.

Aku amat berterima kasih kepada Ustaz Shafie kerana sudi menumpangkan aku di rumahnya buat  seketika. Aku senang dengan cara Ustaz Shafie mentarbiyah keluarganya . Andai saja dari kecil aku begini. Tidak! Jangan begitu Khalid, bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkanNya padamu. Ada hikmah yang tersembunyi.

 

23 APRIL 2001

            Begitu banyak yang aku pelajari daripada Ustaz Shafie. Dia kini kuanggap seperti bapaku sendiri. Aku bahagia dengan kehidupan baruku ini. Aku dikhabarkan ramai yang memeluk Islam tetapi akhirnya kembali murtad lantaran tiada yang sudi membimbing mereka. Aku bersyukur kerana memdapat bimbingan daripada Ustaz Shafie. Dialah yang banyak mendorongku, membimbing aku dan menyokong aku. Jika Rasulullah punya Khadijah yang sentiasa membantu Baginda, aku punya Ustaz Shafie yang sentiasa membimbingku..terima kasih ustaz…

1 MEI 2001

            Gadis suci. Sudah lama aku tidak bertemu  dengannya. Kali terakhir adalah ketika dia menyerahkan alamat Ustaz  Shafie kepadaku. Aku ingin sekali berterima kasih padanya. Kerana dialah aku begini. Di manakah dia sekarang?

10 MEI 2001

            Alhamdulillah, hari ini aku bertemu semula dengan gadis itu. Rupa-rupanya dia anak saudara Ustaz Shafie, Nur Huda Nisrina, sungguh cantik namanya, cahaya petunjuk mawar putih. Sesuci dirinya. Aku menyuarakan hasratku ingin memetik mawar putih itu kepada Ustaz Shafie. Jawapannya amat menyakitkan.

“ Maaf, ana sudah dimiliki.” Betap hatiku saat itu hancur. Mengapa begini jadinya? Allah tak sayang aku ke? Dia tak pernah dengar ke doaku? Dia tidak tahukah apa mahuku? Kenapa Dia tidak tunaikan? Allah tidak adil.

 

Ustaz Shafie seolah memahami.

“ Khalid, kenapa kecewa? Kenapa kecewa kalau Khalid letakkan sepenuh keyakinan Khalid kepada Allah. Fikir semula kenapa Khalid mengucap? Kerana Huda atau benar-benar kerana Allah? Betulkan semula niat Khalid kalau Khalid tidak mahu kecewa lagi. Ingat, Allah tak memberikan apa yang kita minta tapi Dia menganugerahkan apa yang kita perlu. Kadang-kadang apa yang kita fikir baik buat kita itu sebenarnya tidak baik, dan apa yang kita fikir tidak baik itulah yang terbaik. Allah lebih mengetahui sebab Dialah yang mmenciptakan kita. Jadi, Dialah Yang Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik buat kita.”

Panjang lebar nasihat Ustaz Shafie menjadikan aku kembali sedar, kembali berpijak di bumi Allah.

11 MEI 2001

            Hari ini aku bangkit semula bersama semangat yang baru. Seluruh cintaku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah..hanya keranaNya…aku yakin aku tidak akan kecewa. Ya Allah , ampuni dosa semalamku ya Allah . Aku jahil, berikan aku kekuatan dan keteguhan iman, ya Allah…agar aku tetap di jalanMu. Berikan aku kesabaran dalam menempuh tiap rintangan yang ada. Aku tahu perjalanan hidupku ini bukan mudah, namun aku yakin Engkau tidak akan membiarkan aku menempuhinya seorang diri. Moga aku bisa menajdi sehebat Khalid Al-Walid, pejuang Islam yang sangat mencintaiMu.

            Ya Allah…

            Suburkanlah rasa cintaku padaMu…

            Mekarkanlah rasa rinduku pada RasulMu…

            Semarakkanlah semangat jihad pejuang Islam terdahulu

            Dalam diriku yang lemah ini…

            Moga kan lahir Khalid Al-Mujahid yang baru…

            Setanding Khalid Al-Walid yang dulu…

20 MEI 2001

            Aku terkejut menerima khabar dari Ustaz Shafie. Aku dirisik. Gadis itu dari keturunan yang baik, berkedudukan, agak berada dan agamanya bagus dan melengkapi ciri-ciri seorang bidadari dunia yang menjadi sayap kiri perjuangan. Katanya dia tertarik dengan semangat jihadku walaupun aku merupakan saudara baru.

Ya Allah, janganlah aku menjadi punca kelalaian insan bergelar wanita sehingga melupakan agungnya cintaMu. Kata Ustaz Shafie, dia ingin aku menyuntingnya sebagai isteri untuk sama-sama berjuang dan saling membimbing mendekati redha Allah. Ya Allah, aku tahu Rasulullah menyeru agar umatnya mendirikan masjid dengan menjalinkan ikatan sah yang membawa kepada redhaMu agar bertambah umat Baginda dan Baginda akan berbangga dengan ramainya umat Baginda pada hari akhirat kelak. 

Namun aku tidak yakin apakah aku bisa menyayanginya selayaknya sebagai seorang isteri, sedang seluruh ruang hatiku telah dipenuhi dengan cintaMu hingga tiada lagi ruang untuk yang lainnya

Ya Allah…

Ya Allah, kurniakan daku petunjukMu.

 

 

25 MEI 2001

            Jawapannya masih belum kuberi. Ustaz Shafie memberitahuku tentang misi bantuan ke Palestin. Aku ingin ikut serta. Awalnya Ustaz Shafie menghalang. Namun setelah dipujuk, akhirnya Allah membuka pintu hati Ustaz Shafie untuk membenarkan aku ikut serta dalam misi ini. 

Saudaraku, nantikanlah aku di sana, aku akan datang menyebarkan semangat jihad di sana, kita akan bangkit bersama.

Allahuakbar!

1 JUN 2001

            Kami telah sampai di Palestin. Ya Allah, begini terseksanya nasib saudaraku di sini. Bantulah mereka Ya Allah, berikan mereka kekuatan dan danjaran yang besar di sisiMu Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk membantu mereka menegakkan semula syiar Islam di bumi Palestin ini.

6 JUN 2001

            Tidak lama kami di sini. Rombongan misi bantuan telah menyelesaikan tugas di sini. Mereka akan pulang ke tanah air. 

Khalid, tegarkah engkau membiarkan saudaramu di sini? Diperlakukan sebegini rupa? Menderita bersendirian di sini?

Ya Allah,aku ingin tetap di sini bersama saudaraku di sini , membantu mereka , berkongsi tenaga menentang musuh Allah  .

Kuffar durjana.

7 JUN 2001

            Puas mereka memujuk aku, namun aku tetap dengan pendirianku. Aku tidak peduli apa risikonya, aku tetap ingin terus di sini. Ustaz Shafie hanya mampu  menggeleng, “semangat Khalid sudah mengalir dalam dirinya.”

Mereka berangkat pulang tanpaku. Hari ini aku berserah kepadaMu Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk membantu mereka menegakkan agamaMu . Sebagai bukti imanku dan jua cintaku padaMu.

 

Aku menutup diari syuhada itu. Tanpa kusedar, air mataku gugur. Betapa suci jiwa pemuda Irish itu. Suamiku melangkah masuk.

“ masih membaca?” dia hanya tersenyum. Walau tanpa jawapan, dia sudah memahami. Dia sudah membacanya mungkin.

“ contohi semangatnya.” Umair Wajdi terus keluar semula. Aku meneruskan pembacaanku.

 

8 JUN 2001

            Mungkin ini catatan terakhirku. Aku sudah tidak mahu begini. Kasihan saudaraku. Semalam bumi ini dibom lagi. Jeritan dan tangisan kudengar dan aku yakin ianya pasti akan berulang hari ini.

The aftermath of an Israeli air strike in the Gaza Strip, file photo (Photo credit: Abed Rahim Katib/Flash90)
The aftermath of an Israeli air strike in the Gaza Strip, file photo (Photo credit: Abed Rahim Katib/Flash90)

Hari ini aku akan berjihad. Aku ingin menyelamatkan anak-anak kecil yang menjadi mangsa. Biarlah aku yang dibedil. Biarlah aku yang mati. Asalkan anak kecil ini punya peluang untuk melihat matahari lagi.

ya Allah kuatkan aku. Ampunkan aku.

 

Catatannya tamat di situ. Namun beberapa helaian kertas kujumpa terlipat kemas. Surat! Kubuka satu persatu.

 

Ya ALLAH…

Bermula saat aku mengucap, lahirlah Khalid Al-Mujahid yang baru. Tika itu aku berjanji memyerahkan sepenuh jiwa dan ragaku hanya padaMu. Namun aku ingkar saat hatiku kecewa. Aku hamba yang tidak mengenal erti syukur.mujurlah Engkau masih mengasihi aku, Engkau memberikanku petunjuk dan jalan keluarnya…untuk aku meneruskan kehidupan ini dengan pengabdian yang sejati. Saat disapa dengan risikan seorang gadis, benar…hatiku langsung tidak terbuka untuk itu…cinta dan kasihku tulus hanya buatMu. Bukan ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah…namun cintaMu sudah terlebih dahulu mengisi tiap ruang hatiku ini. Tiada jawapan yang kuberikan sehinggalah kupinang sendiri…kuingin menyertai misi…misi itulah yang kupinta meskipun ditentang keras mulanya…

Ya ALLAH…

Saat itu, saat melangkah ke kancah penderitaan mereka, aku tersayat…anak-anak kecil sudah punya semangat jihad yang tinggi…sedang aku masih tercari-cari…ketika rombongan berangkat pulang, aku di sini bersama mereka…Ya Allah, aku tidak tahu apa nasibku selepas ini, namun aku mengharapkan husnul khatimah dalam perjuanganku ini. Aku ingin menatap agung wajahMu….aku ingin memeluk kekasihMu…Ya Allah, pintaku cuma satu, bukan nikmat syurgaMu…tetapi cukuplah sekadar Engkau meredhai aku menjadi hambaMu….

                                                                                    Khalid Al-Mujahid – 080601 – 3.03am

 

Surat cintanya pada Ilahi. Begitu suci tekadnya, hanya mengharap redha Ilahi. Alangkah beruntungnya orang yang sepertinya. Kubelek lagi surat yang ada. Ada surat untuk aku? Apa isinya? Aku terus membukanya…

 

Nur Huda Nisrina dan suami.

            Assalamualaikum.

Pertama sekali maaf andai warkah ini mengganggu enti dan zauj. Masih ingat saat enti ana pinang dan enti menolaknya? Saat itu, hati ini hancur. Yakinku pada Allah hilang entah ke mana. Mujur Ustaz membantu ana . Setelah ana tahu siapa pemilik hati enti, ana senang . Nyatalah dia yang terbaik buat enti.

            Terima kasih atas bantuan enti selama ini. Ana tidak tahu perjuangan ana akan sampai dan berakhir di mana…cuma ana mohon teruskan perjuangan enti  dan zauj dalam membentuk remaja kini…didiklah mereka menjadi sehebat sahabat Rasulullah. Bagi ana merekalah mujahid dan mujahidah ana. Siapa lagi yang bakal mewarisi perjuangan Rasulullah kalau bukan remaja kita….

            Ana perlu meneruskan perjuangan ana. Perjuangan sebenar ana demi cintaNya .

Moga jihad enti dan zauj terus membara .

                        Salam Sinar Cahaya Islam .

Khalid Al-Mujahid – 070601 – 8.50pm

 

Surat itu benar-benar menyuntik semangat jihadku. Air mataku yang tadinya mengalir kini kering dek membaranya semangat jihad dalam diri. Insya-Allah, demi cintaku pada Allah takkan kusia-kan pengorbananmu. Surat itu kugenggam erat seerat tersimpul padunya jihad dan cinta Ilahi dalam diri.

Dari jauh, seorang lelaki berjubah putih tersenyum melihat Nur Huda Nisrina.

Hasratnya tercapai dan akhirnya dia menghilang .

NAMA PESERTA : Nurul Fatihah binti Roslan
Kuliah Perubatan
Tahun Dua
Universiti Ain Shams

KOMEN JURI

Plot sedikit hambar.
Wacana yang ingin dibawa kurang jelas.

Wujud kesalahan tatabahasa.

Ada potensi untuk menjadi penulis karya yang baik dan unit karya berminat untuk mengambil bakat muda ini untuk diserap masuk.

Kreatif kerana wujud dari segi dialog dan juga monolog yang tidak ada pada cerpen-cerpen lain.

Tahniah diucapkan.

 

PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK

UNIT KARYA
BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS 2014/2015

KENYATAAN
Ini bukan karya asal penulis yang dihantar kerana telah melalui proses pengeditan