Perihal Aidilfitri

Ramadan direnungi , Syawal dirai

قَالَ رَسُوْلُ الله صلي الله عليه وسلم كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Rasulullah bersabda:“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman:“Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”

 

Aidilfitri merupakan hari yang amat dinantikan oleh umat Islam terutamanya umat Islam di Malaysia. Perayaan Islam yang disambut sekali dalam setahun ini sentiasa membawa kegembiraan dan keseronokan dalam hati kita. Selalunya Aidilfitri disambut bersama sanak saudara yang dekat mahupun yang jauh. Semua ahli keluarga akan berkumpul dan saling menyemarakkan ukhuwah yang sudah lama terjalin. Ada juga yang menyambut Aidilfitri dengan mengadakan rumah terbuka, menjemput sahabat handai dari seluruh pelusuk negeri, saling berkenalan dan memperluaskan jaringan mahabbah. Juga tidak dilupakan kuih muih beraneka macam yang menjadi sajian bagi tetamu yang berkunjung.

Semua ahli keluarga berkumpul bagi meraikan kemenangan setelah sebulan menahan nafsu

                Aidilfitri jika diamati secara mendalam merupakan hari kegembiraan bagi menyambut kemenangan-kemenangan umat Islam. Kegembiraan pertama adalah kegembiraan kerana berjaya menempuh Ramadan.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan dosa-dosa yang dilakukannya sebelum itu”

 

Bagi seorang Muslim, hari ini merupakan hari yang paling gembira kerana kita berjaya menjadikan Ramadhan sebagai bulan tarbiah dan penyucian jiwa. Umat Islam menahan diri dari makan dan minum sendiri hanya untuk menjalankan perintah Allah swt. Tambahan pula, kita menjalani Ramadhan dengan melipat gandakan amalan-amalan fardhu dan sunat, diikuti dengan zikir, tilawah quran, solat terawih, qiamulail dan zakat. Segala amalan ini tidak dilakukan melainkan untuk mendapat ketaqwaan dan keredaan Allah swt.  Oleh itu, pada hari Aidilfitri ini, seharusnya kita refleksi akan  diri ini dan muhasabah mengenai bulan Ramadhan kita yang lepas bagi menjadi momentum dalam ibadah dan amal kita sehingga bertemu Ramadhan akan datang.

 

Kegembiraan kedua adalah kemenangan bagi umat Islam keseluruhannnya. Jika kita singkapi sirah-sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW, banyak kemenangan yang dicapai oleh umat Islam dalam bulan Ramadan. Sirah menunjukkan bahawa Rasulullah mengumpulkan sahabat-sahabat ke tanah lapang yang luas bagi menunaikan solat Aidilfitri bagi menunjukkan kemegahan dan syiar umat Islam kerana kemenangan dalam Perang Badar.

Gambaran artis ketika Perang Badar

Ketika itulah laungan takbir dan tahmid dipanjatkan kepada Allah sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Kemenangan umat Islam dalam menghapuskan tembok jahiliah, kemenangan menegakkan kalimah tauhid dan kemenangan mempertahankan negara Islam. Justeru, pada hari Aidilfitri dilaungkan:

 

ولا نعبد الا اياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون

Dan kami tidak menyembah selain dari Allah dengan ikhlas walau dibenci oleh orang musyrik

 

bukanlah sekadar zikir di hari ini, malah merupakan kemegahan umat Islam dalam mengesakan Allah, menjulang syariat Allah, berhukum dengan hukum Allah adalah sebenar-benar kemenangan walaupun dibenci oleh orang-orang kafir dan musyrik. Momentum kemenangan yang dimulakan oleh Rasulullah ini menjadi pembakar semangat umat Islam sehingga membawa kepada kemengan-kemenagan yang sama pada bulan Syawal dan seterusnya.

 

                Kegembiraan ketiga adalah kemerdekaan umat Islam dari seksaan api neraka.

 

يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Al-Ahzab:71)

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan dosa-dosa yang dilakukannya sebelum itu”

 

Tiada yang lebih diharapkan oleh umat Islam melainkan pengampunan dan keredaan Allah. Sepanjang Ramadan kita berpuasa hanya untuk melaksanakan perintah Allah dengan harapan supaya diampunkan dosa-dosa dan digolongkan dalam golongan yang berjaya. Pada hari Aidilfitri, Allah memberi pengampunan yang luas kepada hambanya dan menghapuskan dosa-dosa supaya mereka kembali kepada fitrah asalnya. Fitrah manusia yang merasa hidup bertuhan, fitrah yang mensucikan dan mengesakan Allah. Kemerdekaan juga bermakna bebas dari ditawan oleh belenggu nafsu syahwat dan kehendak perut kepada menjadi hamba Allah semata-mata.

 

Sunnah Menyambut Aidilfitri

Beberapa hal yang sebaiknya kita perhatikan dan amalkan  agar Aidilfitri yang kita rayakan mendapat keberkatan, bermakna dan penuh hikmah:

 

1) Bersiap-siap ke Masjid atau Lapangan Dengan Mandi Dan Memakai Pakaian Yang Paling Indah

 

Imam Malik Rahimahullah dalam Al Muwatto’ mengeluarkan sebuah hadis dengan sanad yang sohih daripada Nafi’ Rahimahullah :

أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يغتسل يوم الفطر قبل أن يغدو إلى المصلى

Sesungguhnya Ibnu Umar mandi pada hari Aidilfitri sebelum keluar ke tanah lapang (tempat pelaksanaan solat)

Ibnu Hajar Rahimahullah berkata dalam kitabnya Fathul Bari :

روى ابن أبي الدنيا والبيهقي بإسناد صحيح إلى ابن عمر أنه كان يلبس أحسن ثيابه في العيدين

Ibnu Abid Dunia dan Al Baihaqi Rahimahumallah meriwayatkan dengan sanad yang sahih (bersambung) sampai ke Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma bahwasanya beliau mengenakan pakaian terbaiknya ketika solat dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha)”

2) Memakan Kurma Dalam Jumlah Ganjil Sebelum Berangkat Ke Masjid atau Lapangan

Menikmati hidangan kurma sebelum solat sunat Aidilfitri

Anas Radhiallahu ‘anhu berkata :

كان النبي صلى الله عليه وسلم لا يغدوا يوم الفطر حتى يأكل تمرات ، ويأكلهن وتراً

“Nabi tidaklah keluar pagi-pagi pada hari pelaksanaan solat Aidilfitri sebelum makan beberapa buah kurma, dan beliau memakan dalam jumlah ganjil” (Hadis Riwayat Bukhari)

3) Sentiasa Mengumandangkan Takbir Sampai Didirikan Solat

 

Berdasarkan hadis Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma :

 

أن رسول الله كان يخرج في العيدين .. رافعاً صوته بالتهليل والتكبير ..

Sesungguhnya Rasulullah keluar menuju pelaksanaan solat dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha)…dengan mengangkat suara ketika bertahlil dan bertakbir… (Hadis Sahih dengan beberapa hadis pendukung)

 

Dari Nafi’ Rahimahullah :

أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجهر بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى يأتي الإمام ، فيكبر بتكبيره

Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar pagi-pagi pada hari pelaksanaan solat Aidilfitri dan Aidiladha, beliau membesarkan suara ketika bertakbir sampai tiba di lapangan, kemudian beliau melanjutkan bertakbir sampai imam datang, maka beliau bertakbir mengikuti takbirnya imam (ketika solat didirikan) (Sahih, HR Ad Daraqutni)

 

4) Menuju Ke Lapangan Dengan Berjalan Kaki

 

Berdasarkan hadis Ali Karamallah wajhah, beliau berkata :

من السنة أن يخرج إلى العيد ماشياً

Termasuk sunnah adalah berjalan kaki menuju pelaksanaan solat hari raya Eid (Hasan, HR At Tirmidzi)

 

5) Mengambil Jalan Yang Berbeza Ketika Berangkat dan Pulang dari Masjid atau  Lapangan

 

Jabir Radhiallahu ‘anhu berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عيد خالف الطريق

Rasulullallah ketika pelaksanaan hari raya melalui jalan yang berbeza (ketika berangkat dan pulang)

 

6) Mengajak Semua Anggota Keluarga Untuk Keluar Ke Masjid atau Lapangan

 

Berdasarkan hadits Ummu Athiyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata :

أُمرنا أن نَخرجَ ، فنُخرج الحُيَّض والعواتق ، وذوات الخدور ـ أي المرأة التي لم تتزوج ـ فأما الحُيَّض فيشهدن جماعة المسلمين ودعوتهم ، ويعتزلن مصلاهم

Kami diperintahkan untuk keluar dan mengeluarkan para wanita haid dan para gadis serta para anak dara. Adapun para wanita haid maka mereka menyaksikan jama’ah dan dakwahnya kaum muslimin, namun mereka bukan di tempat solat” (HR. Bukhari dan Muslim)

 

7) Mengucapkan Selamat dan Saling Mendoakan

Bersalaman ketika berhari raya serta berkunjung ke rumah jiran tetangga ialah amalan sunnah

Muhammad bin Ziyad Rahimahullah berkata :

كنت مع أبي أمامة الباهلي وغيره من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ، فكانوا إذا رجعوا يقول بعضهم لبعض : ( تقبل الله منا ومنك )

Saya pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan Sahabat-sahabat Nabi SAW yang lain, ketika pulang (dari solat hari raya), sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain : “Taqabbalallhu minnaa waminka” (Semoga Allah menerima [amal kebajikan] kami dan [amal kebajikan] kamu)

 

Aidilfitri di Gaza

Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyambut Aidilfitri di tempat masing-masing, janganlah dilupakan saudara-saudara kita yang masih dizalimi oleh puak kuffar Zionis dan yahudi di Palestin.

 

قال رسول الله صلى الله عليه واله وسلم ( مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى)

Perumpamaan orang mukmin terhadap orang mukmin yang lain adalah seumpama badan, jika salah satu anggota badan sakit maka seluruh jasad ikut merasakan sakit hingga merasa demam

Gaza terus diserang sehingga 28 Ramadan ini.

Mereka menyambut Aidilfitri dengan santapan bedilan peluru dan bom dari segenap penjuru. Mereka beraya dengan memakai baju kalis peluru. Mereka beraya dengan mengebumikan ahli keluarga yang syahid dalam medan peperangan.

Oleh itu, kita dengan semangat dan momentum Ramadan, alangkah baiknya jika kita berkongsi kegembiraan yang kita rasai dengan mendoakan mereka dan memberi sumbangan ikhlas bagi menjaga kebajikan mereka supaya mereka turut merasai kemanisan ukhuwah Islamiah yang dipaksikan atas akidah dan fitrah pada Hari Aidilfitri yang mulia ini.

 

Sumber Rujukan :

http://www.alitqan.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=104:trilog-aidilfitri&catid=12:bahagian-sumber-manusia
http://sumbermateriku.blogspot.com/2012/08/agar-idul-fitri-lebih-berkah-bermakna.html

 

Hanif bin Khairuddin
Tahun 3
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Unit Karya,
Biro Penerbitan dan  Penerangan

Penulis ini juga pernah menulis beberapa artikel untuk laman PERUBATAN Online. Antaranya ialah MH370 : Hakikat Sebuah Ujian , Ada Apa dengan 6 Oktober dan 5 Best Teacher in Animes. Klik pautan – pautan berikut untuk terus membaca karya beliau.

KENYATAAN
Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.