Syair Hikayat Adam Dan Cucunya
[PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK]
Syair Hikayat Adam Dan Cucunya
Pujangga bermadah tanpa helah,
Riwayat Adam manusia gah,
Dicipta Tuhan tiada lelah,
Pada Bumi tempatnya khalifah
Semua malaikat bersujud diri,
Hanya si naqib ingkar meninggi,
Berbangga ia asalnya api,
Dialah Iblis laknat terabadi
Dari rusuk kiri Hawa menjelma,
Pasangan secocok di syurga sana,
Si Iblis pula tiada ke mana,
Merencana muslihat menjerat mereka
Buah terlarang menjadi umpan,
Dicampak fana tanpa panduan,
Rayulah Adam penuh harapan,
Moga kembali pada rahmat Tuhan
Mayapada ini, dasawarsa kini,
Susur galur terbentang pasti,
Sejarah Adam terpahat di hati,
Iblis musuh ke hari mati
Merantau sendiri membawa diri,
Mencari jauhari di kerangka Azhari,
Sedang manikam cacat diri,
Manakan berkilau di siang hari
Ingin merintih lagak Abu Nawas,
Kononnya taubat terbentang luas,
Sedang di hati titik was-was,
Pada Dia Yang Maha Luas
NAMA PESERTA : Ahmad Aizat Mohd Noor
Kuliah Perubatan
Tahun Empat
Universiti Ain Shams
KOMEN JURI
saya kurang bersetuju dengan rangkap, Buah terlarang menjadi umpan, Dicampak fana tanpa panduan,
Kalau kita lihat 2:31, Allah dah ajar segala perkara kepada nabi Adam. Bagaimana pula tanpa panduan?
gaya bahasa bahasa asing , hybrid – mayapada , personafikasi mungkin? manikam cacat diri , melankolik – Ingin merintih lagak Abu Nawas, Kononnya taubat terbentang luas, Sedang di hati titik was-was, Pada Dia Yang Maha luas
-Tahniah diucapkan
PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK
UNIT KARYA
BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS 2014/2015
KENYATAAN Ini bukan karya asal penulis yang dihantar kerana telah melalui proses pengeditan
komen membina peribadi mulia