Seloka Pejuang
[PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK]
Seloka pejuang
bila berjuang haruslah ikhlas
jangan pula bermain dan malas
tujuannya juga haruslah jelas
agar kita tidak terbabas
dalam juang terkadang terlena
membina ikatan dengan Yang Esa
ramai yang leka dengan gerak kerja
amal fardi ditinggal dilupa
bekerja hanya dengan kekuatan diri
sampai lupa pertolongan Illahi
mana mungkin kemenangan terjadi
andai kamu sombong diri
janji tuhan itu yang pasti
kemenangan yang dekat untuk yang meyakini
jangan pula semata menanti
perlu seiring gerak geri
bila bersatu haruslah taat
barulah padu dalam keringat
yang dicari bukanlah pangkat
tapi hanya usaha yang berkat
penat lelah sentiasa ada
hanya yang ikhlas akan terpelihara
tadhiyyah thabat perlu ada
barulah digelar pejuang setia
Islam tetap terus meninggi
walau kita enggan menyumbang diri
mereka yang undur akan diganti
dengan pejuang yang lebih berani
bila lapang baru berjuang
bergerak hanya bila terluang
amalan ini perlu dibuang
jika ingin Islam terus dijulang
payah sungguh dalam perjuangan
asyik ada banyak halangan
manakan mungkin tidak diberi ujian
jika benar kamu beriman
berhati-hati ku susun kata
takut nanti ada yang terluka
coretan ini nasihat semata
buat kita dalam bekerja
NAMA PESERTA : Nurul Nasuha binti Zahran
Kuliah Perubatan
Tahun Lima
Universiti Ain Shams
KOMEN JURI
-huruf kecil berulang setiap rangkap, Ilahi, Tuhan, Islam, salah imbuhan
-gaya bahasa ada berirama , penggunaan bahasa yang kurang variasi, ada asonansi , aliterasi tapi kurang gaya bahasa melankolik, hiperbola dan personafikasi.
-berjaya mencerap ciri-ciri pejuang dengan baik.
-Tahniah diucapkan
PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK
UNIT KARYA
BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS 2014/2015
KENYATAAN
Ini bukan karya asal penulis yang dihantar kerana telah melalui proses pengeditan
komen membina peribadi mulia