Sajak Istimewanya Dia Si Bunga Agama
[PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK]
Istimewanya Dia Si Bunga Agama
Pada aku dia istimewa
Walau hidupnya serba sederhana
Tiada apa baginya di dunia
Negeri abadi baginya lebih utama
Pada aku dia istimewa
Menjadi kesayangan ayahanda tercinta
Perwatakannya juga mirip ayahnya
Mengambil tempat mengganti bondanya
Sehingga digelar ‘ummu abiha’
Saat ayahanda terluka dihina
Dia tampil kedepan membela
Pada aku dia istimewa
Cinta dijaga pada yang selayaknya
Sehingga saat menjadi miliknya
Hidup sederhana tak pernah disesalkannya
Diharungi juga walau terkadang terasa lelahnya
Ucapan ayahanda menjadi penawarnya
Demi mengharap kesenangan di akhirat sana
Pada aku dia istimewa
Dari rahimnya lahir mujahid mujahidah agama
Diberi didikan selayaknya pejuang agama
Menyambung perjuangan menyebarkan risalahNya
Sehingga digelar puteranya ‘ketua pemuda di syurga’
Istimewanya dia bukan biasa-biasa
Istimewanya dia si bunga agama
Itulah dia Fatimah Az-Zahra
Ingin kuikut jejak dan langkahnya
Sehingga diri ini juga menjadi sepertinya
Menjadi kesayangan Rasulullah nabi kita
Moga diri ini terus kuat demiNya…
NAMA PESERTA : Nurul Fatihah binti Roslan
Kuliah Perubatan
Tahun Dua
Universiti Ain Shams
KOMEN JURI
-Karya seperti ini sepatutnya perlu bijak bermain simbol dan perlambangan. Itu kelebihan karya sastera. Sajak patut memberi makna yang pelbagai dan mendalam.
PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK
UNIT KARYA
BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS 2014/2015
KENYATAAN
Ini bukan karya asal penulis yang dihantar kerana telah melalui proses pengeditan
komen membina peribadi mulia