Sajak Harapanku
[PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK]
HARAPANKU
Dapatkah kudidik diri ini
Menjadi penyejuk mata hati
Harapan tulus ummi dan abi
Menjadi penyelamat akhirat nanti
Dapatkah kudidik diri ini
Menjadi teman yang dirindu
Saling mencintai kerana Ilahi
Membentuk peribadi muslimah sejati
Dapatkah kudidik diri ini
Menjadi seperti yang dicari
Bidadari dunia idaman hati
Membantu perjuangan sayap kiri
Dapatkah kudidik diri ini
Menjadi ibu yang dinanti
Buat membina dan mengukuh peribadi
Para mujahid dan srikandi Ilahi
Dapatkah kudidik diri ini
Menjadi seperti yang diingin hati
Hamba sejati takutkan Ilahi
Kerana cintaNya kurela mati
NAMA PESERTA : Nurul Fatihah binti Roslan
Kuliah Perubatan
Tahun Dua
Universiti Ain Shams
KOMEN JURI
-Karya seperti ini sepatutnya perlu bijak bermain simbol dan perlambangan. Itu kelebihan karya sastera. Ia patut memberi makna yang pelbagai dan mendalam.
-Dari segi gaya bahasa, ada kaedah repitisi digunakan iaitu Dapatkah ku didik, yang menariknya sajak ini penggunaan asonansi dan aliterasi, sekaligus membacanya ada lirik-lirik irama tersendiri, dari segi metafora dan hiperbola tidak dapat dikesan, pengunaan sinkof ku
– Biasa saja sebab mungkin terlalu terus terang tanpa perlambangan
PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK
UNIT KARYA
BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS 2014/2015
KENYATAAN
Ini bukan karya asal penulis yang dihantar kerana telah melalui proses pengeditan
komen membina peribadi mulia