Tidak lama lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan 1435 Hijrah.

Tetapi ramai yang masih belum bersedia untuk mengambil manfaat sepenuhnya daripada bulan yang mulia ini.

Kenapa tidak manfaatkan apa yang berada di tangan anda, iaitu telefon pintar untuk merebut peluang keemasan ini yang mungkin kali terakhir buat kita.

Di sini saya senaraikan beberapa aplikasi yang boleh mempertingkatkan amalan kita, dengan izin Allah.

 

1.Quran Android

quran android

Saya pasti rata-rata kita telah memasang aplikasi al-quran pada peranti masing-masing. Saya cuma ingin menekankan kelebihan aplikasi ini berbanding yang lain.

  1. Menanda surah atau ayat kegemaran anda dan muka surat terakhir yang anda baca ditanda secara automatik
  2. Memuat turun audio bacaan qari-qari terkenal
  3. Memuat turun pelbagai terjemahan
  4. Membaca pada waktu malam dengan selesa denga mod malam(night mode)
  5. Mencari perkataan berkaitan misalnya:Ramadhan

Dengan aplikasi ini anda bukan sahaja boleh membaca dengan mudah, malah terjemahan dan cara bacaan  juga mudah diakses.

Muat Turun

 

2.m-Mathurat

mathurat

Amalkan zikir-zikir ini tidak kira di mana sahaja dan tanpa mengira masa. Terjemahan untuk anda lebih menghayati bacaan-bacaan juga disediakan.

Anda juga boleh mendengar audio bacaan tanpa sebarang masalah.

Muat Turun
1.m-Mathurat(phone)                   2.m-Mathurat(tablet)

 

3.Ibadah Evaluation

evaluation

 

Anda ada mutabaah amal tetapi malas mengisi ataupun takut dianggap menunjuk oleh mata-mata liar yang memerhati?

Dengan aplikasi ini anda tidak perlu lagi memikirkan masalah tersebut. Banyak kelebihan aplikasi ini antaranya:

  1. Menambah amalan lain dalam senarai seperti bersedekah
  2. Menetapkan sasaran amalan seperti bersedekah L.E30 sebulan
  3. Muhusabah amalan-amalan anda dalam peratusan secara harian, mingguan atau bulanan
  4. Menetapkan kata laluan untuk aplikasi ini bagi mengelakkan riak atau malu
  5. Menghantar laporan mutabaah ke e-mail

Jadikan aplikasi ini sebagai muhasabah untuk meningkatkan amalan kita agar lebih baik dan sempurna.

 

4. Ramadan 2014

ramadan2014

Anda takut tak bangun sahur (atau berbuka)?. Jangan risau aplikasi ini akan mengesan lokasi anda secara automatik dan menunjukkan waktu berbuka serta waktu sahur. Tetapi anda perlu menukar beberapa tetapan untuk mendapatkan waktu yang tepat.

Kemudian anda boleh menetapkan penggera pada kedua-dua waktu ini secara serentak sekaligus memudahkan kerja anda.

Selain itu jumlah hari anda tidak berpuasa juga boleh ditanda untuk memudahkan proses puasa ganti.

Bacaan doa, asmaul husna dan panduan berpuasa juga disertakan.

Muat Turun

Diharapkan selepas ini nikmat telefon pintar dapat digunakan untuk beramal ibadah bukan menjauhkan diri daripada Allah.

Mari bersama-sama berdoa agar amalan kita diterima dan dapat bertemu laylatul qadar Ramadhan kali ini. Ramadhan Karim.