Fokus Mahasiswa : Sijil atau Ilmu?

Hakikat Sebenar Kita Menuntut Ilmu

Ilmu berasal dari perkataan ‘alima iaitu mengetahui. Syeikh Abdul Rahman Assa’diah berkata, ketahuilah Allah memberi hidayah kepada kamu.Sebaik- baik pemberian Allah, dihilangkan syak dan kotoran jiwa. Dengan ilmu itu, kebenaran yang sebenar dapat diketahui  bagi orang yang berakal dan menyampaikan manusia kepada reda Allah. Allah juga berfirman dalam surah Taha ayat 114,maksudnya:

Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai  seluruh alam, lagi Yang Benar Dan janganlah Engkau Muhammad tergesa- gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata, ‘Wahai Tuhanku, tambahlah iImuku’.

Nabi berdoa,اللهم اني اعوذبك من العلم لا ىنفع’  ’ .

Maksudnya ‘Wahai Tuhanku, aku berlindung dari ilmu yang tak bermanfaat’

Hal ini adalah kerana banyaknya ilmu dalam dunia ini. Antara ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu falsafah barat kerana tiada penghujung dalam pemikiran falsafah. Imam Syafie menyebutkan ada dua jenis ilmu yang membawa manfaat,fiqh agama dan perubatan tubuh badan manusia. Jadi, apa yang pelajar perubatan belajar juga boleh memberi pahala. Sepertimana disebutkan dalam hadis nabi yg ke-36 dalam hadis arbaien,

Daripada Saidina Abu Hurairah R.A daripada Baginda Nabi SAW telah bersabda:

 ‘Barangsiapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankankan kesusahannya di hari kiamat.’

Sebagai seorang pengamal perubatan, apabila dia merawat pesakit, dia juga dikira meringankan kesusahan pesakit.

Adakah Menjadi Kesalahan Jika Kita Belajar Niat Kita untuk Mendapatkan Sijil?

Tidak dapat dinafikan akan kepentingan sijil apabila Syeikh Usamah menyebutkan bahawa sijil merupakan kewajipan pada zaman ini, namun ianya bukanlah suatu keutamaan.Tidak ada salahnya kita ingin memiliki sijil kerana  sijil boleh menjadi bukti agar orang mempercayai bahawa kita mempunyai sesuatu kemahiran.Tambahan pula, sijil merupakan benda yang terikut dengan ilmu.Adakah salah apabila seseorang  belajar untuk mendapat mumtaz, adakah perkara ini lari dari asas kita menuntut ilmu?

Tidak salah kerana Allah menyukai hambaNya yang itqan dalam pekerjaan. Seandainya dalam sebuah kampung tiada doktor untuk merawat pesakit maka hukum menuntut ilmu perubatan bertukar daripada fardu kifayah kepada fardu ain.Kedudukan kita dalam perubatan ialah perkara yang telah ditetapkan, maka hendaklah kita itqan.

Konsep adab dan keberkatan  ilmu.

Adab menjadi asbab kepada keberkatan ilmu.Keberkatan ialah apa yang diberikan penambahan kebaikan daripada Allah dari segi harta, masa dan ilmu.

Saidina Abdullah bin Masu’d berkata, “Ilmu bukanlah diukur dengan banyak periwayatan tetapi  diukur dengan rasa takut kepada Allah.”

Jika dilihat pada golongan terdahulu, kaum Yahudi dimurkai Allah kerana berilmu tetapi tidak beramal dan kaum Nasrani turut dimurkai Allah kerana beramal tetapi tidak berilmu. Justeru ilmu dan amal perlu dimadukan secara harmoni.Tanda dicabut keberkatan ilmu ialah kesilapan pada lisan, iaitu suka berdebat sehingga bermusuhan.

Adab yang Dituntut ketika Menuntul Ilmu

Adab menuntut ilmu dibahgikan kepada tiga peringkat.Sebelum belajar, antara adab yang perlu diamalkan ialah perbaharui niat. Pentingnya niat yang ikhlas ini tergambar apabila Allah turunkan satu surah tentang niat, iaitu surah Al-Ikhlas. Kedua, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan. Ketika kita belajar, kita perlu menghormati guru. Fokus juga penting dalam kita menuntut ilmu sepertimana kita khusyuk dalam solat. Cara untuk kita fokus salah satunya adalah dengan mengekalkan semangat untuk belajar. Adab yang perlu diamalkan selepas belajar pula ialah mengulangkaji pelajaran dan ilmu perlu diikat dengan menulis. Untuk menjadikan ilmu tersebut lebih kita ingati, amalkan dan ajarkan ilmu terseut kepada orang lain.Yang terakhir, kita haruslah sentiasa berdoa dan bersyukur dengan ilmu yang dikurniakan.

Contoh- contoh Penuntut Ilmu pada Masa Lampau yang Boleh Dijadikan Iktibar

Kesungguhan  ulama’ Islam terdahulu tiada tandingan. Pelbagai bidang ilmu diterokai sehingga zaman kemuncak ilmu di Andalusia menghasilkan pelbagai jenis ilmu sama ada agama atau sains. Andalusia juga menjadi jambatan ilmu kepada dunia barat yang mengalami zaman kegelapan ketika itu. Antara tokoh Islam yang begitu tinggi semangat menutut ilmu ialah Ibnu Jawwal. Beliau telah mengelilingi dunia empat kali. Abdullah ibnu Mas’ud mendapatkan sanad hadis dari Madinah hingga ke Mesir dengan menunggang keldai selama sebulan. Yaakub bin Sufian siang dan malam mengkaji sehingga buta, menangis kerana tidak boleh sambung belajar. Ketika beliau mimpi berjumpa Rasulullah, beliau mengadu keadaannya dan Rasulullah menyembuhkan mata Yaakub in Sufian, setelah itu beliau menyambung pembelajarannya  kembali.

Dikisahkan ketika khadam  Muhammad bin Sahlul memanggil beliau untuk makan, beliau menolak lalu khadamnya menyuapkannya makanan. Ketika sudah menulis, beliau meminta makanan yang disediakan untuknya. Beliau fokus dalam menuntut ilmu sehingga tidak sedar bahawa makanan sudahpun disuap ke mulutnya.

Ada ulama’ yang meninggal dunia kerana tidak sedar bahawa sudah banyak beliau makan kurma ketika sedang menulis ilmu.

Imam Syafie berkata jika tidak sanggup menahan lelahnya belajar maka tanggunglah kebodohan sepanjang hidup ini.Kehidupan seorang pemuda dengan ilmu dan taqwa, jika tiada perkara ini maka tiada nilai dalam hidup seseorang itu.

Dari Imam Syafie juga, enam perkara yang diperlukan dalam belajar, iaitu kepintaran, semangat, kesungguhan yang berterusan, bekalan, mendampingi guru dan sepanjang zaman.

Bingkisan kata- kata motivasi

Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata: Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering”

Mintalah pertolongan kepada sang pemberi pertolongan

`Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:

“Ada tiga tingkatan manusia dalam ilmu:

1)      Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong,

berasa paling benar dan paling pandai.

2)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`(rendah hati).

3)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa kerana dia tahu bahawa ilmu ibarat lautan yang tidak bertepi.”

Ringkasan pengisian talkshow: Fokus Mahasiswa; Sijil atau Ilmu ini dibawakan khas oleh AJK pelaksana Malam Munajat Perdana di bawah naungan Exam Fever Campaign (EFC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) sesi ini. Penyampai talkshow yang lalu ialah Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi dan Saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi