[PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK]

Allah rindu 

“ Jom makan anak-anak!” laung ummi yang juga dikenali sebagai Zai, salah seorang ahli Bait Jannah.

Nama manja untuk ahli bait ni memang pelik dari yang biasa didengari. Imah dipanggil ammi. Irah dapat mama dan Aisyah digelar ibu. Rumah ini ahlinya lebih suka panggil rumah ibu-ibu tunggal.

Kenapa?

Mungkin nak ingin lagi matang. InsyaAllah.

Tak seperti selalu, Aisyah diam ketika makan bersama. Walaupun makan setalam, saling menyuap, tapi mindanya tidak di situ. Jiwanya kosong tanpa rasa.

 

Sunyi.

Ahli bait yang lain kecoh bercerita. Maklumlah, imtihan semakin dekat. Selain makan dan solat, masing-masing akan berada di bilik. Spesifik lagi atas katil berkelubung selimut. Ujian di musim peperiksaan pertengahan di sini, sejuknya alam setia menemani.

Usai makan, Aisyah menawarkan diri membersihkan dapur. Ahli bait yang lain terus kembali ke tempat masing-masing, meneruskan usaha demi imtihan. Pada Zai, Imah dan Irah, Aisyah nampak biasa. Mungkin kerana sikap matang yang selalu terlihat orang padanya menyebabkan mereka tak sedar Aisyah sedang berperang. Berperang dengan rasa.

Rasa futur, rasa lemah, rasa ingin berputus asa.

Matanya mula berair. Menanti masa menitis dan merembes. Jiwanya berbicara antara dua rasa.

“ aku tak kuat. Ini bukan jalan yang sepatutnya aku ambil. Aku tak mampu untuk meneruskan. Andai aku mampu untuk kembali, sudah lama aku kembali memilih. Yang pasti bukan jalan ini.”

“ Aisyah, yakinkan diri. Ini memang bukan pilihanmu, tapi pilihan Allah untukmu. Tetap kuat dan sabar wahai diri. Ummah perlukan kamu di bidang ini. Dan yang pasti, kamu perlukan Allah di sisi juga hatimu.”

“ tapi, aku tak rasa aku mampu. Rasa berat sangat kat jiwa ni. Tengok kawan-kawan lain, aku jealous. Aku tak rasa aku mampu jadi sehebat mereka di jalan ini. Yang lain memang minat mereka. Tapi aku? Berat rasanya nak meneruskan, tapi untuk berpatah balik pun aku tak mampu.”

Airmata mula mengalir.

Imannya yang tipis kembali memujuk.

“ kau kena yakin, Allah tak lorongkan kau kat jalan ni melainkan ini yang terbaik untuk kau. Kita rasa kita tak kuat, tapi tak rasa ka ni la caranya Allah nak kuatkan kita. Banyak ayat-ayat Allah yang tak perlu nak mention, memang kau boleh recall sendiri apa yang dah tahu tu. Yakinlah dengan perancangan Allah. Dia hadirkan rasa ni supaya kau kembali sujud padaNya. Meminta kekuatan dariNya kerana hanya Dia yang mampu dan berkuasa.”

Hatinya masih berbolak-balik. Namun dipaksakan kakinya melangkah ke bilik air, berwudhu’ dan menghadap Ilahi. Niatnya Cuma satu. Ingin mengadu, menangis dan meminta padaNya.

Zahratul Aisyah merintih dalam sujudnya yang terakhir. Airmatanya setia di pipi seawal takbiratul ihramnya sehingga sujudnya yang terakhir ini.

“ Allah…Engkau maha Tahu keadaan dan rasa hatiku ini. Kuatkan aku Ya Allah, yakinkan aku ini pilihanMu yang terbaik untukku. Aku tak mampu bersendiri ya Allah, aku tak mampu meluahkan pada mereka, namun aku yakinkan hati juga diri, Engkau lebih tahu, Engkau lebih memahami. Maka Ya Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatan ya Allah…untuk aku meneruskan jalan yang Kau pilihkan untuk aku, untuk terus istiqamah dengan segala yang baik, untuk aku bangun malam bertemuMu, untuk aku berubah menjadi yang lebih baik. Bantu aku ya Allah, kuatkan aku ya Allah. Sungguh, aku takkan mampu tanpaMu.”

Jiwanya merintih dan menangis. Matanya pedih kerana menangis. Namun airmata itu tak mampu dihentikan, kerana saat ini jiwanya benar-benar lemah. Benar, Allah ingin Aisyah kembali padaNya.

Teringat Aisyah saat dia menceritakan resahnya ini kepada seorang sahabat rapatnya. Jawapan sahabtnya itu terasa menamparnya seketika.

“ hari ni berapa kali enti selawat? Last tahajud bila dear?”

Pendek tapi terasa akan kelalaian dirinya sendiri.

“ Allah ingin mendidik aku menjadi lebih baik, lebih kuat, lebih tabah dan pastinya lebih dekat denganNya.”

Bibir tersenyum nipis namun air mata tetap begitu. Aisyah hanya membiarkan saja.

“ air mata ini menjadi saksi dan bukti, aku curahkan semuanyya pada Allah. Air mata ini hanya Dia yang melihatnya. Takkan ku biarkan insan lain melihatnya. Kerana aku lemah bukan kerana mereka. Aku lemah kerana aku jauh dariNya, dan aku akan kuat hanya bila aku kembali padaNya.”

Malamnya, tidur Aisyah bertemankan airmata. Juga seuntai doa mohon dikuatkan diri dan hatinya. Terlena dia dalam airmata dengan harapan esoknya bahagia menanti.

 

               *   *   *   *   *

Semua orang pasti pernah rasa begini. Dan penting untuk kita sentiasa motivate diri balik supaya kita tak jatuh dan futur.

Keep motivated, for Allah is always by your side.

Dan ayat-ayat pujukan Allah telah lama tertulis dalam lembaran Al-Quran.

“ dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “ Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi;…” ( 18:14 )

Allah akan bantu kalau kita sendiri yang berusaha. Allah akan bantu. Pasti!

“ dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman” (3:139)

Sifat mukmin takkan bersedih meskipun kecewa dan diuji. Kenapa? Kerana dia yakin Allah setia bersamanya dan sedang mengaturkan yang terbaik buatnya.

“ dan berjihadlah kamu ke jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak akan menjadikan kesukaran untukmu dalam agama….” ( 22:78 )

Bila Allah pilih kita untuk sesuatu perkara, maksudnya memang kita mampu. Allah takkan bagi yang kita tak mampu. Dan sememangnya Allah telah katakan yang kehidupan ni takkan mudah, tapi Allah janji Dia akan bersama kita. Jadi, jangan takut!

Kita ada Allah.

 

zahratulaisyah

Tatkala diuji, jangan cepat melatah, jangan cepat bersedih. Tapi muhasabah diri dan fikir kembali. Allah uji tanda Dia sayang dan peduli. Tanda Dia rindu untuk kita kembali padaNya dan mengadu padaNya…ingat! ujian Allah tanda sayang dan rinduNya. Maka beruntunglah orang-orang yang diuji.

^_^

especially ujian hati dan rasa,

it’s complicated but still

keep smiling 

 

NAMA PESERTA : Nurul Fatihah binti Roslan
Kuliah Perubatan
Tahun Dua
Universiti Ain Shams

KOMEN JURI
-Isu yang dibawa masih cliche. Banyak perkara perlu diperbaiki lagi.
-Karya fiksyen sepatutnya perlu bawa apa yang karya non-fiksyen tidak mampu bawa iaitu imaginasi!
-Penulis boleh berkhayal sedalam-dalamnya, lautan api, hujan petir, ribut taufan demi keyakinan pada Allah. Teruskan usaha!
-Melankolik pada perenggan kedua.
-Berperang dengan rasa menggunakan gaya bahasa hiperbola ‘frasa perang’.

 

PERTANDINGAN KARYAWAN TERBAIK

UNIT KARYA
BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS 2014/2015

KENYATAAN
Ini bukan karya asal penulis yang dihantar kerana telah melalui proses pengeditan