1010591_769255733084708_1234755054_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji Untuk-Mu Tuhan Yang Maha Agung atas segala nikmat kurniaan-Nya yang melimpah ruah untuk sekalian makhluk.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga kita tergolong sebagai ummat Muhammad yang mendapat syafaatnya kelak.

Pada 13 Mei 2014 yang lalu, Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) telah mengumumkan bahawa Saudara Muhammad Amiruddin Bin Suhaini, tahun 2 telah menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil AJKT PCS 2014/2015.

Setelah itu, barisan AJKT PCS telah bersepakat dan memutuskan bahawa Saudara Muhammad Amiruddin Bin Suhaini akan menyandang jawatan sebagai Ketua Biro Akademik (BCAD) PERUBATAN Cawangan Ain Shams sesi 2014/2015.

PERUBATAN Cawangan Ain Shams mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada AJKT PCS yang baru, Saudara Muhammad Amiruddin Bin Suhaini. Semoga usaha kita ini dapat melicinkan gerak kerja PERUBATAN Cawangan Ain Shams selepas ini.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhamad Arif bin Mohd Zahari atas sumbangan yang dicurahkan kepada PCS. Semoga Allah membalas jasa baik saudara.

Seeru ala barakatillah.

“PCS, Kita Satu Hati”

anip crop

Muhammad Hanif bin Mahamad

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

2014/2015

syue crop

Syuhada binti Azhar

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

2014/2015