“ 5054 ! “

Senyap.

“5054!”

Senyap lagi.

Hanya kedengaran bunyi pen melaju di atas kertas.

Zapppp!!!! Zap!!!!!

Tiada balasan.

“ 5054 ! , Present or not ?!! “

Kedengaran sedikit geram dari suara resident tersebut.

Akhirnya seorang mahasiswa itu bersuara , “ No, doctor. He’s not here anymore…,” .

2009

Desiran angin hari itu agak mendinginkan. Sedingin hati ini ketika berdepan dengan lecture yang terakhir. Ah, penatlah!

Ku lemparkan pandaganku ke luar jendela. Debu begitu tebal sekali. Aku dapati ada beberapa orang arab sibuk melakukan kerja masing-masing. Apabila aku melihat orang Arab hatiku sedikit terbakar. Bangsa ini kadang-kadang mengjengkelkan. Mengenangkan itu, apakah aku sanggup hadapi enam tahun lagi di ardhul kinanah ini?

Tap, tap, tap.

Derapan kasut itu menandakan lecturer sudah masuk. Fuh, kuatkan semangat!

This is your lecture hall, doctors. Feel free to ask anything if you have problems, “kata Dr. Samar. Senyuman Dr. Samar dilirikkan ketika mengajar subjek Biochemistry yang masih terpahat dalam ingatannya sampai ke hari ini. Aku ternampak si dia. Begitu fokus sekali. Hari itu hari pertama dia sebagai pelajar perubatan universiti Ain Shams, Kaherah.

Selak jadual. “ Introduction to amino acid

“ Arr, nampak gayanya tertidurlah sepanjang kelas ni, “ bisikku.

Akhirnya , kelas tamat tepat jam 5 petang. Tetapi ada saja doktor lain kalau nak lanjutkan masa pada hari lain, fuh!

Dia mahasiswa terakhir yang keluar dari kelas. Usai keluar dari dewan kuliah V1 – ada yang kata dewan itu dewan hijau, huhu, mungkinkah disebabkan warna kerusinya – , dia terserempak seorang pemuda Malaysia, rakan sekelasnya, baru kenal.

“ Eh nama apa ek ? Semangat nampak tanya soalan tadi. Hehe, “ tangan dihulur. Hanya senyuman meleret mampu dibalas. “ Abdullah. Abdullah Azahari, “ balas dia. Senyum dan senyum lagi . “ Ok!, “ balas aku, r-i-n-g-k-a-s. Tetapi senyuman itu sekarang . . .

Dua tahun berlalu. Tahun tiga kuliah perubatan merupakan satu cabaran buat mana-mana mahasiswa perubatan.

Di Mesir sudah tentu, subjek Pharmacology , Parasitology , Patology and Microbiology yang perghhh!.

Sekarang bukan sahaja akademik yang perlu dititik beratkan, dicampur dengan keadaan diri sendiri yang masih kelam-kabut, hak dan kebajikan orang lain juga harus dijaga sebaiknya, belum kira amanah yang terpundak di bahu.

Kadang-kadang rasa futur datang menyinggah. Putus asa.

Pernah suatu ketika ditanya kepada Abdullah – aku kenali dia sebagai Lah , mesra begitu – “ Kenapa kita kena buat semua ni ?

Memang dah takde orang lain ke ?

Asyik muka kita je! Masa untuk diri sendiri pun dah jadi kurang, “ mulutku dimuncungkan.

“ Sebab erti hidup. Erti hidup kan untuk memberi. Lagipun rehat kita bukan kat dunia ni, betul bukan ? “ pendek jawapannya.

“ Haish, if then lambat lagi lah aku nak kahwin ni, haha , “ cuba berseloroh. “Pincang, “.

Julai tiba.

Keputusan peperiksaan akhir tahun mereka akhirnya dikeluarkan pihak universiti.

Jayyid jiddan. Yeay!

Keseronokan yang dirasa cuba dikongsi dengan Lah. Namun belum sempat jari menekan nombor, satu panggilan datang dari Tanah Suci Mekah. Eh, dia lar!

“ Camne keputusan batch kita ? Semua naik tahun tak ? “ tanya dia. Batch juga yang dia tanyakan dahulu. Dulu kami dikenali sebagai Tiga Kenanga dan sekarang Genezens. Nama batch aku memang supermelankolik kan!

“ Alhamdulillah Lah. Kau dapat jayyid jiddan kot. Mantap weh. Hehe “ aku balas. Hepi – go – lucky gitu.

“ Alhamdulillah, Allah permudahkan. Kita tolong orang, Allah pasti tolong kita, percayalah “ balas dia. Tak lekang mulutnya dengan kalam yang mulia. Indah.

“ Haha, yelah yelah. Kau memang selalu betul, kan ? “ balas aku.

Sayang aku akan kau Lah. Haha

2012

Kini mereka berdua berada di posisi yang berbeza. Lah, kini merupakan seorang pemimpin teratas persatuan pelajar perubatan di Mesir. Manakala,  aku kini hanyalah seorang ahli biasa, meneruskan tugasan sebagai seorang mahasiswa perubatan. Masa yang dapat diluangkan untuk berkongsi masalah menjadi kurang. Batas masa semakin kurang terasanya.

Pernah suatu hari, aku berjumpa dengan Lah di akhir sebuah program “ ABBY ” . Rindu.

Kesibukan dia dalam melayan kerenah ahli serta berkerja untuk gerakan ini memaksa kami membataskan masa supaya digunakan demi Ummah ini!

Arrr, aku sempat memuji selepas dia memberi ucapan yang penuh bersemangat itu. Dia punya aura yang buat semua terdiam andainya dia memulakan buah bicaranya. Lembutnya dia dalam melontar bicara. Tegasnya dia dalam menyusun kata. Penuh hikmah. Penting hikmah itu dalam dakwah.

I even said to him, ” Cara kau bercakap time ABBY buat aku teringat ayah aku,” sambil aku mengangguk tanda aku serius dengan itu. “Betul, aku tak tipu lar, haha,” kata aku lagi.

“Terima kasih, haha, ” dia balas dan Tersenyum. Senyum dan senyum.

Arghh, manisnya senyuman itu. Tidak pernah lekang di bibirnya dengan senyuman.

Baginya senyuman itu ialah penawar. Penawar duka kepada jiwa yang lara. Peruntun kasih tatkala pasrah. Penyejuk noda ketika amarahnya.

Kenangkan dulu, sebelum PCS ini wujud.

Oh ya, gerakan ini dikenali sebagai O-P-U ASU, singkatan kepada Organisasi PERUBATAN Universiti Ain Shams. Sebelum kelahiran PERUBATAN Cawangan Ain Shams, dia orang yang sangat bersungguh-sungguh mencalonkan aku untuk bekerja bersama Organisasi PERUBATAN Universiti (OPU) Ain Shams. Walaupun berkeras dan berkali-kali menolak, kesungguhan dia buat hati yang keras melebur .

Hati aku memang keras kalau bab-bab amanah ni. Amanah ini kan berat. Aku mampukah?

Tapi bak kata orang tua, batu yang keras kalau dititik dengan air pun akan melekuk.

Sudah tentu, dialah jadi pemberi obor semangat kepadaku.

Tahun itu, aku dapat berpeluang bekerja bersama-sama dengannya lagi.

Sangat terharu bila dia kerap bertanya, ” BPP camne Is ? Ada masalah tak ? ”

Itu lah dia. Senantiasa ambil berat ketika di luar perjuangan, apatah lagi ketika berjuang!

28 Ogos 2013. Berita yang didengari melalui panggilan telefon daripada salah seorang sahabatnya seolah-olah sukar dipercayai. Seolah-olah pengalaman sepanjang empat tahun perkenalan lenyap begitu sahaja.

Hatiku bagaikan dihiris sembilu. Jantung rasakan sudah tercabut. Hampir-hampir sahaja jari jemari melepaskan ganggang telefon. Bergelinang air mataku mula nampak. Akhirnya tumpah membasahi pipiku.” Oh, tuhan, apakah ini ujian dari-Mu?” aku bermonolog menangisi dia yang pergi tak akan kembali lagi.

Selama-lamanya. Tiba-tiba. Tanpa tanda.

Bagaikan tidak keruan lagi. Aku terus membuka Mukabuku. Benarkah berita aku dengari itu?

dan . . .

Al-Amin Hj. Salleh mengesahkan lagi berita itu, ditulisnya,

Hidup & Mati

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Mungkin ini gambar terakhir saya menatap wajahnya. Abdullah Azahari. Kawan sejak sekolah di SM IMTIAZ Dungun, anak kesayangan dan harapan keluarga. Asal dan rumahnya di Dungun, Terengganu.

Meninggal akibat kemalangan jalanraya di Ajil, Kuala Berang, Terengganu pagi tadi 28/8/2013. Katanya dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu.

Beliau sekarang Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Pelajar Perubatan Tahun 5, Universiti Ain Shams, Mesir. Sebelum dilantik jadi Pengerusi dulu, beliau sempat contact saya untuk tanyakan pendapat. Memandangkan beliau seorang yang fokus kepada pelajaran. Akhirnya beliau terima jawatan tersebut. Katanya, bila lagi mahu berkhidmat kepada orang lain. Hidup biar bermanfaat.

Dulu time sekolah, kami tinggal di asrama. Beliau waktu petang selalu berjumpa mak dan ayah beliau di depan pintu pagar sekolah semata-mata ingin bertanya tentang pelajaran. Kerana mereka juga cikgu.

Beliau juga pernah tegur saya dan rakan-rakan, agar jangan panggil namanya dengn panggilan ‘Loh” sebabnya tidak membawa apa-apa maksud. Maka, dia minta untuk panggil namanya dengan Abdullah.

Beliau baru sahaja pulang ke Malaysia 2 hari lepas. Terakhir saya chat dengan beliau semalam (27/8/2013). Bertanya khabar dan tanya samaada beliau sudah berada di Malaysia atau masih lagi di Mesir.

Seorang yang hafiz Al-Quran dan menjaga hafalannya. Seorang yang ceria dan suka berjenaka. Semoga engkau tenang di sana sahabat. Semoga Al-Quran yang sentiasa engkau bawa dan jaga itu menjadi peneman dan syafaat buatmu di alam sana.

Mati tidak mengenal usia. Mati tidak kenal tempat dan ketika. 1990-2013. Baru berusia 23 tahun. Allah sudah menjemputmu. Sungguh, terasa kehilangan dan pemergianmu.

Sama-sama doakan buat arwah.
اللهم  اغفرله واعف عنه وعافه وارحمه

Oh, dia sudah kembali kepada-Mu ya Rabb!

Sehari kemudian, aku belek muka depan Sinar Harian bertajuk, ‘Ajalnya di Malaysia’. Bertalu-bertalu sahabat-sahabat lain memanifestasikan rasa sedih yang bergelora.

“Dia mulia. Dan dia memuliakan orang sekelilingnya..”
Dengan memuliakan orang sekeliling, dia menjadi mulia.
Dan orang yang mulia lah yang memuliakan orang sekelilingnya.
Dan dengan memuliakan itulah dia menjadi mulia.
Aku ingin mencontohimu,Lah.
Imran Nasirudin, 30 Ogos 2013 di FB

Aku menumbuk dadaku. Lagi dan lagi. Sudahlah wahai diri, dia tak akan kembali lagi. Redhailah ketentuan ini.

Walaupun Genezens ketika itu sudah kehilangan seorang yang bukan sahaja pemimpin tapi sahabat yang hebat.

Walaupun terasa lain tidak dapat berbual lagi pasal kerja selepas ada gap dalam kelas.
Walau tak dapat dengar dah arwah panggil aku dengan panggilan Issss (yang panjang berapa harkat tah),

Semangat arwah sentiasa ada bersama-sama kami. Kami akan terus tsabat dalam jalan yang penuh liku ini.

Hanya kenangan jadi bukti tanda cinta ini. Cinta yang dipasakkan atas rasa ukhuwuh Islami. Jiwa kita ini akhi, sentiasa bertaut. Kerana hati kita ini diikat atas dasar ukhuwah Islamiyah yang kukuh. Kerana kita juga satu hati.

Aku sudah mulai merinduimu. Hari ini , 4 Februari 2014 di London Road. Sekarang di London musim sejuk. Aku berharapkan akan ada berbutir salju di sini. Tapi ternyata salji masih lagi belum menyembah kota Wiliam Shakespeare ini. Dulu orang Roman ketika membuka kota London memanggilnya Londonium. Wah, hatta hujan salji belum turun lagi pun aku rasakan sejuknya mencecah hingga sumsum tulangku. Mungkin leukocyte dalam badanku sedang rancak naik turun dalam cuaca tidak menentu ini.

Dalam duduk termenung memerhatikan gelagat orang-orang putih ini, aku membelek sebuah buku.

Aku kaget. Buku ini ada sisipan nota daripada seseorang. ‘Eh, masakan bila ada nota ini?’ gundahku bersendirian.

Rupa-rupanya dari dialah, Abdullah, Lah!

Aku tersenyum. Terasa dunia ini berhenti berputar seketika. Lebar sekali senyumanku.

Antara notanya yang ditulis, ” Dengan adanya anda semasa gerak kerja ini, kerja ini menjadi sedikit ringan dan teratur. Terima kasih semuanya dan semoga istiqamah dalam semua gerak kerja yang meninggikan syiar Islam!”

Terus aku membuka akaun FB ku, menukilkan catatan indah ini.

Dalam kehangatan berprasangka baik,
Amalan berkualiti lebih hebat dari kuantiti,
Untuk menjadi manusia terbaik,
Penjagaan hati perlu menjadi prioriti.

Cinta pada Rabb cinta tahap tertinggi,
Niat, gerak hati, harapan, cita-cita semua dalam hitunganNya,
Kesalahan bukan untuk dicela dan dicari,
Lebih teruk sekadar meninggalkan mereka bergemulang dengan dosa.

Amal manifestasi cinta abadi,
Berlapang dada dan melebihkan mereka dari diri sendiri,
Atas dasar keimanan teori ukhuwwah dibumi,
Bukan tersekat sekadar ” Aku dan Dia “

Baru kini perasan “nota” yang diselit pada awal buku.

Batu-bata Kehidupan,
Buku pemberian seorang teman,
Arwah Abdullah Azahari,
Semoga sentiasa diberkati.

Al-fatihah.

Catatan perjalanan London – Paris.
030214.

PCS ini ialah hadiah arwah Abdullah buat kita semua untuk kita menjaganya dan teruskan perjuangan.

Semoga ini menjadi saksi lambang kasih sayang antara dua sahabat. Semoga kita bertemu di syurga kelak seperti yang dijanjikan Allah terhadap mereka yang bertemu, bersahabat dan berpisah kerana-Nya.

Terima kasih sahabatku.

Akhi.

Photo: [ Allahyarham Abdullah Azahari Dalam Ingatan]

Antara Status Terakhir Allahyarham Abdullah bin Azahari:

" Mengapa Allah bagi aku peluang untuk hidup lagi hari ini?

Kerana dosaku sangat banyak

Allah bagi peluang untuk bertaubat lagi

Begitu pemurah sekali Allah

Mati itu tidak mengenal tua dan muda

Gunalah sebaiknya masa yang ada

Sungguh demi masa, manusia itu sangat rugi

Astaghfirullah.

Pray4Egypt "

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh Abdullah dalam perjalanannya di alam yang lain. Kita juga bakal dijemput Ilahi. Semoga husnul khatimah mengiringi pemergian kita kelak.

Al-fatihah.

Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP)

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

2013/2014

Al-Fatihah

Iskandar Afiq bin Razali
Tahun 5
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Ahli Majlis Tertingi PERUBATAN
Jabatan Penerbitan dan Penerangan