1010591_769255733084708_1234755054_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji,Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Besar Maha Mengetahui”

(Surah Al-Baqarah, ayat 261)

Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah,kerana dengan rahmat dan rahim-Nya, kita  masih diberi peluang untuk  hidup, bernafas,dengan rezeki kurniaan-Nya. Akan tetapi, sedarkah kita semua,apalah guna rezeki yang diberi andai tidak dinfaqkan secebis mungkin untuk bekalan diri di akhirat kelak?

Alhamdulillah kini, PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah mempunyai markas yang menjadi tulang belakang dalam pengurusan pentadbiran PCS.Namun,mustahil untuk kita bergerak maju tanpa ada sumber kewangan dan  infak dari ahlinya.

Oleh itu,Biro Perumahan (BHOME)ingin mengumumkan kutipan Sistem Berinfak Berunit (SIB) bagi sesi tahun pengajian 2014/2015

Apa itu Sistem Infaq Berunit (SIB)?
SIB merupakan satu sistem yang diwujudkan di bawah kempen Bakti Sosial bertujuan untuk membiayai sewa dan bil-bil berkaitan markas PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

 

Bagaimana pelaksanaan SIB?

SIB dijalankan mengikut unit .

Satu unit adalah untuk 3 bulan tanggungan sewa

Satu unit=LE 50

Minimum unit yang diperlukan untuk urusan pembayaran sewa adalah=50 unit /bulan

 

        I. kutipan akan dijalankan pada minggu kedua setiap 3 bulan mengikut sesi seperti berikut.

 

Sesi  1(April)         -sewa untuk bulan 4,5 dan 6

Sesi  2(Julai)          -sewa untuk bulan 7,8 dan 9

Sesi  3(Oktober)   -sewa untuk bulan 10,11 dan 12

Sesi  4(Januari)     -sewa  untuk bulan 1,2 dan 3

 

      II. kutipan akan dilakukan oleh setiap ketua batch dan turut dibantu oleh AJK Perumahan batch

 

Biro Perumahan hanyalah satu wadah untuk mencapai target yang terutama iaitu mardhatillah. Tiadalah maknanya program begini tanpa adanya ahli yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat untuk berinfaq. Sama-samalah kita menyeru setiap ahli rumah, keluarga dan masyarakat untuk menyumbang, bagi memberati timbangan akhirat, yang kekal abadi. Sedikit ahli bukan bermakna kita tiada kekuatan, kerana sedikit itu jika berkat, bertambah keutuhannya.

 

Sekian ,terima kasih

 

“Together We Unite,To Serve Community”

“PCS, Kita Satu Hati”

ajkt rusyydi

Rusydi Amin bin Yusuf 
Ketua Biro Perumahan (BHOME)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015

 

ajkt najee

Nurul Najee binti Abdul Kadir 
Timbalan Ketua Biro Perumahan (BHOME)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015