1010591_769255733084708_1234755054_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah syukur atas segala kurnia Tuhan Yang Maha Kaya kerana kita masih lagi dapat menikmati segala yang ada di sekeliling kita.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga kita tergolong sebagai ummat Muhammad yang mendapat syafaatnya kelak.

Merujuk fasal 28 ceraian 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Hakikat kehidupan, manusia merancang dan Allah jua merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik pengatur dan perancang. Saudara Muhamad Arif bin Mohd Zahari, Ketua Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2014/2015 telah pulang ke Malaysia pada 31 Mac 2014 yang lalu atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Sehubungan dengan itu, jawatan beliau akn dipangku oleh Saudara Abdullah Aqiel bin Aminuddin, Naib Pengerusi I bermula 1 April 2014 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian . Sekiranya terdapat sebarang permasalahan yang berkaitan, ahli boleh berhubung terus dengan pemangku yang dilantik.

Segala kesulitan amat kami kesali dan semoga kesihatan Saudara Muhamad Arif bin Mohd Zahari semakin pulih. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar memudahkan urusan beliau di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

PCS, Kita Satu Hati

 

anip crop

Muhammad Hanif bin Mahamad
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015

 

syue crop

Syuhada binti Azhar
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015