Abbasiyah, 16 Mac – Bertemakan “Generasi Mapan, Pemimpin Masa Hadapan”, program “The Revival of Caliphate (Khilafah)”  atau singkatannya RoCK anjuran Unit Mentor Council telah melabuhkan tirai penutupannya dengan sesi forum dan penyampaian hadiah. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI), PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2014/2015, Saudara Muhammad Faiz bin Rosli.

rockpic3

Forum yang mengupas tajuk “The Revival of Caliphate (Khilafah)’’ menjadi fokus utama yang sangat bermakna bagi program ini di mana, pentingnya untuk kita mengkaji sejarah kegemilangan khilafah terdahulu sebagai sumber motivasi dan pembangunan diri. Majlis yang diadakan di Markas PERUBATAN Abbasiyah ini turut diserikan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang setiap pertandingan dan juga anugerah ‘Smart Circle’ (SC) terbaik.

rockpic4

“Bagi saya, SC ini penting sebagai satu medium pembangunan diri dan motivasi yang dapat membawa diri supaya lebih dekat dengan Allah. Diharapkan program sebegini dapat terus diadakan lagi pada masa akan datang dan pastinya dengan penambahbaikan memandangkan ini merupakan program yang pertama kali diadakan,” ujar Saudari Husnul Khotimah binti Farhan, selaku Timbalan Mentor SC yang berjaya dinobatkan SC terbaik keseluruhan bagi kategori akhawat.

 

rockpic2

Kempen RoCK yang bermula sejak 28 Februari 2014 yang lalu telah mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan dengan objektif untuk mewujudkan suasana biah ‘Smart Circle’ dalam kalangan ahli. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan foto terbaik, kuiz, pertandingan menulis status ‘facebook’ dan sedikit pameran dan jualan.

rockpic1

Unit Liputan BPP PCS : Semoga program yang dijalankan ini berjaya mencapai objektif seterusnya melahirkan ahli PCS yang bersatu melalui program SC. Sama-samalah kita menjayakan pembawaan yang dibawakan oleh Pengerusi PCS sesi 2014/2015 iaitu  ‘Kesatuan Tunjang Kekuatan’ dan ‘Tarbiyah Nadi Pembangunan Insan’.

“PCS, KITA SATU HATI”