• Abbasiyah, 1 Mac- Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) kali pertama ini dilihat sebagai satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh ahli dan pimpinan apabila kita dapat melihat ruang dan peluang yang dibuka secara meluas khusus buat ahli PCS dalam memberi muhasabah dan cadangan untuk memajukan PCS.

    IMG_9618

    Wartawan Unit Liputan BPP PCS berkesempatan menemubual salah seorang penasihat PCS sesi lepas, Saudari Dahlia Hazirah bt Ja’afar yang melahirkan rasa syukur dan terharu apabila dalam MTC kali ini beliau dapat melihat ahli PCS bersatu dan ceria untuk sama-sama menaikkan cawangan mereka.

    dahllia

    “ Alhamdulillah PERUBATAN Cawangan Ain Shams berjaya direalisasikan sejak sekian lama menunggu bila PCS boleh cukup keahlian dan cukup tenaga kerja untuk mewujudkan satu cawangan dan cukup untuk memulakan gerak kerja. Pada mulanya agak ragu-ragu dan mustahil untuk wujudkan cawangan dan menjalankan gerak kerja secara efisyen, nampak gayanya perkara tu tidak mustahil, kita cuma perlukan sedikit kepercayaan kepada ahli kita,” tambah saudari Dahlia lagi.

    Menurut saudara Mohamad Alfatani bin Abdullah,“ Sebelum ni mungkin susah daripada sudut tenaga kerja dan capaian lain dari setiap batch, tapi tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. InsyaAllah PCS akan semakin baik dan diterima ahli. Kejayaan kali ini saya dapat lihat bagaimana ahli diberi peluang untuk bersuara dan nyata ahli PCS bukanlah orang yang terkebelakang tapi mereka boleh ke depan apabila mereka mampu untuk berbahas dengan baik.” Mohamad Alfatani adalah pemangku kepada Pengerusi PCS.

    DSC04923

    Beliau sempat memberikan nasihat kepada pimpinan baru agar bersabar dengan mehnah dan dugaan sebagai pimpinan. Beliau juga akan sentiasa menawarkan diri kepada pimpinan baru untuk bersama-sama membantu menggerakkan PCS.

    Unit Liputan BPP: Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams dalam bersama-sama menjayakan Mesyuarat Tahunan Cawangan Ain Shams kali pertama ini. Semoga seluruh ahli dapat bersama-sama membantu pimpinan baru dalam menjayakan usul yang telah disepakati.