Kenyataan Rasmi : PERUBATAN Cawangan Ain Shams Sesi 2014/2015
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki segala sesuatu di seluruh alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan, baginda Nabi Muhamad S.A.W, para sahabat dan seluruh hambaNya yang soleh, yang telah berjuang untuk menyebarkan syiar Islam ke setiap penjuru dunia hingga sampai kepada kita pada hari ini. Sewajarnya, kita yang telah menerima nikmat ini (Iman dan Islam), harus berusaha untuk menyebarkannya mengikut posisi yang telah Allah tetapkan kepada kita.
Berlabuhnya tirai pimpinan PERUBATAN Cawangan Ain Shams(PCS) sesi 2013/2014 yang merupakan sesi yang pertama ditubuhkan di Ain Shams, di bawah pimpinan Allahyarham Abdullah Azahari yang kemudiannya disambung Saudara Mohamad Alfatani bin Abdullah, maka PCS kini telah memasuki tahun kedua penubuhannya iaitu pada sesi 2014/2015. PERUBATAN Cawangan Ain Shams(PCS) 2014/2015 pada sesi kali ini, terus mendokong agenda pembawaan PERUBATAN di peringkat Ain Shams dengan membawa lima agenda untuk difokuskan pada sesi ini.
Lima agenda yang dimaksudkan ialah:
Kesatuan -Tarbiyyah -Akademik -Kebajikan -Profesionalisme
Selain daripada lima agenda yang dibawa kali ini, PCS juga bertanggungjawab untuk menggalas tiga usul yang diluluskan oleh perwakilan-perwakilan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) pada 28 Februari 2014 yang lalu dengan jayanya.
Berikut merupakan organisasi baharu pentadbiran PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) sesi 2014/2015.
Pengerusi Muhammad Hanif bin Mahamad |
Timbalan Pengerusi Syuhada binti Azhar |
Naib Pengerusi I Abdullah Aqiel bin Aminuddin |
Naib Pengerusi II Nur As-Syuhada binti Amran |
Setiausaha Mohammad Imran bin Mohammad Nasaruddin |
Timbalan Setiausaha Sharifah Norsyahidah binti Engku Taufik |
Bendahari Abdul Muiz bin Mohd Razali |
Timbalan Bendahari Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah |
Ketua Biro Pembangunan Insan Mohamad Faiz bin Rosli |
Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan Faten Sakinah binti Shawaruddin |
Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan Muhammad Hayyan Affiq Muhammad Lutfi |
Timbalan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan Rabiatul Adawiyah binti Saad |
Ketua Biro Akademik Muhamad Arif bin Mohd Zahari |
Timbalan Ketua Biro Akademik Nurul Izzati binti Muhammad Fuad |
Ketua Biro Kebajikan Mohd Khairil Ashraf bin Muhammad Fisal |
Timbalan Ketua Biro Kebajikan Nurhidayati binti Basril |
Ketua Biro Ekonomi Muhammad Adwam bin Ismail |
Timbalan Ketua Biro Ekonomi Irshafinah binti Jamaludin |
Ketua Biro Perumahan Rusydi Amin bin Yusuf |
Timbalan Ketua Biro Perumahan Nurul Najee binti Abdul Kadir |
Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar Mohamad Faiz bin Abd Rahim |
Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar Nurul Madiha binti Hamidon |
Lembaga Penasihat |
Mohamad Alfatani bin Abdullah |
Muhammad Zaim bin Mohd Samsuri |
Muhammad Faiz Mujahid bin Mohd Safiee |
Zulkifli bin Ab Rahim |
Farhana binti Bakri |
Noorul Hidayahtika binti Safian Sauri |
Siti Hajar binti Ahmad Azhar |
Akhir sekali, kami mengharapkan agar segala perancangan dan agenda yang telah dipersetujui akan terus didukung dan disokong oleh kesemua ahli PCS untuk kebaikan dan kebajikan bersama. PERUBATAN hanyalah sebagai wasilah menuju keredhaan Allah dan kita akan bersama- sama bergerak menuju ke arah kebajikan yang sebenar. Teruskan gerak kerja membantu agama Allah, dan Allah akan memudahkan jalan kita menuju syurga. Sekian, seeru ala barakatillah.
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, Asy-Syifa, Ar-Rahmah”
Muhammad Hanif bin Mahamad
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
Syuhada binti Azhar
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2014/2015
komen membina peribadi mulia