Abbasiyah, 28 Februari  – Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) kali yang pertama telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Seramai 141 orang perwakilan mendaftarkan diri seawal jam 7 pagi.

IMG_9658

Saudara Ahmad Shazwan, Pengarah MTC dalam ucapannya melahirkan rasa cemburu dengan seluruh AJKT PCS dengan pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang tahun yang pastinya merubah mereka menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Acara perasmian kemudiannya telah dirasmikan oleh Saudara Iskandar Afiq bin Razali wakil Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP).

IMG_9424

Bertepatan dengan objektif MTC sendiri yang menjadi ruang kepada ahli untuk membincangkan hal ehwal PCS dan menentukan hala tuju PCS, tiga usul telah dibahas dan diterima setelah saudara Hanif bin Khairudin menarik balik usul beliau, “Mengukuhkan hubungan sesama ahli PERUBATAN dari setiap batch dengan mentaakhikan batch dan mempelbagaikan aktiviti MKB” dan dijadikan cadangan setelah mendapati  usul tersebut terdapat dalam pembawaan pengerusi baharu, Saudara Muhammad Hanif bin Mahamad.

Dua daripada tiga usul ini telah dibuat pembetulan dari segi kosa kata dan istilah oleh pengusul.

 

“Memperkasakan hubungan PCS dengan pihak universiti.”

Pengusul : Siti Hajar binti Ahmad Azhar

Tahun     : 3

Keputusan : Seramai 115 orang perwakilan menyokong usul.

Seramai 5 orang perwakilan menolak usul.

 

“ Memantapkan sistem penilaian dan pengurusan PERUBATAN Cawangan Ain Shams melalui badan Research and Development(R&D) “

Pengusul : Muhammad Aiman bin Mohd Azhari

Tahun     : 4

Keputusan : Seramai 104 orang perwakilan menyokong usul.

Seramai 12 orang perwakilan menolak usul.

Satu usul telah diluluskan tanpa sebarang pindaan.

 IMG_9488

“Mengoptimumkan SC sebagai wadah pembinaan ahli PCS.”

Pengusul : Nur Nasuha binti Zahran

Tahun      : 5

Keputusan : Seramai 105 orang perwakilan menyokong usul.

Seramai 36 orang perwakilan menolak usul.

 IMG_9638

MTC diakhiri dengan dendangan nasyid oleh kumpulan MUSE yang menampilkan muka-muka baharu ahli PCS yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan dua. Suasana dewan bertukar sayu ketika tayangan video kenangan buat Allahyarham Abdullah bin Azhari , matan Pengerusi PCS yang telah pulang ke rahmatullah pada 28 Ogos 2013 yang lalu setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Semoga semua ahli dapat sama-sama membantu pimpinan PCS yang baru dalam melaksanakan dan menjayakan usul yang telah disepakati dalam MTC kali ini.

IMG_9614