Mesyuarat itu satu wadah
Medan berbincang segala masalah
Pimpinan dan ahli sama-sama bermuhasabah
Mencari pertemuan titik noktah

Al-quran sunnah sandaran utama
Kata sepakat pegangan bersama
Mohon berkat bawah naunganNya
Agar disatukan hati yang bersuara

Semua ahli harus berperanan
Tanda cakna pada kesatuan
Perbetulkan apa yang berkurangan
Menuju ke arah penambahbaikan

Lontarlah idea semerdu suara
Selagi ada ruang dibuka
Jangan sampai terlanjur kata
Akhlak budi tuntutan agama

mat2Dinukil oleh :

Nur Nasuha binti Zahran
Tahun 5, Universiti Ain Shams
Timbalan Pengarah 2 Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2014