Abbasiyah, 14 Februari – Unit Mentor Council (MC) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Program SambutanMahasiswaBaru (AHLAN) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) akhirnya berjaya menjalankan program terakhir musim sejuk PCS Shita’ yang pada asalnya dijadualkan pada minggu lalu; Rehlah Shita’ (REST).

Program berkonsepkan jaulah santai tersebut diketuai Pengarah REST, Saudari Siti Nabilah Mohd Noor dengan bimbingan Ustaz Ahmad Muaz Mohd Hairudin. Program yang bermula jam 11 tersebut disertai kira- kira 15 pelajar Tahun 1 yang baru sahaja menyelesaikan kertas terakhir bagi peperiksaan pertengahan tahun; Biochemistry pagi semalam.

jaulah rest1

Turut bersama dalam jaulah tersebut ialah beberapa mentor daripada pelbagai batch. Jaulah bermula dengan kunjungan ke masjid pertama yang dibina di Benua Afrika pada zaman Khalifah Umar al- Khattab iaitu Masjid Amru al- Asr di Fustat. Jelas Ustaz Muaz, masjid dibina signifikan dengan simbol kesatuan umat Islam lebih- lebih lagi semasa pembukaan Mesir oleh sahabat- sahabat Nabi pada waktu tersebut.Rombongan juga turut meninjau binaan masjid bersama makam anak kepada pembuka Mesir iaitu Abdullah bin Amru di suatu sudut masjid.

20140213_130818

Lawatan diteruskan ke Giza untuk melawat Piramid dan Spinx di sana. Ustaz turut menerangkan bahawa di samping berjalan- jalan melihat antara keajaiban dunia tersebut, peserta perlulah sentiasa besyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang sampai kepada kita pada hari ini. Ibrah jelas diperlihatkan bahawa akal manusia sentiasa terbatas daripada berfikir sesuatu yang luar daripada kemampuan kita.Maka Allah menurunkan wahyu melalui rasul- rasulnya sebagai panduan dan bimbingan kepada manusia.

rest2

Salah seorang peserta, Fatini Azman memberi komen, ” Keseluruhan jaulah ini sangat menarik tetapi jika jaulah ini dapat bermula awal dan dipanjangkan lagi, pasti lebih baik kerana terdapat beberapa tempat yang sudah ditutup kerana melangkaui waktu lawatan.” Pihak penganjur, lantaran mengambil cakna hal itu sebagai muhasabah selain faktor kekangan masa dalam tempoh cuti musim sejuk ini.

Sebagai kesimpulannya,seluruh peserta berpuas hati atas kunjungan ini meskipun jelas keletihan selepas seharian menempuhi berbagai- berbagai aktiviti. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak atas komitmen dan sokongan yang diberikan. Semoga jaulah ini membuka ruang seterusnya untuk peserta- peserta menambahkan thaqafah mereka. Semoga ukhuwah yg bertaut antara mentee dan mentor terus mekar atas keredaan Allah.