27 Februari, Abbasiyah – Kurang dari 24 jam lagi,  PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) buat julung kalinya bakal melangsungkan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali yang pertama setelah tertubuhnya PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) yang sebelumnya dijadualkan berlangsung pada 14 Febrari lalu terpaksa ditangguhkan berikutan penangguhan cuti musim sejuk sehingga 8 Mac.

mtc penangguhan

Satu kelas tafaqquh edisi khas; Memurnikan Kebangkitan Pemuda telah diadakan pada 23 Februari yang lalu, menghangatkan lagi hari-hari terakhir sebelum berlangsungnya Mesyuarat Tahunan Cawangan PCS.

Forum yang dikendalikan oleh Saudara Ahmad Shazwan bersama dua orang panel jemputan Ustaz Haniful Fuad dan Dr Farid Amin telah mengupas konsep dan tugas pemuda dalam kebangkitan Islam pada hari ini. Ahli panel mengingatkan bahawa pemuda mempunyai peranan yang sangat banyak, mereka perlu mengenalpasti kelebihan dan kekurangan diri dan belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik.

tafaaqquh2

Dalam pada itu, empat usul telah diterima oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk dibahaskan dalam MTC kali pertama ini. Berikut adalah senarai usul yang telah diterima:

  • Mengukuhkan hubungan sesama ahli PERUBATAN dari setiap batch dengan mentaakhikan batch dan mempelbagaikan aktiviti MKB
  • Memperkasa hubungan PCS dengan pihak universiti.
  • Memantapkan sistem penilaian dan pengurusan PERUBATAN melalui badan Research and Development(R&D)
  • Mengoptimumkan SC sebagai wadah pembinaan ahli PCS.

Pada masa yang sama, Pilihanraya Presiden dan Timbalan Presiden yang akan turut diadakan pada 28 Februari ini melihatkan Saudari Nurul Izzah bt Abdul Halim, pelajar tahun 5 kuliah perubatan  Universiti Ain Shams dicalonkan untuk kerusi Timbalan Presiden. Manifesto yang dibawa ialah ‘Memantapkan delegasi PERUBATAN dengan mengukuhkan kerjasama antara setiap lapisan ahli’. Beliau dicabar oleh Saudari Izzati Farhanah bt Arip pelajar tahun 5 Universiti Kaherah. Diharapkan semua warga Ain Shams dapat turun mengundi sebagai tanda memberikan sokongan kepada beliau.

kak izza

Semoga MTC PCS yang bakal berlangsung pada 28 Februari ini dapat menjadi kayu ukur pentadbiran baru organisasi PERUBATAN Cawangan Ain Shams dan menjadi medan penambahbaikan untuk masa akan datang. Diharapkan semua perwakilan yang telah mendaftarkan diri dapat meneliti dan menghadam laporan dan muhasabah biro serta usul-usul yang diterima di laman web MTC PCS seterusnya menjayakan MTC kali pertama ini .