Hayyu Sabiek, 11 Januari – Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) telah mengadakan Ziarah Mahabbah’14 dengan meluangkan masa bersama – sama melawat pelajar – pelajar Tahun 1 Universiti Ain Shams.

Ziarah ini merupakan titik tolak permulaan ukhuwah antara pimpinan dan ahli setelah berkenal-kenalan dalam program AHLAN’13 lepas. AJKT mengambil kesempatan untuk melawat ahli Tahun 1 di Rumah Kedah 3, Haiyu Sabiek. Kehadiran mereka ternyata disambut mesra oleh ahli.

Program ini dikira sebagai salah satu usaha bagi menjayakan agenda kesatuan oleh barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Selain itu, program ini juga sebagai pendekatan bagi pimpinan lebih kenal dan rapat dengan ahli, hal ini kerana ahli dapat menyalurkan segala permasalahan kepada pimpinan.

Salah seorang daripada pelajar Tahun 1 tersebut menyatakan rasa gembira mereka dengan kehadiran AJKT PCS sekali gus dapat bertemu secara langsung dengan pimpinan mereka.

“Salah satu usaha AJKT untuk dengan lebih dekat dengan ahli adalah dengan saling menziarahi. Hal ini dengan melahirkan pimpinan yang berjiwa rakyat,” ujar Aimi Syahirah yang sebelum ini menjadi fasilitator ketika AHLAN’13.

1535600_699090236779685_2027408163_n