Kerana Kata
Lancar sungguh kata mereka
Hingga terlupa di sini terluka
Kita ibarat satu keluarga
Untuk apa kita bertikam kata
Berhati-hati bila berkata
Kanan kiri perlu dijaga
Terlajak perahu tiada apa
Terlajak kata badan binasa
Bahasa orang muda darah bergelora
Kata mengata menjadi biasa
Jangan begitu wahai pemuda
Budi bahasa budaya kita
Saling faham perlu ada
Apatah lagi bila berkeluarga
Mana yang kurang ditampung sama
Agar tiada yang bermasam muka
Buang yang keruh amalan terpuji
Ambil yang jernih teguh peribadi
Pepatah berzaman kekal abadi
Menjadi ikutan sana sini
Dinukil oleh :
Nur Nasuha binti Zahran
Tahun 5,
Fakulti Perubatan,
Universiti Ain Shams
komen membina peribadi mulia