logo_perubatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakan, kita masih lagi dapat meneruskan permusafiran yang sementara di atas muka bumi ini, seterusnya menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh pada perintahNya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha gigih dan kesungguhan baginda dalam menyampaikan risalah dakwah Islam, hari ini kita masih lagi berpeluang untuk merasai dua nikmat terbesar dalam hidup iaitu nikmat Iman dan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“…Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam untuk berbuat sesuatu sesudah bermesyuarat maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal.” (Surah Ali Imran : 159)

“ Dan bagi orang-orang yang menerima ( mematuhi ) seruanTuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka ( diputuskan ) dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ” ( Surah asy-Syura : 38 )

 

 [Fasal 25 : Mesyuarat Tahunan Cawangan]

2. NOTIS :

Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN [Fasal 25] seperti yang tertera di atas, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2013/2014 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Pertama seperti berikut:

Tarikh      : 14 Februari 2014 (Jumaat)
Masa          : 7.30 Pagi
Tempat     : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)
Tema          : Suarakan Solusi, Menuju Transformasi

Agenda tetap untuk mesyuarat ini adalah seperti berikut:

  1. Perasmian
  2. Pembentangan Laporan dan Aktiviti Tahunan
  3. Pembentangan Laporan Kewangan
  4. Pembentangan & Perbahasan Usul
  5. Ucapan Penangguhan Pemangku Pengerusi PCS sesi 2013/2014
  6. Ucapan Dasar Pengerusi PCS sesi 2014/2015
  7. Sesi Cadangan & Muhasabah
  8. Pelantikan Empat Orang Juruaudit PCS sesi 2014/2015

Semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan juga menghantar usul cadangan untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Pertama ini. Tarikh pembukaan untuk pendaftaran perwakilan dan penghantaran usul akan dimaklumkan kemudian oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC).

Semoga segala hasil dan kata sepakat yang diperoleh dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Seeru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

moja

Muhammad Faiz Mujahid bin Mohd Safiee
Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Sesi 2013/2014

 

nadhira F

Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah
Timbalan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Sesi 2013/2014