Ku renung jauh langit yang tinggi
Sungguh dia akur utusan Ilahi
Keluarkan isi tiada henti
Bagai seolah memberi erti
Murka Tuhan makin hampiri

Namun ku lihat mereka makin jauh dari suruhan
Malah larangan jadi pegangan
Bertuhankan nafsu bukan sebarangan
Hasutan syaitan jadi panduan
Hidup dengan cinta keduniaan

Walhal diri empunya Yang Esa
Kanan kiri pinjaman semata
Di akhirat nanti akan ditanya
Untuk apa kita perguna
Mencari cinta Ilahi atau sebaliknya

Ayuh teman kembali semula
Kembali kepada fitrah manusia
Kita masih punya peluang dan masa
Untuk bertaubat segala dosa
Menginsafi diri sebelum terseksa
Di hari penghitungan atas neraca

Cintailah Dia sebagai pencipta
Pencipta dunia alam semesta
Dia pengasih penyayang juga
Pengubat jiwa lara yang luka

kembali4

Dinukil oleh :

Nur Nasuha binti Zahran
Tahun 5,
Fakulti Perubatan,
Universiti Ain Shams