Abbasiyah, 22 Disember- Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2013 sudahpun melabuhkan tirainya dengan pengumuman rasmi daripada Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Ain Shams, Amirul Fikri bin Badrul Hisham semalam.

Pilihan Raya yang diadakan di kesemua 7 cawangan PERUBATAN di seluruh Mesir ini telah melalui beberapa fasa bermula 9 Disember yang lalu, penjualan borang pencalonan yang berjalan selama 3 hari. Penamaan calon- calon AJKT ikhwah dan akhwat pula telah diumumkan pada malam 11 Disember bersama calon Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) akhwat. MTP ikhwah pula sebelum ini sudahpun dikekalkan lanjutan daripada Pilihan Raya Kecil Ain Shams yang diadakan sebelum ini. Saudara Iskandar Afiq bin Razali dikekalkan dalam barisan kepimpinan pusat MTP.

jpc

Proses pilihan raya yang berjalan hampir 3 minggu ini dimeriahkan dengan kempen maya di laman Facebook dan Twitter. Jentera- jentera penyokong bagi semua calon bersungguh- sungguh berkempen di setiap laman bagi memperkenalkan calon- calon mereka. Bukan itu sahaja, malah Karnival ABBY yang dijalankan turut memuatkan slot pengenalan calon AJKT bagi membenarkan calon- calon sendiri berkempen dan menerangkan setiap manifesto yang dibawa.

hanif

Hasil pencalonan dan proses bantahan selama lebih seminggu menunjukkan bahawa hampir semua kerusi yang dipertandingkan cukup atau dalam erti kata lainnya, semua calon menang tanpa bertanding kecuali bagi kerusi AJKT ikhwah.

Oleh hal yang demikian, kerusi MTP akhwat dimenangi oleh saudari Nurul Izzah binti Abd. Halim yang pernah menyandang jawatan Timbalan Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan MTP pada sesi ini. Satu- satunya calon Pengerusi dan Timbalan PCS, saudara Muhammad Hanif bin Mahamad dan saudari Syuhada binti Azhar masing- masing menang tanpa bertanding.

Calon- calon AJKT PCS akhwat yang menang tanpa bertanding adalah Nurhidayati Basril, Nadhira Fadzlin Md Hanafiah, Nurul Izzzati Fuad, Rabiatul Adawiyah Saad, Nurul Najee Abd Kadir,Faten Sakinah Shawaruddin, Nurul Madiha Hamidon dan Irshafinah Jamaludin.

Kemuncak pilihan raya iaitu hari pengundian kelmarin menyaksikan saingan sengit 10 calon AJKT ikhwah yang merebut 8 kerusi berbaki setelah 2 kerusi AJKT sebelum ini dikekalkan. 8 calon yang berjaya memenangi pilihan raya tersebut ialah Abdullah Aqiel Aminuddin, Muhamad Arif Mohd Zahari, Muhammad Adwam Ismail, Mohamad Faiz Abd Rahim, Muhammad Hayyan Affiq Muhammad Lutfi, Mohamad Faiz Rosli, Mohamad Khairil Ashraf Muhammad Fisal dan Rusydi Amin Yusuf.

praya

Dalam ucapan pengumuman rasmi tersebut, Amirul Fikri turut membentangkan peratusan keluar mengundi yang hanya 34.66% pada tahun ini, jauh tersasar daripada sasaran 75%.Katanya, “Saya berharap agar bilangan peratusan keluar mengundi pada tahun hadapan lebih baik daripada kali ini.”

praya2

Secara keseluruhannya,PCS mengucapkan tahniah dan takziah buat calon- calon yang telah menang. Semoga keputusan ini menjadi permulaan yang baik bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan PCS dalam membawa langkah ahli PCS keseluruhannya.