NEW - Logo JPC Ain Shams 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akansempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Hal ini seiring dengan sabda baginda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, maksudnya, “Apabila tiga orang keluarbermusafir maka lantiklah dari kalangan mereka seorang untuk menjadi ketua.”

Mengekalkan sistem pencalonan

Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung di bawah PERUBATAN, Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2013 bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan (JKTPC) sesi 2014/2015 berjalan dengan lancar. Pada tahun ini, JPP akan mengguna pakai sistem ‘Pencalonan’ sebagaimana yang telah diamalkan 3 tahun kebelakangan ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan dari individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihanraya.  Antaranya fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan, dan akhirnya pengundian.

Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Setelah meneliti dari pelbagai aspek, pihak Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Ain Shams telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan pilihanraya cawangan di Ain Shams.

Butiran adalah seperti berikut:

Perkara Tarikh
Jualan Borang Pencalonan 9-11 Disember 2013
Hari Pencalonan 11 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa I 11 Disember 2013
Tempoh Kempen & Bantahan 11-19 Disember 2013
Pengumuman Calon Fasa  di Program Khas 13 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa II 19 Disember 2013
Hari Pengundian Ain Shams 20 Disember 2013
Pengumuman Keputusan Pilihan Raya 21 Disember 2013

 

Seruan kepada Ahli

Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama.Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini. Seterusnya, menjayakan sasaran kami agar sekurang-kurangnya 75% ahli PERUBATAN turun mengundi di peringkat cawangan masing-masing. Kuasa di tangan anda, sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.
Wallahuta’alaa’lam.

“Berkat, Telus dan Cekap”

 

Yang menjalankan tugas,

1422750_10201689554694344_861020009_n

AMIRUL FIKRI BIN BADRUL HISHAM
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2013