logo_perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikumwarahmatullahwabarakatuh.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan, kita masih lagi dapat meneruskan pengembaraan di atas muka bumi ini seterusnya menjadi khalifah untuk mentadbir segala urusan dunia yang penuh dengan segala bentuk ujian dan cabaran. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha gigih baginda dalam menyampaikan risalah dakwah Islam, hari ini kita semua dapat merasai nikmat iman dan Islam.

PERUBATAN Frontliner Council atau lebih dikenali sebagai PROF merupakan sebuah unit khas yang diwujudkan oleh Jabatan Setiausaha Agung pada sesi 2011/2012 pada ketika itu.

Setelah penubuhan PERUBATAN Cawangan bagi ketiga-tiga universiti di Kaherah iaitu Ain Shams, Al-Azhar dan Kaherah selepas Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9, maka PROF juga telah dipecahkan organisasinya selari dengan tiga Cawangan yang baru tertubuh. Dengan ini, Jabatan Setiausaha, PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)akan melancarkan penubuhan PROF secara rasmi mulai Disember ini.

Antara objektif utama yang digariskan oleh PROF adalah:

1. Meningkatkan ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams yang berdaftar bersama PROF

2. Menjadi pusat sumber tenaga manusia bagi seluruh program dan aktiviti yang dijalankan PERUBATAN Cawangan Ain Shams

3. Menyediakan latihan dan kemahiran intensif kepada ahli yang berdaftar bersama PROF

Berdasarkan pendaftaran yang telah dibuat oleh PROF pada sesi sebelum ini, jumlah ahli PCS yang telah berdaftar dengan PROF setakat ini adalah seramai 80 orang bersamaan dengan 19.4 % daripada jumlah keseluruhan ahli PCS.

Dalam usia PCS yang masih muda, komitmen dan kerjasama daripada ahli amatlah kami harapkan. Kalianlah yang akan menjadi barisan hadapan dalam usaha untuk mencapai matlamat PCS seterusnya mematangkan dan membawa PCS lebih ke hadapan seiring dengan PERUBATAN Cawangan yang lain yang sudah lama bertapak.

Dengan penubuhan PROF pada sesi ini, kami menyeru kalian untuk sama-sama mendaftar sebagai ahli PROF dan turut sama menyumbang bakti dan khidmat untuk PCS khususnya, dan untuk Islam secara amnya. Marilah sama-sama kita merebut peluang untuk menjadi ‘Jutawan’ untuk Ummah. Jutawan dalam erti kata kaya dengan pahala dan ganjaran yang Allah beri, dengan berkhidmat untuk ummah, dengan syarat ikhlas kerana Allah. Selari dengan firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

(Surah As-Saf : 14)

Maka beruntunglah sesiapa yang menjadi jutawan ummah, kerana baginya ada ruang dan peluang untuk menambahkan amal dan saham untuk akhirat kelak.

Wallahu a’lam.

 ”Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

moja

Muhammad Faiz Mujahid bin Mohd Safiee
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014

nadhira F

Nur Nadhira Fadzlin binti  Md HanafiahTimbalan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014