logo_perubatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tanggal 15 November,  berakhirnya penantian sekalian warga PERUBATAN Cawangan Ain Shams, dengan termeterainya akad rumah,selama dua tahun. Pencarian yang meskipun memenatkan sekalian insan, namun ianya sangat bernilai. Di sinilah terujinya keikhlasan, ketabahan dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian ini.

Diketahui ramai, markas merupakan nadi sebuah persatuan. Berdenyut kencang, tetapi stabil dan sekata. Kadangkala ia menjadi perlahan, akan tetapi tenang, setenang air yang mengalir di persisiran Nil. Sejarah telah mengajar kita kematangan, bahawa setiap kehilangan bakal ada penggantinya, bahkan lebih baik akan diberi Nya.

Teratak yang kita cintai, terhampar di belakang Qism Syurtah, kukuh ia berdiri, dan mendapat sokongan semua ahli dari segi kewangan sewa, dan selenggaraan. Pihak PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) khususnya Biro Perumahan (BHOME) khususnya menzahirkan rasa syukur, terbina sebuah komuniti yang prihatin terhadap aktivisme, dan bergerak seiring sehaluan.

2 Disember 2013, secara rasminya telah berlangsung majlis yang pertama, iaitu bacaan yasin dan solat hajat, dihadiri oleh segenap lapisan komuniti PCS. Tidak dilupakan, tahlil untuk arwah Abdullah bin Azahari, Pengerusi yang kita kenang, semoga Al-Quran menjadi peneman sejatinya. Beliau yang pergi, meninggalkan legasinya yang tersendiri, iaitu para ahli yang peka dan punya semangat sukarelawan yang tinggi dalam membantu proses pemindahan barang dan selenggaraan markas.

markas baru

Lantaran itu, (BHOME) mengalu- alukan kedatangan ahli PCS ke markas dan menyarankan agar kewujudan ia mampu memberi sinar yang baru kepada kita. Gunakanlah, dan zahirkan rasa bersyukur kerana masih mempunyai masa untuk berbakti.

Semoga segala usaha, dan amalan kita, biarpun sekecil microb, diberkati oleh ALLAH SWT dan diberi hasil yang terbaik dalam hari yang mendatang insyaAllah. Wallahua’lam.

 

Sebarang urusan tempahan markas , sila hubungi :

Ketua Unit Markas : Mohd Hisham Bin Abu Bakar (0114 328 0663)

Untuk kelulusan penggunaan markas , sila hubungi :

Pemangku Pengerusi, Mohamad Alfatani bin Abdullah (0114 448 5574)

 

Sebarang  pertanyaan atau permasalahan berkenaan markas juga boleh terus dirujuk kepada :

Ketua Biro Perumahan, Muhammad Irfan bin Bakri (0114 688 7780)

Pemangku Timbalan Ketua Biro Perumahan, Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah (0114 771 6799)

 

“Together We Unite to Serve Community”

irfan

Muhammad Irfan bin Bakri
Biro Perumahan (BHOME)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014

 

nadhira F

Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah
Pemangku Timbalan Ketua Biro Perumahan (BHOME)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014