Kenyataan Rasmi : AJKT Kekal PCS 2014/2015
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah atas limpahan nikmat Allah S.W.T, nikmat iman dan Islam, nikmat kesejahteraan dan kesihatan serta nikmat kesatuan meskipun pelbagai isu dan peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2013 ini. Kedatangan bulan Disember ini menandakan fasa terakhir pentadbiran kepimpinan PERUBATAN sesi 2013/2014 sudah bermula dan bahang pilihanraya bagi pemilihan kepimpinan sesi baru semakin terasa.
Dengan merujuk Perlembagaan PERUBATAN pada BAB KEEMPAT: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan ; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.
Oleh yang demikian, perbincangan lumat telah dibuat dan setelah meneliti beberapa kelayakan yang munasabah untuk dikekalkan, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT) sesi 2013/2014 telah memutuskan untuk mengekalkan 4 orang AJKT sesi ini ke sesi hadapan (2014/2015). Empat orang tersebut;
1) Abdul Muiz bin Mohd Razali
2) Mohammad Imran bin Mohammad Nasaruddin
3) Nur As- Syuhada binti Amran
4) Syarifah Nur Syahidah binti Engku Taufik
Semoga pengekalan ini membawa rahmat besar kepada PERUBATAN sebagai persatuan induk yang menaungi mahasiswa mahasiswi jurusan Sains Kesihatan di Mesir, seterusnya menjamin kemaslahatan bersama baik kepada pimpinan mahupun ahlinya. Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”.
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”
Mohamad Alfatani bin Abdullah
Pemangku Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2013/2014
Farhana binti Bakri
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2013/2014
komen membina peribadi mulia