Abbasiyah, 14 Disember – Karnival ABBY 2013 melabuhkan tirai dengan jayanya. Program yang berlangsung selama dua hari ini membuka tirainya dengan Forum Unit Baitul Muslim (UBM) bertempat di markas PERUBATAN Abbasiyah.

Dengan tajuk ‘ Antara Kewangan, Pembelajaran dan Keluarga’ , ternyata penganjuran forum kali ini menarik minat ramai ahli dengan kehadiran yang amat memuaskan.

Forum dirasmikan saudari Nurul Izzah Abd Halim , Timbalan Ketua Jabatan Kebajikan & Kemanusian Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP). Beliau mengucapkan setinggi tahniah ke atas penganjuran ABBY pada tahun ini dan mengharapkan ‘ukhuwwah’ yg lebih mapan dapat dibina melalui penganjuran ABBY kali ini. Dipetik daripada kata-kata beliau, “ Ukhuwwah bukanlah dibina atas asas kaum, batch, pemikiran,negeri dam sebagainya. Jadikanlah karnival ABBY ini sebagai pemula dan pengerat ukhuwwah antara warga PCS”.

ayuu

Majlis kemudian diteruskan dengan slot JAKSI, menampilkan saudara Khairul Anwar Razali, Pengarah JAKSI 2012/2013. Aspek-aspek displin JAKSI ditekankan lagi dengan penerangan tatacara sukan, jaulah dan sebagainya terutamanya yang melibatkan aktiviti bersama ikhwah dan akhwat.

Pengendalian kemas dan bersahaja daripada moderator forum, saudari Nurul Izzati Rafaie menjadikan forum ini begitu berjaya dengan suasana santai dan harmoni . Kehadiran panel berpengalaman berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Ustaz Jamal Najmuddin Sulaiman memeriahkan suasana forum dengan hujah mantap dan jenaka-jenaka beliau.

DSC_0299

Ditambah lagi dengan panel-panel yang sudah berpengalaman dua tahun dalam rumahtangganya, saudari Anis Nabilah Afideen, Tahun 4 PERUBATAN Cawangan Kaherah dan ikon mahasiswa saudara Tuan Muhammad Akmalhakim Tuan Mazni, Tahun 5 PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

Dengan isu-isu yang berjaya diulas dengan kemas antaranya adalah pengurusan keluarga ‘sakinah’ dan penjanaan ekonomi rumah tangga, ternyata forum kali ini berjaya membuka fikiran para ahli PCS mengenai rumahtangga.

Pada hari kedua, program bermula seawal jam 9 pagi. Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh saudara Khairil Asyraf bin Muhammad Fisal.

DSC_0333

Program diteruskan dengan slot PROF dan slot JPC. Saudara Amirul Fikri bin Badrul Hisham selaku Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PCS 2013 telah mengendalikan slot ini.

Slot ini memperkenalkan empat orang AJKT PCS yang kekal untuk sesi 2014/2015 iaitu saudara Abdul Muiz bin Mohd Razali, saudara Mohammad Imran bin Mohammad Nasaruddin, saudari Syarifah Nur Syahidah binti Engku Taufik dan saudari Nur As-Syuhada binti Amran, serta beberapa orang calon AJKT ikhwah dan akhawat.

Kemudian program diteruskan dengan slot ‘game’ Awe Kata dan Buli AJKT, yang menguji kepekaan warga Ain Shams dengan arahan dan cakna AJKT dengan ahli PCS. Karnival ABBY berhenti berehat bagi memberi laluan kepada pelajar ikhwah untuk menunaikan solat jumaat. Sementara pelajar akhawat meneruskan game ‘Regu’.

abbyyy

Karnival ABBY bersambung dengan slot persembahan pelajar ikhwah dari setiap batch. Rata-rata pelajar ikhwah Ain Shams mempersembahkan lagu nasyid. Slot JPC II seterusnya memperkenalkan baki calon-calon AJKT, calon tunggal Pengerusi, saudara Hanif bin Mahamad dan Timbalan Pengerusi, saudari Syuhada binti Azhar, dan diakhiri dengan pengenalan calon Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP), saudari Nurul Izzah binti Abd Halim dan saudara Iskandar Afiq bin Razali ; MTP kekal untuk sesi 2014/2015.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh saudara Iskandar Afiq bin Razali, Ketua Jabatan Penerbitan dan Penerangan sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang persembahan terbaik, batch terbaik dan pertandingan sos terbaik. Program berakhir dengan jamuan makan.

Saudari Fatin Fatini binti Mesri, Timbalan Pengarah ABBY berkata, “Alhamdulillah ABBY ’13 berjaya dilaksanakan sehingga selesai walaupun cuaca yang tidak berapa baik dan hujan lebat yang sedikit menyukarkan proses membakar ayam. Penyertaan daripada setiap ahli batch amat memberansangkan, terima kasih kepada semua warga Ain Shams kerana sudi hadir bagi memeriahkan program. Booth jualan dan pameran juga dilihat berjaya menarik perhatian hadirin sekalian sekaligus memeriahkan lagi suasana. Saya berharap semoga semua objektif ABBY ’13 tercapai dan semua ahli gembira dan memperoleh impak positif daripada program ini.”

DSC_0340

Sebagai kesimpulan, Karnival ABBY ’13 bukan sekadar membawakan tujuan bersuka- ria semata- semata, sebaliknya karnival ini Berjaya mentautkan ukhwah dalam pelbagai lapisan ahli PCS itu sendiri. Semoga program dengan slogan ‘Walk Together , Make Wonders” ini mencapai misi dan objektif ukhwah dalam erti kata yang sebenarnya.